Sedar Lepas 7 Hari Koma. Ibu Hamil Positif Covid-19 Selamat Lahirkan Anak Melalui Pembedahan!

Share

Ibu hamil antara yang individu yang sangat berisiko jika terkena jangkitan virus Covid-19. Malah lebih menakutkan jika terpaksa ditidurkan atas sebab-sebab tertentu.

Namun jika umur masih panjang tiada apa yang mustahil.

Seperti yang berlaku di London, apabila seorang wanita Kelsie Routs, 23 tahun terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma setelah djangkitan virus merbahaya ini.

Dia yang belum menerima vaksin dan sedang hamil 28 minggu dikejarkan ke hospital setelah mengalami masalah sesak nafas.

Sejurus tiba di hospital, dia diberikan bantuan ventilator dengan kadar oksigen paling tinggi.

Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan bahawa dia perlu ‘ditidurkan’ bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk pulih.

Ketika berada dalam keadaan koma, Routs terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya yang ketika itu seberat kira-kira 1.3 kilogram.

Wanita itu yang hanya sedar selepas tujuh hari koma berkata, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan.

“Saya berasa terkejut kerana sebaik sahaja tersedar daripada koma, bayi saya telah pun dilahirkan. Saya memahami bahawa doktor mahu menyelamatkan bayi ini dan saya masih terkejut dengan keadaan ini.

“Kami berasa amat gembira dan akan kembali sebagai sebuah keluarga bersama bayi ini. Ia bagaikan satu keajaiban,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan.

 

Bayi yang diberi nama Kobe itu perlu dipantau rapi oleh pihak hospital selama lebih 40 hari sebelum dia disahkan sihat untuk dibawa pulang.

“Kobe ialah seorang pejuang yang hebat dan dia akan terus membesar tanpa memandang ke belakang,” kata Routs. – AGENSI

Sumber: Kosmo Online

Artikel Berkaitan:

Terus Bertangas Walau Dah Sebulan Berpantang. Cara Ozlyn Jaga Badan Lepas Bersalin 6 Orang Anak!

Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Salah Satu Sebab Masalah Berat Badan!

Pantang Cara Moden & Hanya Jaga Makan! Rahsia Isteri Dr Say Kekal Sihat & Ceria Lepas Bersalin!

IKLAN