Ramai tidak menggemari buah avocado kerana rasanya yang sedikit pahit jika tidak dicampur dengan dengan gula atau susu. Namun sebenarnya avokado ini banyak khasiatnya.

Avokado atau secara saintifiknya dikenali sebagai Persea Americana berasal dari Mexico dan Amerika Tengah.

Mempunyai kulit berwarna hijau gelap, buah ini mempunyai isi yang lembut dan biji besar di tengahnya.

Kaya khasiat, baik untuk jantung. 4 tip pilih avokado, elak beli yang terlalu ranum dan rosak

Ia juga mempunyai pelbagai bentuk, ukuran, warna dan tekstur. Rasanya pula digambarkan seperti rasa kekacang dan berkrim.

IKLAN

Agak sukar sebenarnya untuk memilih buah avokado terbaik ketika kita berada di pasar raya.

Ikuti tip ini agar tidak keliru menentukan tahap kematangannya bagi mengelakkan kesilapan memilih avokado yang rosak atau terlalu muda.

1. Perhatikan Warna Kulit

Perkara pertama yang korang akan perasan adalah perbezaan warnanya. Avokado yang matang biasanya bewarna gelap hampir kehitaman. Jika korang mahu menggunakan avokado secepat mungkin, pilihlah avokado berkulit gelap. Namun jika tidak mahu memakannya dalam masa terdekat, pilih yang berkulit masih hijau.

2. Picit Avokado

Tidak hanya melalui warnanya, korang boleh cuba memicit avokado untuk memeriksa sama ada sudah masak ranum atau masih muda. Letakkan di atas tapak tangan, dan tekan dengan perlahan. Jika ia masih keras, itu bermakna ia belum masak dengan sempurna.

IKLAN

3. Periksa Kulit Avokado

Selain warna kulit, korang harus memeriksa teksturnya. Kulitnya perlu sedikit keras dan pastikan tidak ada lekukan besar yang mungkin menunjukkan buahnya sudah lebam.

4. Tangkai Avokado

Untuk memastikan bahawa avokado yang korang pilih masak ranum dan isinya berkrim, kopek hujung tangkai di bahagian atas. Sekiranya kawasan di bawahnya berwarna hijau, avokado itu sesuai untuk dibeli. Sekiranya kawasan itu berwarna coklat, ia terlalu masak.

Avokado mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan kita. Antaranya ialah mencantikkan kulit, mengawal tekanan darah, kaya dengan vitamin dan membantu mengekalkan kesihatan jantung.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Kongsi 30 Menu Sihat Diambil Sepanjang Diet. Hasilnya Lenyap 24KG Dalam Masa 10 Bulan!

Bahaya Najis Berdarah Tanda Awal Barah. Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat!

Susah Bernafas, Bersin & Badan Naik Bintik-Bintik Sebab Alergi Debu. Ini Pesan Tya Arifin Pada Kaum Ibu!