Tidak dinafkan musim durian antara yang amat dinantikan kerana inilah masa boleh makan raja buah ini sepuas-puasnya.

Namun begitu, ada juga yang takut untuk makan kerana dibimbangi boleh mendatangkan masalan pada kesihatan.

Pakar nutrisi Syaza Nutritionist berkongsi fakta mengenai durian untuk mereka yang berminat untuk mendapatkannya.

Menurutnya durian juga mempunyai kebaikan dan nilai nutrisi tersendiri. Antaranya mampu buat anda gembira, membantu kawal tekanan darah dan juga bantu masalah pencernaan.

Ayuh, ikuti perkongsiannya untuk lebih jelas mengenai buah yang mempunyai pelbagai nama, jenis dan saiz.

“Durian Buat Anda Gembira & Bantu Masalah Pencernaan. Tapi Jangan Ambil Berlebihan …” – Pakar Nutrisi

Ok siapa kat sini suka sangat dengan durian?? OK ini khusus buat anda!

Durian juga seperti buah-buah yang lain mempunyai kebaikan dan nilai nutrisinya yang tersendiri.

1. Durian boleh membuat anda gembira

Ini adalah kerana durian mengandungi asid amino iaitu tryptophan. Apabila dicerna, ia akan bertukar menjadi serotonin, neurotransmitter yang bertanggungjawab untuk membuat kita berasa gembira dan santai.

2. Durian boleh membantu mengawal tekanan darah.

Durian mempunyai sumber potassium. Di mana pengambilan makanan yang tinggi potassium boleh membantu merendahkan tekanan darah. Selain itu, potassium juga berperanan dalam mengawal elektrolit dan bendalir dalam badan. Ini dapat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko masalah serangan jantung.

3. Durian boleh meningkatkan kesihatan pencernaan

IKLAN

Durian juga mempunyai sumber serat di mana serat membantu memudahkan pergerakan usus. Melalui ini akan membantu mengelakkan masalah sembelit dan meningkatkan kesihatan pencernaan.

“Durian Buat Anda Gembira & Bantu Masalah Pencernaan. Tapi Jangan Ambil Berlebihan …” – Pakar Nutrisi

4. Durian membantu melambatkan proses penuaan

Durian juga mengandungi sumber vitamin C iaitu sebanyak 19.7mg. Vitamin C adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu mengurangkan kesan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

Semakin rendah tahap tekanan oksidatif, semakin perlahan proses penuaan. Selain itu, durian juga mempunyai antioksidan lain seperti flavonoids, carotenoids, anthocyanins, dan polyphenols. Kajian menunjukkan bahawa antioksidan boleh membantu mengurangkan beberapa tanda penuaan kulit.

5. Durian mengandungi nutrien yang boleh membantu menyokong kesihatan tulang

Untuk pengetahuan semua, durian kaya dengan iron, copper, potassium, magnesium dan kalsium, semuanya penting untuk mengekalkan tulang yang kuat. Satu kajian oleh Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan iron yang tinggi, membantu meningkatkan ketumpatan tulang, bukan hanya kalsium sahaja penyumbang untuk mengekalkan kesihatan tulang. Magnesium juga sangat penting ia boleh membantu dalam pencegahan risiko osteoporosis.

6. Durian boleh membantu menggalakkan penghasilan tenaga dengan cepat

Durian mempunyai tinggi dengan kadar karbohidrat iaitu sebanyak 27g dan memberikan nilai kalori yang agak tinggi iaitu 147kcal untuk 100g. Dua ulas durian boleh memberi anda tenaga sebanyak 1 biji pisang bersaiz sederhana.

IKLAN

“Durian Buat Anda Gembira & Bantu Masalah Pencernaan. Tapi Jangan Ambil Berlebihan …” – Pakar Nutrisi

 

Selain itu:  Elak Telan Paracetamol Lepas Makan Durian. Pakar Jelaskan Bahaya Menanti!

Walaubagaimana jika berlebihan pengambilan durian, ia akan memberikan kesan yang negatif terhadap badan kita. Bagaimana??

1. Boleh menerukkan lagi masalah Diabetes.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan durian yang berlebihan boleh melonjak paras gula darah. Jika menghidap diabetes, hadkan pengambilan durian anda.

2. Boleh memberi kesan negatif terhadap kehamilan

Ini disebabkan kehadiran acid yang tinggi boleh membuatkan ibu yang hamil tidak selesa tubuh badan. Jadi bagi tempoh awal kehamilan elakkan dahulu pengambilan durian.

“Durian Buat Anda Gembira & Bantu Masalah Pencernaan. Tapi Jangan Ambil Berlebihan …” – Pakar Nutrisi

IKLAN

3. Durian boleh memberikan alahan makanan terhadap seseorang

Pengambilan durian juga boleh menyebabkan penghasilan gas, cirit-birit, ketidakselesaan pada perut, muntah, dan reaksi alahan pada sesetengah orang. Pengambilan durian yang terlampau banyak juga boleh menyebabkan sesak nafas.

4. Boleh menerukkan lagi masalah tekanan darah tinggi

Bagi mereka yang mempunyai masalah hipertensi, anda perlu lebih berhati-hati kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kadar denyutan nadi akan menjadi laju. Keadaan ini sangat bahaya.   

Secara konklusinya, durian adalah buah yang sangat sedap dan mempunyai tinggi dengan nilai pemakanan. Pengambilan yang sederhana boleh memberikan pelbagai manfaat kesihatan.

Namun, jika diambil secara berlebihan ia mungkin memberikan kesan yang buruk pada seseorang. Jadi ingat pengambilan yang disarankan adalah 2-3 ulas untuk 1 sajian. Pengambilan buah boleh diambil sehingga 2 sajian 1 hari.

“Durian Buat Anda Gembira & Bantu Masalah Pencernaan. Tapi Jangan Ambil Berlebihan …” – Pakar Nutrisi

Jadi selamat menjamu selera dengan durian!

Artikel Berkaitan:

Elak Makan Durian Lepas Vaksin Untuk Langkah Berjaga-Jaga, Ini Penjelasan Lanjut Mengenainya

“2 Ulas Durian Setiap Hidangan, Kalau Lebih Boleh Jadi Racun. Terutama Penghidap Diabetes …” – Dr Samhan

Tak Tahan Diserang Ulser, Bintik Kecil Macam Nanah Kat Mulut. Ini Cara Rawatan Terbaik Disyorkan Doktor!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI