Perasan atau tidak trend orang yang menjual makanan yang berwarna-warni walaupun untuk kuih tradisional seperti roti jala.
Pastinya kita rasa teruja dan seronok untuk menikmati hidangan ini kerana warnanya yang cantik dan menarik.
Namun sebagai pengguna kita sebenarnya perlu ambil tahu beberapa perkara yang perlu difahami mengenai pewarna makanan yang terkandung di dalamnya dan bahaya untuk keluarga terutama anak-anak.
1. Apakah Pewarna Makanan?
Menurut Portal MyHealth, pewarna makanan tergolong dalam salah satu jenis bahan aditif dalam makanan yang selamat dimakan dan ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral.
Penggunaan pewarna atau bahan aditif ke dalam makanan sebenarnya telah dilakukan sejak beratus tahun dahulu untuk membantu menyedapkan, mengawet, dan mengekalkan kualiti makanan.
2. Tujuan Menambah Pewarna Tiruan Dalam Makanan
Antara tujuan utama menambah pewarna makanan ini adalah untuk meningkatkan kualiti makanan dan persembahan (tekstur, warna, rupa, rasa dan konsistensi).
Bayangkan kalau tak ada langsung pewarna makanan, pelbagai makanan yang dijual di pasaran akan kelihatan sama dan kurang menarik. Maka, bahan pewarna digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan merangsang selera makan.
3. Pewarna Tiruan Dalam Makanan Anak-Anak
Sesetengah makanan memang kita nampak pewarnanya dari luaran. Namun, ada keadaan tertentu di mana kita tak perasan kewujudan pewarna ini.
Ads
Selain manisan dan gula-gula, kebanyakan kanak-kanak juga terdedah kepada pewarna makanan ini melalui minuman yang kita sangka sihat seperti jus buah-buahan, susu berperisa dan minuman yogurt / probiotik.
Kajian juga mendapati penggunaan bahan pewarna semakin meningkat dalam pembuatan bijirin sarapan yang biasa kita lihat di pasaran.
4. Cara Kesan Pewarna Tiruan Dalam Makanan
Untuk mengesan pewarna dalam makanan, ibu ayah perlu membaca label. Di bawah undang-undang sedia ada, apa-apa makanan yang telah ditambah dengan aditif makanan mesti mempunyai penyataan “mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan) yang dibenarkan di senarai ramuan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan“.
Kadang kala label juga memberikan maklumat tambahan berkaitan jenis aditif makanan secara spesifik yang telah ditambah ke dalam makanan. Contohnya “mengandungi pewarna yang dibenarkan (Ponceau 4R)”.
Ada juga label yang mengandungi maklumat tambahan di mana nombor rujukan aditif yang digunakan di peringkat antarabangsa dinyatakan pada label. Contohnya “mengandungi pengemulsi (sodium pyrofosfat(E450) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan”.
Ads
5. Bagaimana Pewarna / Aditif Makanan Dikawal Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab mengawal dan meluluskan penggunaan aditif dalam makanan. Pewarna dan bahan aditif yang dijual di pasaran hanya dibenarkan dalam makanan tertentu sahaja dan kadar maksimum adalah ditetapkan seperti yang disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
KKM akan meluluskan aditif makanan untuk kegunaan dalam makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan manusia hasil dari penggunaannya.
Jadi sebagai pengguna, kita pula perlu peka dan membaca label dengan teliti sebelum membeli sebarang produk di pasaran.
6. Bahaya Pada Kanak-Kanak
Menurut beberapa kajian, kesan pengambilan pewarna makanan yang berlebihan dikaitkan dengan hiperaktif atau ADHD di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa pewarna tiruan ini boleh menyebabkan alahan serta punca masalah tidur di kalangan kanak-kanak.
Ads
Walaupun pewarna makanan adalah selamat dimakan, namun secara umumnya kita harus melihat dari perspektif diet yang seimbang.
Ini kerana kebanyakan pewarna makanan serta bahan aditif terdapat dalam makanan yang diproses dan snek serta manisan yang kurang bernutrisi. Contohnya kek, aising, biskut, gula-gula, minuman berkarbonat, aiskrim dan coklat.
7. Alternatif Pewarna Semulajadi Yang Boleh Digunakan
Bagi ibu bapa yang suka menyediakan makanan sendiri, ada pelbagai bahan alternatif yang semulajadi yang boleh kita gantikan untuk membuat pewarna makanan. Antaranya:
Bagi mereka yang mengamalkan diet sihat, pasti tidak ada masalah untuk makan makanan yang menyihatkan.
Biarpun rasanya agak kurang sedap, tetapi apa yang penting sajiannya mampu mengawal pemakanan seseorang yang mengalami berat badan berlebihan.
Seperti perkongsian wanita ini Siti Hawa Mohd Zainudin yang berkongsi menu sihat diamalkan dan hasilnya berjaya turunkan 10 kg. Sebelum ini beratnya 68 kg dan berjaya turun sehingga 57 kg.
Menurutnya tiada alasan diet perlu menahan lapar, sebaliknya enjoy menikmati makanan sihat yang disediakan.
Biarpun menu disediakan tidak sepenuhnya eat clean, tetapi dia lebih mengawal portion karbo dan protein serta melebihkan sayuran/serat.
Jom kita lihat menu sihat diamalkan dan paling penting tetap ada nasi tetap ada. Malah perutnya juga tetap kenyang biarpun makan hidangan begini.
Selain genetik, pemakanan yang kita ambil juga jadi penyebab kepada kanser. Oleh sebab itu kita perlu berhati-hati memilih pemakanan yang sesuai diambil.
Baru-baru ini viral dikatakan beberapa biskut dikatakan penyebab penyakit merbahaya ini hingga menyebabkan ramai yang memiliih untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan.
Namun sebenarnya biskut ini dijamin selamat dimakan. Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu makanan yang jadi punca penyakit kanser ini.
Makan Biskut Jadi Kanser!
Baru baru ni tular tentang isu biskut menyebabkan kanser. Betul ke boleh jadi kanser ni? Sebenarnya banyak makanan yang boleh meningkatkan risiko masalah kanser bukan terhad kepada biskut sahaja ia lebih dikenali sebagai karsinogen atau penyebab kanser.
Apa antara makanan yang boleh menjadi penyebab kanser:
1. Daging yang berproses – kaedah daging yang berproses akan menghasilkan penyebab kanser iaitu polisiklik aromatik hirokarbon (PAH). Kaedah masakan seperti pembakaran, suhu pembakaran, proses pengasapan, tahap pengasapan, kandungan lemak, dan pengambilan yang kerap akan mempengaruhi risiko kesihatan kepada pengamalnya. Antara contoh makanan seperti sate, hot dog, salami, sosej dan sebagainya.
2. Makanan yang bergoreng – apabila makanan yang mengandungi kanji yang didedahkan dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan acrylamide. Acrylamide akan terbentuk ketika proses memasak dengan jangka masa yang lama atau suhu yang tinggi. Ia akan mengganggu sistem saraf dan meningkatkan risiko kanser. Antara contoh makanan seperti kentang, produk bijirin, roti bakar, kopi dan sebagainya.
3. Makanan yang terlebih masak – ni selalunya terdapat kepada kaedah masakan seperti barbeque, deep frying, bakar dan lain-lain. So, untuk kurangkan risiko kanser anda boleh cuba gunakan kaedah yang lain seperti rebus, kukus, gunakan ketuhar gelombang mikro atau air fryer, baking atau bakar dalam suhu yang lebih rendah, atau balutkan makanan dengan daun pisang, aluminium foil atau lain-lain.
4. Makanan yang tinggi gula dan karbohidrat ringkas – makanan ini bukan hanya boleh meningkatkan risiko diabetik atau kencing manis tetapi ia juga akan meningkatkan kesan keradangan dan oksidative stress. Nak lebih baik terhadkan pengambilan ini dan banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks.
5. Alkohol – minuman alkohol akan dicerna oleh hati kita dan bertukar menjadi acetaldehyde. Acetaldehyde ini jika diambil secara banyak dan berterusan boleh merosakkan DNA dan oksidatif stress. Ini akan meningkatkan risiko masalah kanser.
Jadi secara kesimpulannya, untuk mengawalkan risiko ini, kita perlu ambil inisiatif untuk menghadkan pengambilan makanan atau cuba gunakan kaedah yang lebih sihat. Cuma perlu diingatkan, sebaik mana pon makanan tersebut perlu diambil secara bersederhana.
Buat masa ini penyebaran penyakit Kaki Tangan Dan Mulut (HFMD) masih lagi berlaku terutama membabitkan golongan kanak-kanak.
Sehingga kini, tiada ubat dapat menyembuhkan HFMD kerana ia berpunca daripada virus.
Jika ada pun ubat adalah digunakan untuk bantu mengurangkanp gejala dan bukannya menyembuhkan.
Ini penjelasan yang diberikan oleh Dr Izzar Anwari yang turut memberi solusi bagaimana untuk mengelakkan jangkitan HFMD ini di laman media sosialnya.
Produk untuk rawatan HFMD
Sekarang ni saya tengok ada pula yang dok promote produk2 rawatan atau suplemen untuk merawat HFMD. Malah doktor pun ada yang promote produk dia untuk HFMD. Hmm betul ke tu?
TIADA ubat yang dapat menyembuhkan HFMD. Dan HFMD tu berpunca dari virus, maka antibiotik pun takkan membantu. HFMD ni kebiasaannya akan SEMBUH SENDIRI dalam masa 7-10 hari.
Ubat dari doktor yang digunakan untuk HFMD bertujuan untuk membantu MENGURANGKAN GEJALA bukannya untuk menyembuhkan.
Selain dari ubat2 dari doktor, ibu bapa juga boleh membantu anak yang dijangkiti HFMD dengan:
– Memberi anak makanan senang telan yang sejuk seperti ice cream, yogurt, smoothies untuk membantu gejala sakit tekak.
– Elakkan minuman berasid/masam seperti jus buah, air bergas etc yang akan menyakitkan lagi sakit tekak
– Elakkan makanan pedas atau masin
– Untuk ruam kulit yang gatal, boleh dapatkan lotion anti-gatal seperti calamine lotion.
Cara nak mencegah anak dari mendapat HFMD ini sahaja:
– Menjaga kebersihan diri. Selalu cuci tangan
– Ibu bapa dapatkan rawatan segera untuk anak. Jangan bawa ke tempat jagaan anak pula kalau dah tau anak demam atau ada ruam/lepuh . Kang anak orang lain dijangkiti
– Elakkan anak dari berkongsi barangan (cawan, mainan etc) dengan anak lain jika dia pergi ke pusat jagaan.
– Pusat jagaan kanak2 buat pembersihan pembersihan premis dan saring anak2 yang masuk ke premis setiap hari.
Jadi, tak perlulah nak dapatkan ubat-ubat mujarab yang kononnya dapat mencegah atau mengubati HFMD. Take care semua #drizzarshares