Keterujaan  orang kita‘membalas dendam’ meraikan perayaan Aidilfitri berpotensi mengubah corak pemakanan mereka secara drastik terutamanya ketika aktiviti ziarah lebaran atau menghadiri rumah terbuka.

Apabila berkumpul bersama, tentulah pelbagai cerita ingin dikongsi menjadikan kegembiraan melebihi daripada kebiasaan sehingga tidak sedar suapan terus ke mulut berturut-turut tiada henti.

Sedarkah anda amalan perlu dielakkan kerana mampu mencetuskan penyakit sama ada sedar atau tidak berikutan menu yang terhidang ketika Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya tinggi kandungan gula, garam atau lemak berlebihan.

Artikel Lain: Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun. Maria Farida Kongsi Tip Awet Muda, Kurangkan Mengumpat!

Pegawai Dietetik SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Laila Fadhilah Omar, turut berkongsi pandangan dan kesan-kesan buruk daripada amalan tidak sihat ini. Sila beri perhatian kerana bimbang penyakit lain yang datang nanti.

“Gerd Datang Menyerang Jika Tak Jaga Pemakanan” – Pegawai Dietetik Beri Ingatan

Menurutnya, disebabkan raya itu disambut setahun sekali jadi ia tidak patut  seseorang itu jadikan alasan untuk mengelak dari menjaga pemakanan yang sihat.

IKLAN

“‘Setahun sekali’ tidak seharusnya dijadikan alasan kerana setiap individu amat disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat sepanjang masa dan bukan bermusim terutamanya golongan berisiko bagi mengelakkan kesihatan mereka semakin merosot.

Artikel Lain: Jangan Abai Sakit Digigit Serangga Kecil. Risikonya Boleh Datangkan Sawan & Sukar Bernafas!

“Alasan begini sangat bahaya kerana risikonya lebih tinggi terutamanya kepada penghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolestrol atau hati berlemak.

“Keadaan tersebut akan bertambah buruk lebih-lebih lagi jika pengambilan ubat diabaikan kerana boleh mencetuskan situasi lebih buruk contohnya kemerosotan buah pinggang, kerosakan saraf, serangan jantung atau strok,” ujarnya panjang lebar.

Tambahnya bagi yang sihat pula, jangan terlalu gembira makan tanpa sukat kerana mereka juga berisiko mengalami pertambahan berat badan secara drastik menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai penyakit.

IKLAN
Selain itu:  Golek Guna Bola Tenis Atau Rendam Dalam Air Herba, Alternatif Legakan Sakit Belakang & Tapak Kaki

“Katakan anda makan lebih daripada yang perlu selama sebulan, ia dah cukup untuk beri perubahan kepada berat badan dan bentuk fizikal menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai jenis penyakit.

“Selain itu, ia berisiko mencetuskan masalah kesihatan seperti simptom pedih hulu hati atau dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), berpunca daripada pengambilan makanan berterusan terutamanya yang pedas, berasid dan berlemak.

“Tidak salah kalau nak nikmati pelbagai menu raya cuma berpada-padalah. Ambil kuantiti sedikit lebih-lebih lagi jika banyak jemputan atau rumah terbuka yang perlu dihadiri. Minum air kosong dan bersenam secara rutin.

“Gerd Datang Menyerang Jika Tak Jaga Pemakanan” – Pegawai Dietetik Beri Ingatan

IKLAN

“Kepada tuan rumah pula, usah desak tetamu untuk menikmati juadah yang anda sediakan kerana mereka elak mungkin bersebab. Jangan kerana ingin mengambil hati, mereka terpaksa melanggar ‘pantang’,” ujarnya yang berkata semua masyarakat perlu main peranan dalam memberi ingatan.

Tambahnya, peranan segenap lapisan masyarakat sangat penting dalam membentuk kesedaran betapa perlunya amalan diet sihat sepanjang masa terutamanya di musim perayaan.

Selain pemakanan dan senaman, jangan lupa lakukan rutin pemeriksaan kesihatan dua kali setahun selain menyokong usaha-usaha agensi kerajaan dan swasta yang menganjurkan aktiviti sihat atau kempen seperti berjalan 1,000 langkah sehari.

Gembira, kenyang dan sihat atau gembira, kenyang dan merana. Mana satu anda pilih?

Artikel By: Marlia Zakaria

Artikel Lain: Nenek Cantik Bak Remaja 17 Tahun, Kongsi Rahsia Awet Muda. Rajin Olahraga, Pilih Aerobic & Zumba!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI