Anda yang mempunyai anak kecil pastinya pernah berdepan dengan situasi anak mengalami hidung berdarah secara tiba-tiba.
Jika situasi ini berlaku, sebagai ibu bapa selalunya kita akan mudah diserang rasa panik membayangkan suatu yang buruk telah berlaku.
Adakah sebenarnya petanda ini tidak elok dan apa harus kita lakukan jika keadaan ini berterusan.
Ads
Ikuti perkongsian Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Dr Ezairy:
“Hidung berdarah pada usia kanak-kanak selalunya, walau tidak semestinya, disebabkan oleh masalah sinus atau resdung pada hidung yang tidak terkawal.
Ads
Hampir setiap hari bersin, gatal hidung, anak kita pun dok gosok-gosok garu hidungnya, maka pendarahan hidung amat mudah berlaku.
Jika ia berlaku, ibu bapa perlu ingat beberapa langkah ini:
Ads
– Bertenang dan jangan panik – Dudukkan pesakit dan tundukkan kepala pesakit – Picit atau compress hidung pesakit daripada luar. Lakukan langkah ini selama 10-15 minit. Ini akan menghentikan pendarahan – Jangan dongak atau baringkan pesakit. Ini akan menghalang darah keluar ke depan, tetapi ia akan terus mengalirkan darah ke paru-paru. Bahaya! – Letakkan ais di dahi pesakit untuk membantu mengurangkan pendarahan Jika semua langkah di atas tidak menghentikan pendarahan. Bawa ke hospital dengan segera.”
Dilihat semakin slim penyanyi, Aishah atau Datuk Wan Aishah Arifin dan rupanya berat dah 52 kilogram setelah lebih lima tahun menjalankan pembedahan bariatrik.
Aishah, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa bariatrik adalah satu alternatif untuk menyekat diri seseorang dari makan secara berlebihan.
“Ramai yang tahu perjalanan bariatrik saya yang sudah berjalan lebih 5 tahun. Alhamdulillah 50-52 kg weight loss.
Pengecilan perut sebagai satu ‘tool’ untuk menyekat kita dari terlebih makan. But at the end of the day, anda perlu ubah gaya hidup dan sikap terhadap makanan.”-kongsi Aishah
Akui kesihatan sebagai satu rezeki yang amat berharga, Aishah menitipkan rasa syukur dengan dirinya yang mengambil pemakanan secara sederhana serta senaman sehingga boleh mengekalkan pakaian bersaiz S.
“Kesihatan itu satu rezeki yang sangat berharga, jadi jangan ambil ringan perkara ini. Alhamdulillah dengan pemakanan sederhana (makan semua tapi sekadar untuk merasa) dan sedikit senaman, tak kiralah janji berpeluh setiap hari.
Sekarang maintain saiz S. Masa dengan Fan Club dulu pun tak muat pakai S.”-tulis Aishah
Jadi buat anda yang masih nekad nak kuruskan badan, jangan putus asa. Kalau mampu boleh buat bariatrik dan jika sebaliknya boleh usaha keras dengan jaga makan dan jangan lupa senaman.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Keinginan itu ada tetapi tanpa semangat dan usaha serta disiplin yang tinggi, pastinya impian hanya tinggal anganan.
Pelbagai faktor membawa kepada kenaikan berat badan, salah satunya selepas melahirkan anak selain tidak menjaga soal pemakanan.
Namun dek kerana kenaikan mendadak menyebabkan kita sanggup lakukan apa saja bagi mendapat berat ideal.
Seperti perkongsian wanita ini Rafina Rithsaqisya yang mengakui mengalami pertambahan berat mendadak selepas melahirkan anak.
Sebelum ini beratnya hanya sekitar 40-45 kg tetapi dalam masa dua tahun beratnya naik sehingga mencecah 22 kg.
Berkat keazaman yang kuat, dia cuba tekadkan hati melakukan diet dengan cara IF. Dan alhamdulillah misinya tercapai dalam masa ditetapkan.
1st time post sini untuk share kisah saya berjaya turunkan berat dan capai berat ideal dalam masa 4 bulan sahaja. Ya, 4 bulan dari obese class 1 to berat ideal!
Sebenarnya berat saya naik mendadak selapas saya bersalin anak bongsu pada tahun 2018.. Sebelum itu saya memeng kecil saja, berat around 40 – 45 kg saja. Tahun 2019 berat saya naik 10kg! Lepas itu tahun 2020 berat saya naik lagi 12kg! Jadi total berat saya naik sebanyak 22 kg dalam masa 2 tahun saja.
Bila dah tak larat nak bawak badan yang dah macam seladang ini, saya nekad. Nekad sangat-sangat. Masa itu termenung lepas tengok penimbang 67kg! Kalau saya tak buat sesuatu tak mustahil berat boleh jejak 70kg!
Masa itu terus azam.. Bulatkan tekad, cekalkan hati.. saya kena kurus! Terus buat if hari yang sama. Masa semangat tengah berkobar-kobar itu. Terus buat. Bila sudah nekad, sudah bulatkan hati, semua halangan, rintangan berjaya di tepis sebelah mata. Sebab masa tu terpandang goal saya nak kurus macam dulu-dulu balik jer. Saya mesti capai goal saya tu sebelum balik kg raya puasa nanti.
Tapi Alhamdulillah. Saya berjaya capai goal saya sebelum tempoh yang saya tetapkan. Saya sendiri tak sangka saya dapat kurus secepat ini. Syukur Alhamdulillah. Rasa segala apa yang saya buat selama ini tak sia-sia.
Menangis tau saya masa dapat sarungkan balik baju saya semasa bertunang dulu. Akhirnya saya dapat buktikan kepada semua yang pernah mengutuk, menghina saya masa saya gemuk dulu saya boleh kurus, saya dah berjaya kurus.
Kalau saya boleh kurus, kawan-kawan semua pun boleh!! Yakin boleh. Tiada yang mustahil jika kita berusaha bersungguh-sungguh.
Statistik Permulaan Saya: Umur: 40 tahun 1 bulan Tarikh Mula: 1 Oktober 2020 Berat: 67 kg Tinggi: 147 cm (ketot jek ) BMI : 31 (OBESE CLASS 1) Size baju : Xl, L Size seluar : 34 Statistik Terkini: Umur: 40 tahun 6 bulan Tarikh kini: 2 Mac 2021 ( capai berat ideal masa Feb 2021… Tapi baru nak share.. ) Berat: 46.5 kg BMI : 21.5 (NORMAL!!) Size baju : Xs, s Size seluar : 27, 26
Protokol IF Pilihan: 1. OMAD- Setiap hari omad dari hari pertama IF sampai sekarang. 2. Minimum IF 20 jam. Walau 20 jam tetap omad makan sekali jek. Tapi jarang sangat 20 jam. Sampai sekarang mamang selesa buat 24 jam. Kadang-kadang lajak 30 jam.. 3. Selalu buat EF Selalu buat 48 jam, 72 jam dan 96 jam Pernah buat BTB 48 jam 3 circle saja
Cara Diet Saya: – Pertama sekali saya memang cut sugar dalam diet harian saya. Tak ambil minuman manis dan sebarang kuih muih manis. Selama 4 bulan itu saya tak pernah miss walau sehari pun buat IF. Dan tak pernah cheat day. Memang pulun hari-hari buat tanpa jemu sampai sekarang. Jiwa dah sebati dengan IF. Memang tak dapat dipisahkan lagi.
– Cara pemakanan saya, saya buat suku suku separuh walaupun saya omad. Pastikan setiap hidangan itu mencukupi la. Beras saya tukar kepada beras perang.
– Bermula 14 Feb 2021 saya mula amalkan lazy keto. Walau pun dah kurus, sudah dapat berat ideal, saya masih ber IF dan berlazy keto untuk saya kekal sihat dan kurus. Untuk fasa maintain ini saya tak boleh selesa sangat, kalau tak jaga pemakanan nanti berat naik balik.
Pelan senaman saya: – Saya pastikan akan buat workout paling kurang 3x seminggu. Wajib! Memang paksa diri buat. Fokus goal. Terus bersemangat. Setiap hari peruntukan 2 jam untuk workout. Biasa saya buat Leslie walk, zumba, briswalk dan weight training.
Tapi bila dah kurus ini malas pulak nak bersenam. Just IF + lazy keto saja
Kalau ikutkan saya malu nak share sini. Tp ok la untuk naikkan semangat IF warrior yang lain kan. Mana tau bila ada yang baca, terus semangat nak buat kan. Lagi 1 bila share di tempat lain yg org tak faham dan tak buat IF ini, ramai pula yang mengata.
Pedulikan apa yang orang lain nak kata. Kita buat kita dapat. Semoga hati ini terus istiqomah! #ifforlife
Belum pun selesai pemberian vaksin dos pertama dan kedua, kerajaan kini menimbangkan pula pemberian dos ketiga tidak lama lagi.
Bagaimanapun, untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 ini selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan suntikan dos ‘penggalak’ itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.
Menurutnya, ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.
Katanya, suntikan dos ketiga tersebut dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.
Ketika ini, beberapa negara termasuk ASEAN sudah mula memberi suntikan dos ketiga vaksin Covid-19, antaranya Singapura, Indonesia dan Thailand, dengan keutamaan kepada golongan berisiko seperti petugas barisan hadapan serta kumpulan rentan.
Sementara itu, menurut Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Selangor, Dr Malar Santhi Santherasegapan antara fakta tentang dos ketiga adalah;
1. Dos penggalak (dos ketiga) mungkin diperlukan untuk memanjangkan tempoh perlindungan. Ini kerana jika diamati tempoh pandemik ini nampaknya tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat. Jadi, atas alasan itu kita mungkin memerlukan dos penggalak tersebut.
2. Tidak bermaksud pemberian dos penggalak itu terus-menerus akan memberhentikan jangkitan kali kedua ataupun mengesahkan 100 peratus seseorang itu langsung tidak dijangkiti termasuk varian mutasi seumur hidup mereka.
3. Dos penggalak bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih tinggi dan lebih panjang.
4. Berkisar mengenai vaksin Covid-19, tiada tempoh jaminan perlindungan yang dapat diberikan kerana kita masih belum mempunyai sebarang data tepat.
5. Secara saintifiknya (pemahaman biologi), apabila dos penggalak diberikan, perlindungan itu akan lebih tinggi dan lebih lama tempohnya supaya kita dapat redakan penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.