Selain ikan kembung, siakap atau tenggiri, ikan keli antara hidangan yang jadi kegemaran ramai.
Ikan keli juga tidak semahal harga ikan lain dan ia mudah didapati. Terdapat pelbagai khasiat ikan keli yang ramai tak tahu terutama kepada tubuh.
Sama ada dimasak secara goreng atau salai, kandungan nutrisi dalam ikan keli memang sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Protein: 16.38 gram
Lemak: 2.8 gram
Kolesterol: 58 mg
Vitamin D: 12.50 mcg
Natrium: 43 mg
Kalium: 358 mg
Kalsium: 14 mg
Zat besi: 0.30 mg
Vitamin B3: 1093 mg
Vitamin B12: 2.23 mcg
1. Menjaga Kesihatan Jantung
Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.
Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.
Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.
Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.
Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.
Ads
Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
2. Baik Untuk Kesihatan Otak
Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.
Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.
Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.
Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.
Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.
3. Mencegah Penyakit Anemia
Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.
Ads
Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.
Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.
Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.
4. Kurangkan Risiko Alami Strok
Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.
Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.
Ads
Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.
5. Jadikan Sistem Imun Lebih Kuat
Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.
Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.
Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.
Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Jika anda tahu bahan-bahan berkualiti dalam sesuatu produk, hasilnya kulit bebas jeragat dengan cara mudah tanpa membuatkan kulit rosak. Malah hasılnya akan turut hilangkan parut yang ada.
Tular satu video di TikTok, saudara Hafiz berkongsi bagaimana untuk dapatkan kulit bebas jeragat dengan selamat. Namun kali ini dengan cara melaburkan sejumlah duit dengan memerlukan anda membeli produk terpilih.
Dua Produk Wajib Untuk Kulit Bebas Jeragat, Lelaki Ini Sendiri Dah Cuba
Ini dua produk wajib untuk kulit anda bebas jeragat, buang sel kulit mati pada wajah menggunakan:
The Ordinary Glycolic Acid Toning
Cara ini paling penting dan ramai orang terlupa, guna cotton pad 2 hingga 3 kali seminggu pada waktu malam. Bila anda buang sel kulit mati, automatik anda juga memudarkan parut jerawat, bantu tona kulit anda tak sekata dan pudarkan lapisan jeragat.
Anda boleh nampak lapisan sel kulit mati yang melekat pada cotton pad. Apabila sel kulit mati sudah pun tertanggal, serum untuk pudarkan jeragat akan lebih mudah meresap masuk ke dalam kulit.
Produk wajib kedua anda perlu cuba untuk menghilangkan jeragat ialah:
Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum
Serum ini boleh digunakan semua jenis kulit, menggunakan peratusan Niacinamide yang optimal. Tak buat kulit rasa kering dan langsung tak pedihkan kulit. Malah anda dapat perubahan kulit dalam seawal dua minggu.
Kali ini anda boleh DIY masker hilangkan jerawat dan parut di wajah dengan cara yang langsung tak sakitkan kulit, malah berkesan!
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Fyza Shah, dia sendiri sudah sapu macam-macam tapi jerawat tetap nak naik di muka.
DIY Masker Hilangkan Jerawat Dan Parut, Pilih Cara Tak Sakitkan Kulit
Kulit jenis sensitif memang susah nak hilang parut jerawat. Jadi Puan Fyza kongsi petua yang mudah tapi berkesan tak menyakitkan.
Ini la dia petua yang buat jerawat kecut dan parut tenggelam hilang dari radar. Anda yang tak ada masalah parut pun boleh buat juga untuk kulit lebih licin dan bersih.
Bahan-bahan mudah:
1 sudu serbuk kayu manis
1 sudu serbuk nutmeg (buah pala)
1 sudu jus lemon
1 sudu madu
Campur semua sampai jadi paste tebal. Sapu sahaja kat muka. Rasa mint berangin. Tak pedih tak menghakis. Selamat dan terbukti berkesan.
Cubalah, Fyza dah berkali-kali buat dan hasil dia kulit cerah dan licin.
Jangan lupa rajin amalkan suplemen dalaman supaya kulit yang berjerawat cepat kecut. Cerah dan putih secara natural.
Jadi sesiapa yang ada masalah jerawat dan parut di wajah, boleh cuba tip ini ya. Inshaa Allah berkesan jika anda amalkan secara konsisten pada wajah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular di media apabila pemerintah China dilaporan akan menggunakan kaedah calitán dubur (anal swab) bagi mengenal pasti individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
Walaupun ramai yang memperkatakan kaedah ini, malah ada juga yang menganggap sebagai bahan jenaka tetapi rupanya ia terbukti berkesan.
Memetik laporan CCTV, pegawai kesihatan melakukan ujian calitan dubur dalam kalangan penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di Beijing sejak seminggu yang lalu.
Menurut pakar-pakar perubatan China, mereka bersetuju mengguna pakai kaedah itu kerana :
1. Lebih tepat untuk mengesan kehadiran Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
2. Virus Covid-19 bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.
3. Telah terbukti berhasil dengan ujian yang dibuat terhadap penduduk di zon merah di Beijing yang menjalani tempoh kuarantin.
4. Kaedah itu membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu.
5. Kaedah calitan dubur itu juga dapat meningkatkan kadar pengesanan individu yang dijangkiti virus berkenaan.
Bagaimanapun, menurut CCTV, kaedah swab dubur tidak akan dilaksanakan secara meluas seperti kaedah konvensional sedia ada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Hal tersebut kerana pesakit juga mendakwa kaedah itu dikatakan tidak begitu selesa jika dibanding dengan ujian swab di saluran pernafasan.
Buat masa ini Malaysia, kita masih lagi menggunakan kaedah calitan ditekak dan hidung bagi mengesan individu yang melakukan swab test sama ada positif atau negatif virus Covid-19.