Bagi yang tegar berlari, berhenti berlari sebulan memang rasa ‘angau’. Tapi, berlari ketika berpuasa memang memerlukan strategi berbeza supaya kita tak pengsan di tengah jalan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak, ini pun masa yang baik untuk mulakan habit sihat.
Nak tahu cara lari yang selamat, efektif, dan tak menjejaskan tenaga untuk terawih? Ini 10 tips runner girl wajib tahu:
Hidrasi Teknikal: Jangan ‘hantam’ minum seliter air masa sahur. Bahagikan pengambilan air: 2 gelas masa buka, 2 gelas sebelum tidur, dan 2 gelas masa sahur. Ini kunci utama nak elak dehidrasi masa larian petang.
Timing Itu Segala-galanya: Rancang larian tamat 15-30 minit sebelum waktu berbuka. Ini membolehkan badan terus dapat ‘bahan api’ (air & kurma) sejurus selepas penat.
Tukar ‘Mindset’: Bulan puasa bukan masa untuk kejar Personal Best (PB). Kurangkan intensiti dan jarak. Jadikan larian sebagai sesi ‘santai’ keluar peluh sahaja.
Cari Laluan Rata: Simpan dulu impian nak lari di Bukit Tabur. Pilih laluan rata di taman perumahan supaya jantung tak bekerja terlalu keras.
Pakaian ‘Breathable’: Pakai pakaian sukan yang ringan, longgar, dan dry-fit. Kita tak nak badan rasa ‘terperangkap’ dan kepanasan (overheated).
Jangan Segan Berjalan: Kalau rasa penat, berjalanlah. Jangan paksa diri berlari kalau degupan jantung rasa terlalu laju. Listen to your body, girl.
Sediakan ‘Meal Prep’: Pastikan makanan berbuka sudah siap atau mudah didapati. Jangan seksa diri dengan perlu memasak atau mencari makanan saat-saat akhir selepas penat berlari.
Botol Air Adalah BFF: Bawa botol air ke masjid masa terawih. Minum sikit-sikit secara konsisten sampai waktu sahur.
Menu Buka yang Pintar: Fokus pada protein dan karbohidrat kompleks untuk pulihkan otot. Contoh: Kurma, telur rebus, pasta, atau ayam bakar. Elakkan makanan berminyak yang buat perut rasa berat.
Tidur Itu Ibadah & Pemulihan: Rehat yang cukup sangat penting untuk elak burnout. Badan perlukan masa untuk repair sel selepas penat seharian berpuasa dan berlari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!






