Sesekali masak menu Hari Raya, anda kena ambil tahu macam mana nak simpan rendang tahan lama sampai 3 bulan. Sebab kalau salah gaya, boleh buat anda sakit perut!
Isyh, nak masak rendang memang lah tak susah sangat tetapi kenapa nak membazir. Sayang kalau nak buang dan dibiar cepat rosak. Haaa… jangan risau, Public Health Malaysia ada kongsikan cara simpan rendang. Boleh lah anda makan berulang kali sekali masak.
Ads
Simpan Rendang Tahan lama, Cara Ini Boleh Makan Sampai 3 Bulan
Ads
Masak sehingga kering untuk menyingkirkan air. Kelembapan adalah punca utama pertumbuhan bakteria.
Selepas masak sehingga kering, masukkan di dalam bekas-bekas kecil dan masuk ke dalam peti sejuk.
Hidang dalam kuantiti sedikit. Jangan hidang dalam bekas besar dan ceduk daripada bekas tersebut.
Makanan selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimum selama 4 jam. Selepas dari tempoh itu, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif.
Panaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata. Jika disimpan dalam peti sejuk beku, nyahbekukan dalam ketuhar gelombang mikro atau suhu bilik sebelum dihangatkan.
Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti sejuk beku.
Simpan dalam peti sejuk boleh tahan selama 3 hari. Simpan dalam peti beku boleh tahan selama 3 bulan.
Tip di atas bukan sahaja untuk elakkan daripada rendang cepat rosak tetapi untuk mencegah keracunan makanan juga.
Ads
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak cantik dan putih gebu, masih ramai kaum wanita cenderung terpengaruh membeli produk yang kononnya mampu memberikan kesan positif dalam jangka masa yang singkat.
Dan akhirnya, ada yang terkejut dengan hasilnya membuatkan rupa paras berubah jadi gelap dan mungkin kemerahan disebabkan mengandungi bahan terlarang.
Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita yang menggunakan akaun TikTok @nurnnyas, dia berkongsi kesan yang ditanggung ketika ini akibat pemakaian produk yang mengandungi merkuri.
Jelas wanita berkenaan, kulit wajahnya berubah menjadi kehitam-hitaman seperti kesan terbakar selepas setahun menggunakan krim produk berkenaan.
“Saya fikir pada mulanya kerana sinaran matahari sebab saya bekerja di lapangan (luar). Tapi lama-lama pun kesannya tidak hilang. Akhirnya saya memutuskan untuk berhenti.
“Tapi bila berhenti, makin teruk. Saya kebingungan dan ambil langkah untuk biarkan saja. Tiga tahun kebelakangan ini, kesannya memburuk,” katanya menerusi video berkenaan.
Wanita tersebut berkata, dia kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik kulit.
“Seorang doktor mendiagnosis kulit saya dan menurutnya selain kerana kesan merkuri, masalah tersebut juga berpunca akibat kesan terkena sinaran matahari secara terus ke kulit,” katanya lagi.
Masih di dalam tempoh rawatan, wanita berkenaan berkata perkongsian yang dibuat di TikTok bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan produk wajah terutama yang mengandungi bahan seperti merkuri.
Jadi macam mana caranya untuk mengenal pasti sama ada sesuatu produk mengandungi merkuri?
Menerusi portal Hellodoktor ini beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan produk tersebut selamat dan tidak mengandungi merkuri:
1) Cuba sapukan krim tersebut pada tangan dan gosokkan barang kemas yang diperbuat daripada emas. Jika krim tersebut bertukar warna kepada kelabu atau kehitam-hitaman, ia mengandungi merkuri.
2) Periksa label di belakang produk. Jika ada perkataan mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio atau mercury, anda perlu berhenti menggunakan produk tersebut secepat mungkin.
3) Krim yang mengandungi merkuri mempunyai bau yang kuat dan menusuk hidung.
Ibu yang mengandung dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan produk yang mengandungi merkuri.
Kesannya bukan sahaja akan menimpa si ibu, malah juga boleh membawa masalah kepada bayi dalam kandungan.
Selepas ini, anda wajib memeriksa jenama produk yang mengandungi merkuri melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar atau tidak ada antara kita yang mengalami tulang belakang bengkok. Apa sebenarnya maksud penyakit ini dan apakah bahaya yang akan dialami oleh seseorang.
Adakah jika kita mengalami penyakit yang juga dipanggil skoliosis ini akan menyebabkan pergerakan atau aktiviti terbatas.
Dengarkan penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan skoliosis ini yang boleh terjadi dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak. Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.
Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘bengkok’.
Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.
1. Kanak-kanak
‘Infantile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
• Kecacatan sejak lahir
• Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
• Kecederaan
• Jangkitan
• Ketumbuhan
‘Juvenile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 – 10 tahun. Ia jarang berlaku.
2. Remaja
‘Adolescent idopathic scoliosis’ – skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.
3. Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.
Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari duduk membongkok, duduk dalam keadaan janggal tau tidur di atas tilam lama/nipis.
Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.
Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan. Tanda-tanda lain termasuk:
1. Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
2. Penonjolan tulang bahu
3. Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
4. Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
5. Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
6. Baju yang dipakai kelihatan senget
Jika dibiarkan tanpa rawatan, Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan, kecacatan bentuk badan dan kesukaran bernafas.
Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna. Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk. Pesakit juga akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan.
Selain itu, ada juga peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”). Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok. Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai.
Rawatan pembedahan akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk. Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk. Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut. Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai “braces” badan hari ke-2 atau ke-3. Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Untuk bersukan hanya dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan.
Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya (“idiopathic scoliosis”) selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal.
Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas. Tanda – tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
1. Bahu kelihatan tidak sama tinggi
2. Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
3. Pinggang kelihatan senget sebelah
4. Pinggul kelihatan tinggi sebelah
5. Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.