mitos telur

Nak diet telur tetapi kurang jelas pasal fakta yang betul, itu yang sudahnya kuning telur pun dikatakan penyebab berat badan naik.

Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi mitos lain tentang telur yang patut anda ketahui. Terutama anda yang sedang menjaga tubuh badan, telur sebenarnya antara sumber protein yang bagus. Jom baca perkongsian lain daripada Dr Zubaidi kali ini.

Lima Mitos Tentang Makan Telur

Nak amalkan corak pemakanan yang betul biar berdasarkan fakta bukan mitos. Barulah diet yang dijalankan akan lebih berkualiti dan tidak stress.

1. Telur menyebabkan peningkatan kolesterol?

Ramai yang beranggapan bahawa makan telur/udang/kambing dan makanan lain yang mengandungi kolesterol akan meningkatkan kolesterol dalam darah dan seterusnya menjadi penyebab risiko sakit jantung.

Faktanya : Kolesterol dalam makanan memang boleh mempengaruhi kolesterol dalam darah, tetapi sebenarnya majoriti kandungan kolesterol adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.

Kolesterol yang tinggi selalunya disebabkan oleh diet dan hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang tidur, merokok, kurang senaman dan lain-lain, bukan sekadar disebabkan oleh makan telur, udang, kambing semata.
Buktinya: Ramai je yang dah jadi anti telur, anti udang, anti kambing tapi kadar kolesterol masih tinggi.

IKLAN

2. Telur mentah lebih tinggi kadar protein?

Ramai yang beranggapan pengambilan telur mentah boleh membantu mendapatkan kadar protein yang lebih tinggi.

Faktanya: kadar protein dalam telur adalah sama walaupun telah dimasak. Yang berkurangan hanyalah dari segi vitamin dan mineral.

Walaubagaimanapun, kita tidak digalakkan untuk makan telur mentah ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan salmonella.

IKLAN

Selain itu, penyerapan protein melalui telur yang telah dimasak adalah lebih tinggi berbanding telur mentah.

Selain itu:  Kulit Memang Jadi Pinkish, Tapi Tomato Ceri Bahaya Dimakan Mereka Yang Ada Masalah Hati

3. Putih telur adalah lebih baik berbanding kuning telur?

Ramai yang beranggapan telur putih adalah lebih baik berbanding telur kuning.

Faktanya: vitamin dan mineral pada telur lebih banyak terkandung dalam kuning telur. Antara vitamin yang ada ialah: vitamin D, vitamin A, vitamin E, Choline, Lutein, Zeaxanthin yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

IKLAN

Jika tidak makan kuning telur, maka sebahagian mineral dan vitamin ini tidak diperolehi.

4. Kuning telur menyebabkan gemuk?

Beberapa orang takut nak makan telur kuning sebab risau naik berat.

Faktanya: kuning telur mengandungi protein dan zat bermanfaat seperti vitamin D dan choline dimana membantu menyerap kalsium dan meningkatkan fungsi hati. Ini dapat mengelakkan kejadian hati yang berlemak. Selain itu, menurut The American Heart Association menyatakan 1 biji telur sehari bagus untuk amalan diet yang lebih sihat.

5. Wanita hamil tidak boleh makan telur?

Ini sering menjadi dilema buat semua wanita hamil kerana ada larangan untuk pengambilan telur. Ini hanyalah mitos!

Faktanya: telur adalah sumber protein yang tinggi, vitamin, mineral dan asid amino. Jadi wanita hamil amat digalakkan untuk makan telur, ikan dan kekacang. Cuma wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan makan telur yang mentah untuk elak risiko jangkitan samonella.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI