Masih ramai yang sedang berusaha keras untuk kurus tetapi diet gagal juga, ini semua disebabkan kurang kesedaran dan tiada ilmu dalam memilih makanan sihat.
Menerusi satu ciapan daripada Dr Samhan, sebenarnya ini lah perkara yang mungkin kita tak sangka akan jadi punca GEMUK!
Punca Diet Gagal
1. Makan laju sangat
Perut ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang, kalau makan laju, otak kata masih lapar dan akan makan lebih banyak.
2. Kuah banjir melimpah ruah!
Ads
Ini boleh jadi punca kalori berlebihan, lagi-lagi kalau berlemak dan mengandungi santan!
3. Makan nasi bersulam air manis
Bukan tak boleh hentikan cara ini tetapi dah jadi tabiat. Suka sangat makan bersulam air, nak-nak pula kalau pedas. Tetapi kalau ikutkan orang dulu-dulu pun, memang tak elok makan bersulam air ni. Jom, ubah!
4. Makan nasi menimbun
Suka cedok nasi banyak terus, melebihi portion yang sepatutnya. Risau sangat perutnya tak kenyang. Atau mungkin dah nampak lauk pauk yang sedap depan mata. Itu yang gagal amal makan segenggam tangan.
5. Makan guna pinggan size besar!
Cuba ambil pinggan yang kecil, mesti anda segan nak tambah nasi. Dah kalau ruangnya besar, mestilah cedok nasi dan lauk banyak.
Ads
Kalau ikutkan, saiz standard pinggan makan 9 inci diameter.
6. Makan nasi goreng, bukan nasi putih
Biasanya pilihan nasi goreng ni berlaku bila makan kat kedai, sedap je order menu bergoreng sebab bukan kita yang masak. Itu yang jadikan diet gagal mudah.
Ads
Nasi/Mi/Kuew tiaw/bihun goreng tinggi lemak dan kalori berbanding nasi putih.
7. Ambil lauk banyak sangat
Istilah tercedok tetapi sebenarnya memang tak mampu nak kontrol. Masalahnya ambil lauk banyak sangat boleh membuatkan kalori anda pun terlebih.
8. Tak makan sayur atau buah
Macam mana nak kenyang kalau tak makan sayur dan buah? Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ini mempunyai kandungan serat, vitamin, dan mineral yang baik.
9. Makan nasi berlauk makanan terproses
Ini pun satu masalah kalau anda memilih menu berlauk makanan proses. Jenis suka makan sosej, nugget, atau daging burger. Hancur lah diet.
Haaa.. jadi kalau betul anda nak kurangkan berat yang banyak, pastikan anda mampu mengubah amalan pemakanan yang diambil dalam kehidupan harian.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak elak kaki melecet bila pakai kasut, anda kena tahu beberapa rahsia ini. Bak kata orang dulu-dulu, elok gigit bahagian belakang terlebih dahulu sebelum sarung buat berjalan.
Hah, anda sendiri dah pernah kokak kasut ke? Confirm selesa?
Memang pedih bila kaki melecet terutamanya di bahagian hujung jari atau belakang tumit. Lagi-lagi kalau kaki jenis kembang, memang mudahlah nak melecet.
Selain petua orang lama tersebut, apa kata anda cuba 4 petua terbaik ini untuk kekal bergaya dengan kasut baru.
Jimat dan murah, boleh gunakan plaster luka untuk elakkan kaki daripada melecet ketika pakai boots baru.
Caranya adalah lekatkan plaster luka di bahagian yang sering melecet seperti di jari kaki, tepi kaki dan belakang kaki.
Untuk petua ini, semburkan alkohol pada bahagian kasut yang kamu rasa ketat ketika pakai. Kemudian masukkan kertas yang direnyuk ke dalam boots sehingga memenuhi keseluruhan ruang.
Biarkan semalaman dan keluarkan kertas renyuk di awal pagi dan pakai supaya dapat membentuk kaki kamu.
Turn on pengering rambut dan halakan ke seluruh kasut. Udara panas daripada pengering rambut akan membuatkan material kasut menjadi longgar dan meninggalkan ruang di kaki.
Menjadi trend sekarang, ramai yang gemar memakai kasut tanpa stokin. Tapi kalau tak pakai stokin, melecetlah kaki betul tak?
Jangan risau kerana anda boleh gunakan pelindung jari kaki. Pelindung ini direka khas bagi melindungi kaki daripada melecet semasa memakai kasut baru.
Hah, senang sangat, bukan? Jadi lepas ini jangan risau sangat pasal kasut makan kaki tuan sebab anda dah ada beberapa petua ini.
Terpesona melihat kulit Lufya yang cantik gebu tanpa sebarang cela, nak-nak dia sudah mempunyai anak. Masih anggun sesuai dengan gaya wanita berstatus ibu.
Melihatkan kecantikan Lufya, pasti ramai yang ingin tahu apa amalan Lufya dalam menjaga kecantikan kulitnya.
Haaa… rupanya dia hanya menggunakan sebiji tomato sahaja untuk menjaga kecantikannya.
“Ambil sebiji tomato dan buat begini…” kongsinya di media sosial.
Menjadi salah satu petua kecantikan kegemarannya, Lufya mendedahkan buah ini membuatkan wajahnya semakin segar dan glowing berbanding dahulu.
Kongsinya lagi, petua kecantikan menggunakan sebiji tomato itu dilakukan begini:
Owh ya, sebiji tomato yang dipotong empat bahagian itu boleh digunakan selama empat hari, yang mana sehari menggunakan sepotong bahagian tomato. Lakukan setiap hari dan anda boleh nampak keberkesannya.
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE. Ramai tidak tahu sebenarnya kaum wanita adalah golongan yang sangat mudah mendapat penyakit autoimun berbanding lelaki.
Namun begitu, ramai yang tidak begitu arif dan faham apa sebenarnya penyakit ini yang biasanya menyerang kaum wanita sahaja.
Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar.
Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri.
Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki.
Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kuat daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi.
Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik.
Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asanya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid.
Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh-contoh adalah seperti berikut;
1. Sendi-Sendi
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa.
Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3. Penyakit tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4. Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas.
Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit.
5. Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah.
Ia membuatkan seseorangan itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah).
Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis dan Type 1 Diabetes mellitus.
Permulaanya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Biasanya simptom-simpton itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2. Selepas itu kebiasaanya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3. Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4. Keguguran rambut yang berlebihan
Mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simpton-simpton ini normal. Segeralah bertemu doctor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya;
1. Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami
2. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap
3. Doktor membuat ujian darah yang asas
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.