Tidak dinafikan sejak minggu lalu anak tunggal Erra Fazira, Engku Aleesya jadi sebutan ramai dan menjadi perhatian apabila muncul cukup manis di majlis perkahwinan bapanya Engku Emran Zainal Abidin.
Mengenakan kurung moden rona cerah dengan selendang panjang cukup menyerlahkan penampilan kanak-kanak berusia 12 tahun ini.
Penampilannya meraikan majlis perkahwinan bapanya itu sangat mencuri tumpuan sekaligus mendapat pujian warga net.
Rata-rata memuji kecantikan Engku Aleesya yang dilihat sentiasa melemparkan senyuman manis sepanjang sesi fotografi bersama keluarga barunya.
cintaryna Aleesya lawa
nurul_uzair Cantiknye aleesya…like puteri raja
wan_fary Cantiknya eleesya. Manis
wawa_kosmetik02 Cantiknya engku aleesya. Paling menyerlah. Simple tapi cntik. Nampak ayu sopan. X bleh move on tengok engku aleesya ni
Ketika bertemu Erra Fazira pada majlis memperkenalkan beliau dan Wany Hasrita sebagai duta baharu pelitup muka Himaya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada pagi Selasa, sempat bertanya rahsia kecantikan anak daranya ini.
Adakah beliau yang merupakan bekas Ratu Cantik dan juga seorang primadona menjaga kecantikan Aleesya seperti dirinya yang sangat mementingkan penampilan dirinya.
Menurut Erra, sebagai ibu beluau juga turut mengajar dan mengingatkan anak kesayangannya itu untuk menjaga kecantikan wajah sejak kecil lagi.
“Saya pesan macam-macam pada Aleesha supaya pakai itu ini bagi mengelakkan berlaku masalah kulit wajah dan juga bab penjagaan rambut. Tetapi sebab dia masih budak akan buat apa yang dia mahu.
“Apabila tanya dah pakai, dah katanya. Tapi bila kita tengok tak pakai. Tapi tak apa sebab saya dulu pun begitu.
“Saya ingat lagi emak membebel-bebel belum tentu kita nak pakai. Tetapi bila kita ada kesedaran barulah tahu betapa pentingnya apa yang diingatkan dulu.
Ads
“Jadi sekarang ini biarlah saya membebel-bebel pada Aleesyaa dan hopefully satu hari nanti dia ada kesederan dan nampak betapa pentingnya sesuatu benda itu,” katanya ketika ditemui ketika majlis berkenaan.
Tambah Erra, turut mengakui anaknya itu nampak lebih matang dari usia sebenar. Ini kerana setiap kali mereka berbicara macam orang dewasa.
“Ada la time dia manja, tetapi bila nak jelaskan sesuatu itu saya ada fakta, saya bagi contoh supaya dia buka minda.
“Ceritakan macam mana kehidupan, dewasa nanti apa expectaion kita. Tidak kisahlah betapa cantiknya kita, comel macam manapun nanti kalau perangai tak elok orang tak suka. Walaupun nampak wajahnya macam keliru, tapi itu tanggungjawab saya,” katanya lagi yang sering mengingatkan Aleesyaa pembawakan diri bila bersama dia dan juga ketika bapanya.
Biarpun mengakui ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak perempuannya yang kini meningkat remaja nanti.
“Saya sudah terasa bahangnya membesarkan anak yang makin meningkat remaja. Jadi menjadi tanggungjawab ibu-ibu zaman sekarang perlu banyak membaca untuk tambah pengetahuan dalam mendidik anak-anak,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah.
Ads
Dalam majlis berkenaan, Himaya bekerjasama dengan dua ini bagi memperkenalkan dua warna terbaharu sekali gus memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal bergaya buat wanita-wanita berhijab.
Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua berkata, pihaknya berbangga dapat berkerja sama dengan ikon selebriti tempatan.
“Pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah kualiti yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik.
“Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna,” katanya yang turut memberitahu Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktirafkan Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Lagi beberapa tahun akan masuk umur 60-an, wajah Ardini Angeline Tan atau lebih dikenali dengan Lucy tetap maintain awet muda.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik.
Kecantikan Semula Jadi Ardini Angeline Tan
Biarpun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tuberlalu, nama Lucy tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Tidak Kekok Pakai Tudung
Kelihatan kekal dengan penampilan bertudung, isteri kepada Sabri Yunus ini tidak kekok malah makin berseri apabila mengenakan tudung. Aktif berkongsi menu istimewa negeri Kelantan, Ardini Angeline Tan ini dipuji orang ramai.
Untuk rekod, persabatan penggalas watak Wan Ismail Golok serta Lucy terus kekal akrab sehingga terbit bunga-bunga cinta dan seterusnya memateri ikatan sebagai suami isteri.
Pelakon wanita ini juga meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Sabri Yunus sering memberikan bimbingan mengenai Islam dan membuatkan dirinya semakin dekat dengan agama.
Begitulah jodoh, tiada siapa menyangka hubungan mereka daripada seorang pelakon membawa kepada status suami isteri. Moga terus bahagia dengan cara tersendiri, hendaknya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tandatangan yang kreatif biasanya akan menjadi perhatian dan nampak menarik, tetapi tahukah anda salah satu itu simbolik kepada peribadi kita?
Menerusi satu perkongsian daripada Puan Farizal Radzali, tandatangan sebolehnya jangan senang dan susah sangat. Bukan salah tetapi ada sebabnya. Nah, jemput baca dulu pendapatnya.
Tandatangan Itu Simbolik Kepada Peribadi
Menurut ceritanya, “Cikgu saya dulu pernah cakap, masa tu baru nak belajar tandatangan borang sendiri. Cikgu cakap, tandatangan kita, jangan senang sangat, jangan susah sangat. Bila bekerja dalam bidang yang menjadikan tandatangan sebagai suatu yang amat penting, saya dah faham.”
Senang sangat atau susah sangat, orang mudah meniru.
Senang sangat atau susah sangat, menyebabkan tiap kali kita tandatangan, nampak lain. Takut orang kata kita pulak yang meniru.
Lagi satu, setiap tandatangan itu adakala menunjukkan peribadi pemiliknya.
Kalau yang susah sangat sampai tak tahu apa yang dia tulis, itu maksudnya orangnya agak komplikated.
Kalau yang senang sangat tu, bermakna dia bukan seorang yang berahsia. Siapa-siapa pun boleh baca nama dia.
Kalau yang bersimbol-simbol tu, love, smile, itu selalunya orang yang periang, penuh kasih sayang, dan adakala suka bersendirian.
Yang paling selalu ialah kalau tandatangan dia ringkas tapi masih tak tahu apa dia. Bermakna orang yang kenal dia sahaja yang tahu siapa dia.
Kalau tandatangan tak pernah berubah walau berapa lama, sama je dari sekolah dulu, maknanya dia seorang yang setia, tapi boleh jadi juga seorang yang tak sukakan perubahan.
Tidaklah tepat 100% tapi banyak yang betul. Cuba semak tandatangan kawan-kawan, mesti ada yang tersama.
Haa.. lepas ini boleh lah pastikan tandatangan anda itu menunjukkan karakter yang baik-baik. Tidak terlalu senang untuk ditiru dan tidak terlalu payah nak buat jika ditakdirkan bekerja dalam bidang yang memerlukan tandatangan setiap hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Body shaming atau ejekan tubuh boleh didefinisikan sebagai perbuatan memalukan seseorang atau menghina fizikal iaitu bentuk tubuh, warna kulit, penampilan, pekerjaan serta kekurangan individu tertentu.
Perbuatan itu bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya perlahan-lahan menjadi barah dalam masyarakat kita. Terbaharu, kita telah disajikan dengan berita penularan pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang sering menegur atau ‘body shaming’ penampilan terkininya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina telah memuat naik gambarnya yang sudah kembali bekerja selepas berpantang diiringi kapsyen mengenai ‘body positivity’ dan memberi teguran halus mengenai isu tersebut.
“Body positivity is a social movement focused on the acceptance of all bodies, regardless of size, shape, skin tone, gender, and physical abilities, while challenging present-day beauty standards as an undesirable social construct,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, Uyaina juga menyatakan dia sedar akan perubahan tubuh badan yang dialaminya selepas melahirkan anak lelakinya, Raja Urhan.
Bagi Uyaina, pengalaman melahirkan anak itu merupakan sesuatu perkara yang bermakna buatnya biarpun perlu berdepan dengan masalah tersebut sebelum dan selepas bersalin.
“Genap 2 bulan lepas Uyaina bersalin anak pertama. Badan saya melalui perubahan yang sangat banyak sewaktu mengandung dan selepas bersalin.
“Childbearing is such a beautiful journey that I wouldn’t trade with anything else in this world, including the changes it does to my body.
“Yes I’ve put on weight. You don’t have to tell me that. I already know. And yes I’m trying to lose weight. In fact, everyone is fully aware of whatever physical insecurities they have; weight, height, skin,” katanya.
Selain menganggap perkara tersebut sebagai sikap yang kurang sopan, Uyaina turut berpesan agar mereka sekurang-kurangnya menjadi lebih sensitif dan peka terhadap situasi yang dialami oleh setiap ibu mengandung.
“In fact, I always feel that it’s very rude for us to point out someone’s physical.
“Makin berisi sekarang. Tak cantik macam dulu.
“Eee kurusnya badan! Sakit ke?
“Omg teruknya kulit! Tak jaga hygiene lah tu.
“Don’t rub salt into the wound. Everyone is fighting a battle you know nothing about. The least you can do is be kind. Always be kind,” jelasnya.
Selain itu, isteri kepada Raja Syahiran itu juga sempat memberi kata-kata positif buat para ibu yang turut berusaha untuk mengekalkan kecantikan mereka selepas bersalin.
“Kepada para ibu. Sayangilah tubuh badan anda walau apapun perubahan yang berlaku. Sayangi tubuh badan anda biarpun ianya berbeza dari sebelumnya. Love your body, regardless,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bab bentuk badan, semua orang akan sensitif. Sebaiknya kita tak perlulah menegur walau kita nampak perubahan tubuh badan seseorang.
Terpulang kepada pendirian dan masing-masing punya cara. Sampai satu tahap nanti, bila anak dah besar dan boleh berlari, maknya akan kembali langsing. Sebab penat kejar anaknya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!