Nak kurus cantik selepas bersalin, golongan wanita kena ada menu diet untuk kira kalori yang diambil setiap kali makan. Tak kira lah ibu yang belum ada anak atau sedang menyusu, perlu disiplin.
Ini cara diet salah seorang ibu menyusu, Puan Nurasykin Ali, nampak sangat berkesan apabila dia yang sudah pun ada anak mampu turunkan berat dari 68kg hingga dapat 52kg. Hah, jom kita gali apa rahsia yang dia amalkan.
Tak semua badan ibu menyusu sama. Ada ibu yang badannya makin kurus, ada ibu badan maintain, ada pula yang makin dipam-pam.
Ibu menyusu perlukan 300-500 kalori lebih dari ibu normal. Tapi mereka akan bakar kembali 300-500 kalori sehari untuk menghasilkan susu.
Bagi ibu menyusu yang bercita-cita untuk kurus, tak disarankan untuk potong pengambilan kalori. Sebab pengambilan kalori yang tak mencukupi akan beri efek pada penghasilan susu.
Jadi, sebaiknya ibu ikhtiar kurus dengan cara ‘eat clean’ dan hasilkan lebih banyak susu badan.
Menu Diet Ikut Jadual Seminggu
Ads
Bagi ibu menyusu yang nak kurus sambil susu badan meriah. Boleh cuba cadangan jadual pemakanan untuk seminggu dibawah.
Ads
Pakar pemakanan menyarankan ambil makanan kerap tapi dalam kuantiti sikit. Supaya ibu tak berasa terlalu lapar sampai lupa daratan.
Malah kajian katakan, susu ibu dapat menyerap lebih banyak nutrisi dalam makanan yang dimakan dalam waktu yang kerap.
Ads
Untuk tambahan, anda boleh lakukan power pumping untuk meriahkan susu badan. Rujuk jadual di bawah.
Menu setiap hari dicadangkan ni sekitar 2400 kalori. Pastikan ibu hasilkan susu badan minimum 20oz sehari. InsyaAllah berat badan ibu akan berkurang.
Kalau ibu cuma hasilkan susu kurang 15 oz sehari.Jadi, ibu boleh potong pengambilan makanan ketika supper.
Nak dapat efek yang lebih pantas, lakukan senaman ringan sekurangnya 10-20 minit sehari untuk tingkatkan metabolisma badan.
Senaman ringan tak semestinya berlari, ibu boleh bawa anak bersiar di taman, berkawad dalam bilik air atau pun turun naik tangga dirumah. Asalkan senaman yang ibu buat tu dapat tingkatkan degupan jantung.
Mudah je kan? Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya manis dan dianugerahkan suara yang merdu, Umai iaitu anak saudara kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas pada pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Umai Berjaya Rangkul Pingat Emas di WCOPA
Pada pentas akhir, Umai atau nama penuhnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, mendendangkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin, sekali gus berjaya menewaskan empat lagi finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.
Harumkan Nama Negara
Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, Umai yang juga anak kepada penyanyi, Siti Saerah menerima hadiah berupa trofi.
Kejayaan membanggakan itu turut dikongsi Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, yang berbangga melihat anak saudaranya itu berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.
“Alhamdullillah, tahniah Umai berjaya membawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara,” kata pelantun lagu Cindai itu ringkas.
Terdahulu, pada saringan pertama Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.
Dia kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun.
Antara penyanyi hebat tanah air yang pernah meraih kejayaan di pentas WCOPA termasuklah Noryn Aziz, Aina Abdul dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Terpesona melihat kecantikan semula jadi Bella Astillah, walau mempunyai dua anak tubuh badannya persis anak dara.
Berumur 29 tahun, isteri kepada Aliff Aziz ini cukup pandai menjaga penampilannya dan wajahnya.
Benarlah bagai dikata, orang berbadan kecil molek ni selalunya nampak muda dan persis anak dara, kan?
Tip Cantik Bella Astillah
Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah ini aktif sebagai pelakon, penyanyi dan usahawan.
Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Nak tahu apa rahsia cantik Sumandak Sabah ini? Ini perkongsian Bella Astillah untuk anda nak sihat dan kekalkan tubuh badan yang slim.
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan stres. Kena jaga diri kita sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. So jangan stres-stres.
“Seterusnya, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“Rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Elakkan Diri Daripada Orang Yang Buat Kita Stress
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Jadi, kalau anda rasa nak kekal tubuh badan yang cantik, boleh lah amalkan tip daripada Bella Astillah ini. Ada anak pun, tidak langsung menjadi halangan untuk jaga badan. Bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.
Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah. Sebelum ini tidak pernah diuji dengan dugaan yang tidak pernah disangka-sangka. Apatah lagi membabitkan masalah kesihatan yang serius.
Namun kejadian awal Oktober lalu menjadi pengajaran sangat berguna pada wanita ini. Daripada tidak tahu mengenai penyakit Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP) , akhirnya terpaksa membuat kajian bagaimana masalah gangguan pada darah ini boleh terjadi.
Perkongsian Puan Mini Fadzil di laman sosial Facebook mengenai masalah dialami diharap dapat membuka mata ramai orang diluar sana betapa bahaya jika tidak dirawat dengan sebaiknya.
Tragedi Oktober bermula pada tengah hari 8 Oktober 2022. Petangnya dihantar ke Hospital Selayang dan pada 9 Oktober dipindahkan ke Wad Hematologi Hospital Ampang. Saya deep sleep dari 8 Okt dan hanya tersedar sepenuhnya pada 10 Okt. Itupun tak boleh jawab bila nurse tanya nama dan berada di mana, jadi bengong dan tak boleh nk bercakap.
Bermula saat itulah saya jadi penghuni wad darah sehingga 8 November 2022. Ada yg bertanya selama sebulan di Hospital Ampang, apa rawatan yg saya jalani? Panjang sikit, kalau nak baca silakan. Kalau tak mo baca swipe jerrr.
Inilah proses Plasma Exchange, sekali buat 5 liter, dalam masa +-4 jam melalui port femoral yg dipasang pada paha kanan. Total 19 kali buat exchange, 396 pack plasma darah. Kena baring terlentang diam2, kaki kanan tak boleh bergerak, nanti mesin berbunyi, maknanya darah tak jalan. Lenguh tok sah cerita, last2 letak ais pack di belakang dan area bahu baru ok. Pernah kena allergi semasa proses ini, muka dijangkiti kulat, badan menggigil mcm kena sawan sbb darah pelbagai manusia masuk ke dalam badan. Penyudahnya setiap hari nurse akan bagi ubat allergi, barulah prosesnya lancar.
Rutin harian kat hospital lebih kurang sama, seawal 5 pagi nurse pasang lampu, nak ambik bp, ambik darah, cek gula. Disebabkan kita dah biasa bangun awal, jadi kita tunggu nurse datang ke katil. Selesai tugas nurse baru pi mandi.
Perlu menelan banyak ubat-ubatan sehingga terpaksa dicucuk insulan disebabkan masalah gula naik walaupun sebelum tiada diabetes
Lepas sarapan, nurse dah hantar segenggam ‘gula-gula’ utk ditelan. Selalunya saya akan padankan utk telan 2-3 biji sekali. Antaranya pil-pil utk kuatkan tulang, elak gastrik dan vitamin untuk elak kesan sampingan ubat utama. Cuma yg tak boleh dielak ialah gula naik dan kena cucuk insulin setiap mlm sedangkan saya memang tak ada diabetis.
Paling last ubat yg amat tidak disukai tapi amat penting kalau nak baik – Pred – awal2 kena telan 60mg, lps tu dikurangkan kpd 50mg, 40mg, 30mg sekarang 25mg. Pahitnya melekat dalam mulut, apa dimakan semua jadi pahit.
Untuk info…Pred atau nama penuhnya Prednisolone atau Prednisone adalah steroid anti keradangan yang berkesan. Namun di sebalik kebaikan, ada kesan sampingan yang buruk jika diambil dalam jangka masa lama. Peringkat awal Dr akan beri dose yang tinggi dan akan dikurangkan selepas itu.
Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah
Penuh ni 5 liter, itu plasma drp dalam badan dan akan dilupuskan. Kalau tak silap ada berbelas buah mesin ni kat Hospital Ampang, setiap satu lebih kurang RM500k.
Boleh mendengar degupan jantung dan cepat lapar. Hingga terpaksa mintak doktor stopkan pemberian ubat ini kerana sukar tidur
Kalau dah telan Pred, kesan paling ketara ialah moon face…ni memang tak boleh elak. Jantung akan laju sehingga boleh dengar degupan jantung sendiri dan satu lagi jadi kerap lapar.
Ingat lagi 4-5 tahun lalu ketika masuk wad akibat asthma, Pred adalah ubat utama yg diberikan utk atasi keradangan paru2. Punyalah kuat sampai saya minta Dr stopkan dulu sebab tak boleh tidur, bunyi degupan jantung yg kuat mcm jantung dok ada kat sebelah telinga.
Rutin seterusnya seperti biasa lawatan Dr2 terdiri daripada Konsultan, Dr. Pakar, Ketua Jabatan dan Dr2 lain, kadang2 sampai 5-6 orang. Dorang akan update laporan depan pesakit, apa rawatan seterusnya, apa cadangan Dr dan apa pula cadangan Konsultan. Masa ini juga kadang2 Konsultan akan test pengetahuan Dr2 lain. Tanyalah apa juga mereka akan jawab sebaiknya. Selalunya saya akan terus google nama ubat atau istilah2 yg Dr sebut untuk tambah ilmu tentang penyakit yg rare ni.
Seterusnya bergantung kpd keputusan Dr samada tambah darah merah dulu (4 paket ditambah), antibiotik dulu atau tunggu dibawa untuk proses 4 jam Plasma Exchange (PE). Setiap hari Dr akan maklumkn bacaan platlet dan hemoglobin. Ada hari naik, ada hari turun sikit.
Inilah port yg mengalirkan plasma baru ke dalam badan dan mengeluarkan yg lama daripada badan. Saya punya dipanggil Femoral sebab dipasang pada paha. Dressing dibuat setiap hari bagi mengelakkan jangkitan. Alhamdulillah dalam tempoh sebulan dipasang tiada masalah timbul.
Pada peringkat awal PE, daripada 9 platelet dah mencapai 200.
Tiba2 20 Okt, Dr kata platelet saya menurun hingga jadi 17. Jadi Konsultan maklumkan kena buat PE setiap hari sampai 1 Nov, lepas tu rest untuk tengok perkembangan platelet. Keseluruhannya saya jalani 19 kali PE menggunakan 396 pack plasma darah. (Kurang 4 ja daripada Mus May)
Antara kesan sampingan ubatan sepanjang menjalani rawatan di hospital. Hampir sebulan berada di sini untuk pemeriksaan lebih detail.
Pesakit TTP juga diberikan Rituximab, saya mendapat 4 dose, 3 dose diberikan melalui drip dan satu dose disuntik terus (pedih oooo rasa ubat tu mengalir). Setiap satu dose melalui drip mengambil masa lebih kurang 5-6 jam utk habis.
Pernah diberikan lebih kurang 5 ptg, ditambah dengan suntikan allergi, saya hanya tersedar jam 11 malam. Hampir 12 tghmlm baru kuat untuk bangun solat. Selain itu, saya diberikan 2 dose vaksin tambahan utk pesakit yg ambik Ritux utk prevent covid.
Sekarang ni berehat di rumah, makan ubat, makan macam biasa, cuma lebih memilih. Buat senaman ringan untuk kuatkan tangan dan kaki, senaman untuk pernafasan kerana mudah semput.
Inilah Purpura…pendarahan pada bawah kulit. Tak sakit namun mengambil masa yg lama untuk hilang. Setiap cucukan jarum akan menyebabkan lebih banyak warna ini muncul. Bagi penghidap TTP, kemunculan warna ini bermakna platelet menurun dan perlu ke hospital secepat mungkin
Kaki masih tak boleh jalan jauh mungkin disebabkan sebelum ini port femoral untuk PE dipasang pada paha kanan selama 1 bulan dan pada paha kiri pula kesan port yg tak jadi dipasang.
Alhamdulillah setakat ini belum ada kesan-kesan sampingan lain akibat ubat seperti yg saya baca dalam support group TTP luar negara.
Semoga Allah permudah segala rawatan yg saya jalani dan kembali kuat dan bertenaga. Terima kasih kepada penderma plasma darah, mungkin plasma darah anda antara yang berada dalam badan saya.
Sempat bergambar sebelum balik. Walaupun duduk sebulan kat wad ni, Dr dan nurse semuanya baik dan sangat membantu.
Terima kasih atas doa dan ingatan keluarga dan sahabat2 semua. #terimaksihatasdoasemua