Bahaya kalau hormon tak stabil, semua jadi tak kena. Mula lah rasa nak membebel dan kadang kesannya membawa pada kulit wajah!
Tahu tak, wanita yang normal ada dua jenis hormon iaitu hormon estrogen dan progesterone. Hormon ini akan berubah-ubah semasa kita datang haid (period). Hormon ini juga memberikan kekuatan pada tulang, otot dan dalaman wanita.
Hormon Buat Wanita Emosi
Jika berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, boleh menyebabkan perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan wanita jadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan.
Bukan tu sahaja, ketidakstabilan hormon boleh memberi kesan negatif pada kulit muka kita seperti kulit kusam, pigmentasi, berjerawat, berjeragat dan lain lain.
Haaa.. pernah tak tengok kawan-kawan atau ahli keluarga kita jerawat banyak naik dimuka? Tahap jerawat meriah tu lain macam.
Jerawat dimuka dan jerawat badan tak berhenti naik. Bila mekap, susah untuk ratakan bedak kerana bintik hitam dan putih bermaharajalela. Guna skincare, sembuh sekejap, naik semula. Buat facial, lama-lama kulit kembali kusam.
Ada orang, gunalah skincare apa pun, makeup lah tebal macam mana pun, kulit sangat jarang naik jerawat. Senang cerita, kulit langsung tiada masalah.
Ads
Nak tahu sebabnya? Salah satu puncanya kerana masalah hormon dalam badan. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah kulit mahupun dalaman.
Rawatan yang hanya memfokuskan pada kulit sahaja tanpa ambil kira hormon dalam tubuh kita tidak mungkin memberikan hasil yang kekal pada jangkamasa panjang kerana jika kelenjar hormon yang tidak dirawat sudah menghasilkan hormon pada tahap rendah, masalah yang dihadapi akan berulang.
Jadi setakat ini faham tak kenapa masalah kulit wanita sekejap elok, sekejap tak berapa elok?
Dan kenapa period wanita warna kadang-kadang asyik bertukar? Malah ada orang tak datang period sampai setahun.
Itu semua salah satunya disebabkan faktor gangguan hormon. Jangan risau, ini ada beberapa tips yang boleh membantu.
Ads
Tips untuk stabilkan hormon wanita:
1. Cukup tidur dan rehat
Masa kita tidur badan akan recovery (baik pulih sistem), tidur tak cukup, sistem endokrin (sistem yang kawal hormon) akan terganggu
Jangan lewat tidur kalau tak ada keperluan.
2. Kawal emosi / stress berlebihan
Terlebih stress akan buatkan badan tinggi hormon Kortisol
Bila terlalu lama akan bawa masalah-masalah kesihatan yang lain, hypertension, berat badan, dan sebagainya.
Ads
Practice breathing (pernafasan) atau tafakkur untuk tenangkan minda.
3.Bersukan / bersenam
Ini dapat membuatkan anda tidur lebih nyenyak.
Dalam masa yang sama, dapat buang hormon stress yang berlebihan.
4. Diet seimbang dan sihat
Tolak fast food dan MSG.
Sila fokus makanan tinggi vitamin, contoh sayur-sayuran dan buah-buahan segar ulam.
Air kosong perlu cukup.
5. Kurangkan KOPI
Kafein ni bagus tapi bila TERLEBIH akan stimulate penghasilan hormon.
6. Vitamin D
Senang saja, pagi-pagi bagi body kena cahaya matahari – otak segar badan cergas.
Agak-agak tak dapat buat semua, anda boleh cuba mana yang mampu ya. Ini untuk kesihatan diri kita sendiri dan bagus juga untuk menjaga hubungan dengan pasangan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menang bergaya dengan membawa pulang pingat Perak dalam saingan acara akhir Keirin di Sukan Olimpik Tokyo sangat membanggakan kita.
Ternyata usaha selama bertahun-tahun oleh Datuk Azizulhasni Awang berbaloi walaupun sekadar meraiih Perak.
Jutaan rakyat Malaysia meraikan kejayaan ini dan anak kelahiran Dungun Terengganu ini turut mendapat ucapan tahniah dari legenda Badminton Datuk Lee Chong Wei.
Dalam hantaran di laman Instagram, Lee Chong Wei berkata seluruh rakyat Malaysia bersorak untuk beliau mendapatkan pangat Perak dan banga apabila bendera Malaysia dikibarkan di pentas berprestij ini.
Beliau juga yakin emas akan jadi milik Azizulhasni Awang ketika dalam temasya akan datang.
Namun yang sedikit mencuri tumpuan apabila beliau berkata usia Azizul sebaya pelumba yang menang pingat emas, Jason Kenny tetapi kenapa Azizul yang kelihatan lebih muda.
Beliau menambah apa rahsia yang boleh dikongsi untuk kelihatan jauh lebih muda dari pemenang utama.
Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutan mu. Bersorak satu Malaysia pabila mu menerjah untuk mendapatkan perak. Berbangga satu Malaysia melihat bendera dikibarkan.
Terima kasih kerana menyatukan kita. Gangsa dan perak u dah ada … I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti.
Side note : Bro, u sama umur ngan Jason Kenny tu. Tapi kenapa u nampak jauh lagi muda. Apa ramuan bro?
Dalam pada itu Azizul juga turut dikejutkan dengan khabar gembira apabila isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samat sedang hamil anak ketiga mereka.
Menurut isterinya Tya hanya berkongsikan berita gembira mengenai kandungannya itu selepas Azizulhasni menamatkan perlumbaan final supaya tidak mengganggu tumpuan suaminya.
“Saya dapat tahu saya hamil selepas Azizul berlepas untuk ke Tokyo,” kata Tya.
“Saya masih di fasa awal kehamilan dan selalunya alahan saya teruk. Itu sebab saya tidak memaklumkan berita kehamilan saya kepada Azizul lebih awal. Bimbang dia risau sebab tak dapat berada bersama saya di sini.
“Biarpun tak pasti apa perancangan selepas ini kerana pandemik, saya harap Azizul dapat selesaikan semua perkara di Malaysia.
“Dapat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu. Jangan bimbangkan mengenai saya di Melbourne, ada isteri John (Beasley) boleh membantu.” katanya di BH Online.
Azizulhasni pula ketika ditemubual selepas perlumbaan oleh sebuah stesyen televisyen swasta tempatan berkata, dia berlepas ke Tokyo dengan penuh berat hati memandangkan ayahnya, Awang Muda Embong yang dirawat di hospital.
“Masa perlumbaan tadi, saya teringat anak di Melbourne, isteri saya, saya tinggalkan emak ayah saya daripada umur (remaja),” katanya sebak.
“Bila tingkatan tiga, saya tinggalkan kampung, saya tinggalkan emak saya, emak saya tinggal seorang diri.
“Sebelum berlepas ke Tokyo, ayah saya berada di hospital. Adik beradik saya cakap, fokus pada Olimpik, jangan fikir mengenai ayah. Ayah saya mengalami ‘mild stroke’ saya tak ada pilihan lain. Ini bukan cabaran mudah untuk saya kali ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Jangan ambil mudah jika seseorang wanita itu ragu-ragu sama ada bayi dikandung berkembang secara sihat atau tidak dalam rahim.
Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui kandungan berkenaan masih ada lagi atau tidak. Jika denyutan jantung tiada, bermakna ada sesuatu berlaku pada kandungan.
Gugur 8 minggu kandungan
Begitulah yang dialami oleh pelakon dan usahawan Syatilla Melvin apabila memberitahu hasratnya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian setelah mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia lapan minggu.
Isteri kepada Shaheizy Sam ini juga memaklumkan dirinya mengetahui kisah sedih itu ketika membuat rutin pemeriksaan degupan jantung kandungan di sebuah klinik.
“Saya baru dapat tahu hamil anak ketiga dalam dua bulan lalu. Bagaimanapun ketika membuat pemeriksaan degupan jantung semalam (Selasa), doktor sahkan perkembangan janin terbantut dan tidak membesar sebagaimana sepatutnya,” jelasnya.
Ditanya tentang reaksi suaminya, dia dan suami menganggap tiada rezeki untuk menimang anak ketiga buat masa ini.
“Sebenarnya saya memang tak merancang untuk anak ketiga ini, tapi bila dapat tahu hamil memang saya dan suami gembira sangat.
“Malah Syeriv (anak sulung) pun teruja sehinggakan setiap hari cium perut saya kerana tak sabar nak jumpa adik baru.
“Jadi bila doktor memaklumkan perkara tersebut semalam, Sam terdiam sekejap. Bagaimanapun dia menerima semua ini dengan positif dan anggap bukan rezeki kami,” sambungnya lagi
Syatilla juga menerangkan keguguran kali ini merupakan pengalaman kali ketiga buatnya.
“Sebenarnya ini adalah keguguran saya yang ketiga. Sebelum Syeriv, saya pernah keguguran sekali dan kali kedua sebelum Sarima.
“Kali ini pengalaman mungkin sedikit berbeza kerana saya perlu melalui proses mencuci rahim, sekiranya janin tidak jatuh sendiri dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang semalam, Syatilla meluahkan rasa sedih tersebut.
Untuk maklumah, pasangan Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.
Dan bagi mereka yang mengalami keguguran, penting untuk menjalani berpantang bagi memastikan tubuh kembali sihat dan bertenaga untuk meneruskan rutin harian.
Menurut Dr Ramzdhan dari Doctor On Call memberitahu kepentingan berpantang bagi mereka yang mengalami keguguran.
“Untuk makluman anda, pantang merupakan amalan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat malaysia. Doktor perubatan tidak mempunyai spesifik cara berpantang. Jika anda mahu berpantang, ia tidak dihalang.
“Namun, sebagai doktor saya menyarankan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat bagi memudahkan proses penyembuhan. Kurangkan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat,” katanya.
Rupanya sudah dua tahun usia perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di samping isteri tercinta Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson.
Walaupun sudah menetap di sini, namun bagi Che Puan Sofie Louise Johansson tetap tidak melupakan asal usulnya.
Dalam posting di laman sosial Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson mengimbau saat ketika bağına Tuanku kecil setiap 6 Jun pada awal pagi akan berada di sekolah untuk mengangkat bendera dan menyanyikan lagu sempena Hari Kebangsaan Sweden.
Juni 6- When I was young we would always start this morning, the Swedish National Day to go the common flagpole in our school. We would sing the Swedish National song and hoist the flag. In 2005, it became an official Swedish public holiday.
This dress that I am wearing is my own version of our Swedish National dress made from Malaysian Batik and Malaysia Songket. In the 2nd picture is the Swedish Royal family, Queen Silvia, Crown Princess Victoria, Princess Estelle and Princess Madeleine
Menurutnya pada tahun 2005, barulah ia menjadi hari cuti umum di negaranya.
Dan untuk mengingati Hari Kebangsaan Sweden, Che Puan Sofie memakai pakaian rasmi negara Sweden tetapi disuntik dengan sentuhan elemen fabrik batik dan songket dari Malaysia.
Ternyata penampian ini mendapat pujian warganet. Masing-masing memuji kecantikan dan keanggunan beliau dalam pakaian tradisional negara Sweden.
Sepanjang bergelar isteri, penampilan Che Puan Sofie memang sering mencuri tumpuan. Malah sejak berkahwin Che Puan Sofie juga dilihat selesai mengenakan selendang dan berbaju tradisi Melayu. Gayanya sangat cantik dan anggun sekali setiap kali berada di khalayak.
Bukan saja dikurniakan raut wajah cantik semata-mata, baginda tuanku juga tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengen aktiviti kemasyarakatan, ligat didapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit.
Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie.