Buah naga bukanlah antara pilihan sajian buah-buahan yang popular bagi yang gemar mengambil pencuci mulut sebelum menjamah hidangan berat.

Mungkin disebabkan rupanya yang menggerunkan atau rasanya tidak begitu enak. Namun sebenarnya buah naga mempunyai khasiat tersendiri yang ramai tak tahu.

Selain berfungsi sebagai anti penuaan dan bantu penghadaman, buah naga juga sesuai diambil bagi mereka yang diabetes.

Ayuh kita lihat enam manfaat yang diperoleh daripada buah eksotik ini.

1. Antipenuaan

Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.

Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.

Digelar Buah Eksotik, Buah Naga Paling Baik Diambil Untuk Bantu Penghadaman & Penghidap Diabetes

2. Menghalang kanser

Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

IKLAN

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.

Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.

3. Kesihatan kardiovaskular

Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

Selain itu:  Boleh Undang Bahaya Pada Mata, Jika Kongsi Kanta Lekap Dengan Orang Lain. Ini Tip Betul Penjagaannya!

4. Diabetes

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.

IKLAN

Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.

Digelar Buah Eksotik, Buah Naga Paling Baik Diambil Untuk Bantu Penghadaman & Penghidap Diabetes

5. Penghadaman

Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.

6. Meningkatkan sistem imun

Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.

IKLAN

Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.

Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.

Digelar Buah Eksotik, Buah Naga Paling Baik Diambil Untuk Bantu Penghadaman & Penghidap Diabetes

Artikel Berkaitan:

Kebaikan Minum Air Limau Nipis Tanpa Gula, Bukan Je Cantikkan Kulit Tapi Bantu Untuk Kurus

Rasanya Kelat Manis, Kebaikan Buah Salak Selain Bantu Masalah Pencernaan, Juga Kuatkan Daya Ingatan

Pelbagai Khasiat Buahan Citrus Mampu Tingkat Sistem Imunisasi Badan. Pastikan Stok Sentiasa Ada!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI