Perluke buat ujian kendiri C-19 setiap hari semasa positif?
Ramai dah kena COVID-19. Kat tempat kerja saya, yang dah kena lagi ramai dari yang tak kena. Tapi alhamdulillah semuanya bergejala ringan dan tak perlu dimasukkan ke hospital. Isolasi kat rumah je. Mujur semua dah divaksinasi.
Tapi, semasa kena COVID-19 tu, saya tengok ada yang setiap hari dok buat ujian kendiri semasa tengah isolasi di rumah. Sebenarnya tak perlulah nak buat ujian kendiri hari2 ye. Ini kerana virus C-19 dah tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan.
Ads
Tetapi, keputusan RTK-Ag mungkin akan positif lagi selepas tamat tempoh isolasi manakala ujian RT-PCR akan kekal positif lagi sehingga 3 bulan.
Anda mungkin begejala lagi selepas tamat tempoh isolasi tetapi jangan bimbang kerana anda tidak akan menyebabkan lagi penularan jangkitan. Cuma pakailah pelitup muka dan patuhi SOP semasa keluar tu.
Ads
Oleh itu, kalau kalau positif C-19:
✅ Isolasi di rumah dan ikut je arahan MySejahtera sehingga tamat tempoh isolasi. ✅ Lepas tamat tempoh isolasi, boleh keluar rumah walaupun bergejala. ❌️ Tak perlu ulang lagi ujian C-19 selepas dapat tahu keputusan yang pertama tu. Jimatkan wang dan air liur anda.
Menjadi satu pengalaman mendebarkan buat seorang juruterbang apabila bertanggungjawab membawa vaksin pertama Covid-19 ke Malaysia.
Bagi juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Kapten Hamdan Che Ismail adalah antara orang terpenting di sebalik vaksin ini kerana menerbangkan pesawat penumpang Airbus A330-300 ke Malaysia pagi semalam.
Juruterbang yang sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS ini mengakui turut terharu kerana dipilih menjadi sebahagia daripada sejarah negara semalam.
“Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi saya sepanjang tempoh 29 tahun berkhidmat dalam dunia penerbangan.
“Sepanjang penerbangan dari Singapura, saya juga perlu memastikan suhu yang bersesuaian dalam pesawat dikekalkan agar tidak menjejaskan keberkesanan vaksin yang dibawa,” katanya yang juga merupakan Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines.
Kapten Hamdan mengakui berasa sedikit gementar dan takut apabila memikirkan mengenai tugasan berkenaan adalah untuk membawa vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar bakal dilaksanakan di negara ini.
“Bila fikir ada vaksin Covid-19 dalam pesawat memang ada terfikir takut jika ia rosak… Alhamdulillah vaksin telah sampai ke Malaysia dan cuaca sepanjang perjalanan juga baik,” katanya.
Pesawat MH604 yang membawa 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam10.07 pagi tadi dari Singapura.
Sebelum itu memetik laporan portal media tempatan, Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.
Dalam pada itu,Kementerian Kesihata Malaysia KKM juga dalam posting di Facebook juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau yang merupakan anak jati Kelantan sebagai tanda penghargaan.
Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.
Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:
1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab
2) Keturunan
3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat
4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar
5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.
Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya
2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus
3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar
4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker
5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.
Nanti jangan lupa cuba ya, ini salah satu usaha untuk pudarkan jeragat dengan cara paling jimat dan berkesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika tahun lalu Sinar Harian melalui hasil laporan cemerlang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia – MPI Petronas 2020.
Dan tahun ini sekali lagi rezeki berpihak kepada Kumpulan Media Karangkraf apabila dipilih menjadi sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini semalam.
Berdiri megah sebagai syarikat penerbitan sejak 40 tahun lalu menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf dipilih sekaligus membawa pulang trofi, sijil sera wang tunai RM10,000 pada kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Penyampaian anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan ini, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Menurutnya, ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters.
Katanya, pengiktirafan itu juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Tambahnya, kejayaan sedemikian juga tidak akan dicapai tanpa sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen tersebut.
Hari Wartawan Nasional merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wartawan yang merupakan “insan di sebalik tabir” melaporkan peristiwa penting berlaku di seluruh dunia.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana Covid-19, Hawana 2022 diadakan sekaligus mengiktiraf Kumpulan Media Karangkraf sebagai media terbaik.
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Mengimbau penubuhan Kumpulan Media Karangkraf, gergasi media ini membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Hargai peranan wartawan
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Pada Februari 2021, inisiatif agresif membanteras rasuah diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – Sinar Harian / Bernama