Masih ramai yang belum cuba diet telur, dek kerana ragu-ragu nak tinggalkan nasi. Padahal ini cara yang sangat membantu kalau nak turunkan berat badan.
Jika ikut kaedah yang betul, diet ini boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Diet Telur Rebus, Hasilnya Turun 10kg Dalam Masa 2 Minggu!
Ya, memang banyak tapi sekali lagi kena tahu cara yang betul.
Menurut pakar diet Jill Corlene, telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.
Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.
Selain itu, diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.
Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
IKLAN
Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / anggur)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
IKLAN
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Pernah atau tidak kita perasan seseorang itu nampak sihat tetapi sebenarnya mengalami masalah Bipolar Disorder.
Bukan mudah bagi seseorang individu yang menghidap masalah Bipolar Disorder. Perubahan mood yang ketara antara mania dan murung menyebabkan individu yang alami masalah ini sering di pandang serong.
Kitaran emosi bipolar boleh berlaku dengan mendadak dan ekstreme. Hal ini boleh menganggu kitaran tidur, tenaga, kebolehan membuat keputusan, tingkahlaku dan pemikiran.
Dari luaran, pesakit kelihatan normal dan mungkin tidak menampakkan ciri ciri yang jelas. Hakikatnya, penderitaan yang mereka alami sangat sukar dan mencabar
Apakah yang dimasksudkan dengan Bipolar itu. Bipolar itu akan menyebabkan seseorang individu mengalami perubahan emosi ekstreme mania dan menjadi kemurungan.
Bagaimana dengan fasa kemurungan bagi pengidap masalah ini. Dan ini yang perlu kita ketahui:
– Kesedihan berpanjangan
– Berubah selera makan
– Rasa ingin bunuh diri
– Lesu dan tidak bertenaga
– Hilang fokus
– Luput ingatan
Mereka juga akan mengalami fasa mania di mana tandanya adalah:
– Terlebih gembira
– Banyak idea
– Pendapat yang banyak
– Mudah terganggu
– Keyakinan berlebihan
– Grandiose
– Berbelanja berlebihan
– Melakukan aktiviti berisiko
Sempena sambutan hari bipolar sedunia 30 Mac lalu, kita sebagai rakan perlu memberi sokongan jika berkawan dengan mereka yan ada masalah ini.
Sentiasalah jadi pendengar terbaik dan jangan biarkan mereka ini berfikir yang bukan-bukan hingga boleh mencederakan diri.
Setiap wanita pastinya akan mengalami pengalaman berdepan masalah senggugut atau sakit ketika datang haid.
Masalah ini dianggap bukan sesuatu yang luar biasa bagi kebanyakan wanita tanpa mengira usia selagi sistem reproduktifnya masih aktif.
Kejang perut, kembung, sakit pinggang serta pelbagai lagi adalah antara gejala yang dialami, dan tahap kesakitannya juga berbeza.
Namun senggugut yang teruk boleh mengganggu kualiti kehidupan seseorang wanita. Malah menurut pakar obstetrik dan ginekologi, ada yang perlu mengambil ubat tahan sakit setiap kali haid.
Menurut mereka, umumnya kesakitan haid ini disebabkan masalah pada sistem peranakan, dan paling biasa ialah fibroid pada uterus dan adenomiosis, dua ketumbuhan benigna yang ditemukan pada rahim atau uterus.
Selain pengambilan ubat tahan sakit yang hanya memberi kelegaan sementara, ada kaedah rawatan lain yang boleh “membebaskan” wanita daripada senggugut seperti miomektomi dan adenomiomektomi, dua prosedur melibatkan pembedahan namun berisiko menyebabkan komplikasi semasa hamil, selain alternatif yang lebih drastik iaitu histerektomi – prosedur membuang uterus.
Namun tidak ramai wanita yang sanggup menjalani prosedur terbabit. Justeru, apa lagi pilihan yang ada?
Baru-baru ini, Mahkota Medical Centre (MMC) melancarkan kaedah rawatan berasaskan ultrabunyi yang pertama di negara ini – High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) – khusus untuk menangani masalah ginekologi terutamanya adenomiosis dan fibroid.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi MMC Dr S. Selva ketika dihubungi Bernama, berkata HIFU merupakan kaedah rawatan tidak invasif yang menawarkan tempoh pulih lebih singkat selain tidak menjejaskan kesuburan wanita.
Tidak seperti prosedur lain, pesakit tidak perlu menunggu uterus mereka pulih sepenuhnya sebelum mencuba untuk hamil, jelas beliau, dan menambah HIFU merupakan penyelesaian terbaik yang dapat mengurangkan impak terhadap kesuburan serta risiko komplikasi yang dihadapi oleh wanita yang menjalani rawatan tipikal bagi fibroid dan adenomiosis.
“Menerusi teknologi HIFU ini, MMC mengubah landskap rawatan bagi wanita dengan opsyen rawatan tidak invasif dan canggih namun terbukti memberikan hasil positif secara klinikal selain mengekalkan tahap kesuburan mereka.
“Teknologi HIFU menggunakan tenaga bunyi tertumpu untuk memanaskan dan memusnahkan tisu sasaran. Teknologi ini digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan seperti batu karang, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid benigna, penyakit prostat dan tumor pepejal, selain digunakan dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU boleh digunakan untuk merawat fibroid uterus dan adenomiosis,” katanya.
Cepat Sembuh Dan Tanpa Parut
Mengulas lanjut, Dr Selva berkata HIFU merupakan rawatan khas menggunakan transduser ultrabunyi berintensiti tinggi yang menumpukan gelombang bunyi di lokasi khusus, meningkatkan suhu setempat tisu daripada 60 darjah Celsius kepada 80 darjah Celsius dan menghasilkan nekrosis koagulatif tisu.
“HIFU dijalankan dengan berpandu sama ada pada Pengimejan Resonans Magnetik (MRgFUS) atau Ultrabunyi (USgHIFU) sebagai modaliti pengimejan bagi menyasarkan rawatan di kawasan fokus pada tisu dan pada masa sama mengelakkan kerosakan tisu-tisu lain.
“Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS ialah kaedah tersebut menawarkan pengimejan pada masa sebenar, sekali gus membolehkan doktor melihat tisu yang berkenaan semasa prosedur dijalankan. Kaedah itu juga menggunakan transduser yang lebih besar dan lebih berkuasa, sekali gus memendekkan tempoh dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
“USgHIFU turut memberikan akses lebih baik kepada pesakit selain fleksibiliti dalam posisi pesakit, justeru pesakit berasa lebih selesa, Selain itu, kaedah berkenaan juga lebih murah,” jelas beliau.
Memandangkan HIFU membabitkan prosedur tidak invasif, pesakit tidak memerlukan anestesia am semasa menjalani prosedur selain rawatan juga tidak meninggalkan kesan parut pada pesakit.
Prosedur tersebut mempunyai tempoh pulih yang lebih singkat berbanding miomektomi dan histerektomi. Rawatan HIFU juga lebih sesuai bagi wanita yang berhasrat untuk hamil kerana prosedur berkenaan tidak menjejaskan otot dan tisu lain pada uterus.
Menurut Dr Selva, disebabkan teknologi HIFU tidak meninggalkan kesan parut yang banyak pada dinding uterus, pengembangan rahim semasa kehamilan dan kontraktiliti ketika proses melahirkan dapat dikekalkan.
“Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung selama satu hingga empat jam, dan dalam kebanyakan kes, rawatan boleh dilakukan dalam satu sesi sahaja. Pesakit dengan jumlah fibroid yang banyak atau bersaiz besar mungkin memerlukan beberapa sesi. Prosedur ini juga tidak menyebabkan pesakit kehilangan darah, bermakna pemindahan darah tidak perlu.
“HIFU juga boleh mengurangkan risiko komplikasi berpotensi yang mungkin berlaku semasa pembedahan membuang adenomioma atau fibroid. Paling penting, pesakit yang berhasrat untuk hamil tidak perlu menunggu sehingga rahim mereka pulih sepenuhnya sebelum cuba mengandung,” katanya.
Selain itu, pesakit juga boleh mengadakan hubungan seks selepas kitaran haid yang seterusnya berakhir memandangkan beberapa kajian terkini menunjukkan pesakit berjaya hamil dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas menjalani rawatan HIFU, sama ada mengandung secara semula jadi atau dibantu melalui rawatan reproduktif.
Jika anda mahukan kulit glowing dan parut hilang pada wajah, anda boleh mencuba salah satu petua cantik yang menggunakan tiga bahan alami.
Perkongsian oleh Puan Puteri Kasim ini merupakan masker buatan sendiri untuk sihat dan kulit glowing, anda boleh guna bahan simple sahaja, tetapi 100% semula jadi.
Sesuai untuk anda yang ada masalah jerawat, kulit kusam, tona tak sekata, kulit berparut dan yang nak glowingkan kulit.
Kulit Glowing Dan Parut Hilang, Ini Kelebihan Sapu Masker Aloevera Campur Kunyit
Apa yang bestnya boleh jadikan sleeping mask, bawa tidur dan boleh digunakan setiap hari.
Bahan bahan untuk sekali guna:
2 sudu aloevera
1 sudu kecil madu
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
Cara Buat:
Gaul semua bahan dan tepek pada muka sebagai masker atau krim malam. Kalau nak pakai nipis pun boleh. Kemudian bawa tidur. Tak payah pakai produk mahal-mahal. Dijamin selamat.
Kelebihan Bahan Masker
Kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi ia adalah bahan semula jadi yang mampu mencerahkan kulit wajah selain menjadi agen mencegah penuaan, mengurangkan hiperpigmentasi dan mengatasi jerawat.
Kandungan curcumin iaitu pewarna kuning pada kunyit adalah paling bermanfaat kerana bersifat antioksidan yang baik dalam mengurangkan radikal bebas, anti radang dan anti bakteria yang baik untuk kulit wajah.
Madu adalah antiseptik semula jadi yang menyembuhkan kulit dengan cepat. Sifat antibakteria membantu menghilangkan bakteria dan kuman pada kulit. Sifat anti-inflamasinya mengurangi peradangan kulit yang menyebabkan jerawat.
Lidah buaya kaya dengan pelbagai nutrisi seperti natrium palmat, sorbitol, gliserin dan sodium karbonat. Jadi sekadar disapu pada kulit pun sudah membawa pelbagai kebaikan dan keajaiban pada kulit wajah.
Jom cuba, rawat secara semula jadi dari luar. Lagi best buat untuk 2-3 hari terus simpan dalam peti ais dan pakai waktu sejuk-sejuk. Boleh kembali dara pori pori awak nanti dan pastikan simpan dalam bekas bertutup ya.