Buah durian belanda tidak begitu popular di kalangan kita. Malah buah ini juga sukar untuk diperolehi seperti buahan citrus lain.
Sebenarnya bukan buah saja, tetapi daun durian Belanda juga mempunyai banyak khasiatnya.
Di Malaysia, mungkin ramai yang tidak biasa menggunakan daun pokok durian belanda.
Sebaliknya, di beberapa negara, ia dijadikan sebagai teh daun durian belanda.
Berikut beberapa manfaat yang boleh dikecapi apabila gemar meminum air teh daun durian belanda dan cara mengolahnya menurut Telegram Petua dan Kesihatan:
1. Mencegah Kanser
Caranya, ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.
Kemudian rebuslah dengan tiga gelas air dan biarkan sehingga mendidih dan surut hingga menjadi segelas air sahaja.
Bagi mendapatkan khasiat yang optimum, minum dua kali sehari.
Ads
2. Mengurangkan Sakit Pinggang
Bagi mengurangkan masalah sakit pinggang, anda hanya perlu mengambil 20 helai daun durian belanda.
Selepas itu, rebus dengan sukatan lima gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi tiga gelas sahaja.
Kemudian, minumlah 3/4 gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh
Daun durian belanda juga boleh membuat sistem imunisasi badan manusia.
Kaedahnya, ambil lima helai daun durian belanda, lalu direbus dengan sukatan empat gelas air.
Seusai itu, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas dan minumlah sehari sekali.
Ads
4. Mengatasi Diabetes
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.
Khasiat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.
Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaik-baiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6. Mengatasi Buasir
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua.
Ads
Tatacaranya adalah rebus dengan tiga gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas.
Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat Atau Saraf
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.
Mudah sahaja, rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat.
Selepas itu, cuci bersih dan rebus dengan sukatan dua gelas air, lalu didihkan hingga menjadi satu gelas. Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Awas, pakai tudung pun rambut tetap kena jaga! Rambut ni mahkota buat wanita, jadi wanita yang bertudung pun tetap kena menjaga kesihatan rambut untuk elakkan masalah timbul.
Jika diabai, bukan rambut sahaja jadi bau kepam tetapi boleh rosak dan bercabang. Lagi-lagi kalau anda terus pakai tudung tanpa memikirkan cara untuk keringkan rambut terlebih dahulu. Sudahnya, timbul masalah baru sperti kelemumur dan jadi gugur!
Untuk pastikan rambut sentiasa sihat dan cantik, ini antara rawatan atau petua menggunakan bahan semula jadi yang anda boleh lakukan.
Pakai Tudung, Rambut Kena Jaga
PETUA MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR
Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
Rambut beruban & kelemumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
credit photo: canva.com
Hilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
credit photo: canva.com
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
credit photo: canva.com
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim ikan siakap kan. Banyak sudah info pasal ikan ini telah dikongsikan. Jom kenal bahagian badan ikan siakap pula
Dan atas permintaan Prof Zulkiflee Abd Latif, saya tambahkan khasiat ikan siakap. Semoga bermanfaant untuk semua.
Ikan siakap sangat kaya dengan sumber protein, selenium, asid lemak penting omega-3, potasium dan vitamin B6, disamping sodium, fosforus, magnesium, vitamin B12, iron, kalsium dan vitamin B1.
Kandungan asid lemak omega-3 yang banyak dalam siakap penting untuk kesihatan jantung dan membantu mengawal kolesterol dalam darah. Selenium pula penting untuk badan menghasilkan antioksidan semulajadi dan hormon thyroid.
Vitamin B6 penting untuk sistem saraf, menguatkan imuniti badan melawan penyakit, dan proses metabolisma badan. Vitamin B12 pula menyokong fungsi sel saraf, penting dalam menghasilkan sel darah merah, dan penghasilan DNA.
Pun begitu, seperti juga dengan makanan lain, makanlah ikan siakap dengan bersederhana. Bergantung kepada lokasi penangkapan dan saiz, ikan siakap boleh jadi pengumpul merkuri.
Juga mengandungi jumlah kolesterol yang signifikan. Maka, usah berlebihan kerana apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Namun bukan alasan buat wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan isteri kepada Rami Alashkar ini bersikap sambil lewa, malah sangat komited menjaga kesihatan dan kecantikannya.
Dia yang sentiasa ceria tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya ketika ditemubual bersama Majalah Nona.
“Sebenarnya saya tak ada sebarang rahsia kecantikan. Namun, bab jaga kecantikan saya memang rajin menjaga kecantikan daripada skin care, body care dan hair care. Tak boleh tahan jika diri itu rasa comot.
“Saya rajin pergi pusat kecantikan macam untuk facial extraction, penjagaan seperti itu sangat penting sebenarnya.
“Mungkin sebelum kahwin macam tak terasa sangat tapi lepas ada anak kena usaha lebih sikit menjaga kecantikan,” ujar ibu kepada seorang anak perempuan ini.
“Saya rasa effort untuk seorang ibu nak kena rajin tu memang subjektif, walau bagaimana kita kena try jugak. Tapi tengok keadaan, ada jenis orang yang tak cukup masa ada jenis yang terlalu hectic,” katanya.
Menurutnya walaupun jadual kerja sangat padat, tetapi Ramona akan bijak luangkan masa untuk me time dirinya sendiri.
“Saya sendiri yang mempunyai jadual kerja agak hectic tapi dalam masa yang sama saya cuba juga untuk meluangkan masa untuk me time.
“Dari segi saya punya me time tu yang saya guna untuk buat rutin kecantikan yang boleh. Saya buat yang ringkas seperti hair treatment dan sebagainya.
“Tapi dalam semua tu main thing untuk jaga kecantikan lagi-lagi bila umur dah masuk 30 tahun semestinya senaman.
“Saya memang tak banyak buat benda lain lagi-lagi dalam keadaan kita kena lockdown saya cuba maintain dari segi bersukan. Saya taklah pergi naik basikal, tak pergi gym pun tak boleh.
“Apa yang saya buat, banyak buat senaman class secara online seperti yoga. Asalkan dalam seminggu tiga atau empat kali sahaja akan work out itu pun kira okay sangat dah tu.
“Kalau ikutkan time shooting lagi tak ada masa tapi saya cuba. Bila dah ada anak dia kena ada extra effort dia susah nak cari masa tu tapi kalau kita nak mesti kita boleh cari juga masa tu,” kata Ramona yang berketurunan Thailand di sebelah ibu dan Pakistan di sebelah bapanya.
Dia yang juga Finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini sangat peramah dan mudah didekati juga mempunyai keistimewaan apabila boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan lancar.
Masih aktif dalam dunia seni dan terbaru drama lakonannya dalam Love Elsa baru saja selesai tayangan di Astro Ria.