Walaupun air soya sedap untuk diminum tetapi ada beberapa mitos yang tercetus mengatakan kacang soya itu sendiri tidak baik untuk kesihatan sehingga mengelirukan penggunanya.
Oleh itu, pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof Madya Dr Hasnah Haron berkongsi empat mitos mengenai soya di bawah:
1. Mitos: Semua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO)
Bukan semua produk soya diperbuat daripada GMO. Pelbagai tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan GMO juga terdapat di pasaran.
Walaupun sesuatu produk berkenaan berasaskan GMO, tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa dengan memakan kacang soya GMO atau produknya akan memberi kesan buruk dari segi kesihatan.
2. Mitos: Risiko kanser payudara akan meningkat jika memakan soya
Ads
Mitos ini datang daripada kepercayaan bahawa isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam soya boleh meningkatkan risiko kanser.
Kajian telah menunjukkan bahawa isoflavon soya, tidak kira daripada sumber apa pun, tidak mendatangkan sebarang kesan berbahaya kepada tisu payudara.
Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara. Satu kajian prospektif ke atas 300,000 wanita di China dan kajian meta analisis yang berasaskan respon dos menunjukkan, pengambilan soya yang tinggi sebenarnya mungkin dapat memberi manfaat yang cukup besar bagi mencegah kanser payudara.
3. Mitos: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid
Ads
Pelbagai kajian dan tinjauan yang menyeluruh menunjukkan yang sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid dalam lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.
Tambahan pula, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan bahawa isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payudara, tiroid atau rahim bagi wanita menopaus.
4. Mitos: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin
Ads
Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Kajian meluas telah menunjukkan bahawa pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki.
Kesimpulannya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa soya dan produk soya adalah sumber protein lengkap yang baik. Ia kaya dengan nutrien yang pelbagai dan perlu dijadikan sebahagian daripada diet sihat kita.
Kata orang malang itu tidak berbau. Bila-bila masa saja boleh terkena kemalangan kecil walaupun berada dalam rumah.
Antara kemalangan kecil yang sering berlaku di rumah adalah anggota badan melecur akibat kena minyak atau air panas.
Kalau zaman mak-mak kita dulu akah suruh letak ubat gigi untuk tempoh penyembuhan. namun sebenarnya cara itu salah dan tidak bagus untuk kesihatan.
Menurut posting yang dikongsi oleh Public Health Malaysia, meletakkan ubat gigi pada luka melecur adalah tidak bagus.
Menurut PHM lagi, kulit bukan sahaja tidak dapat diselamatkan tetapi juga menyebabkan komplikasi kepada kulit dan boleh merebak ke tempat lain. Lebih-lebih lagi jika yang terkena adalah anak kecil.
Kasihan. Kulit tersebut bukan sahaja tidak dapat diselamatkan. Ianya menyebabkan komplikasi kepada kulit dan merebak ke tempat lain. Si kecil dapat jangkitan kuman selepas seluruh tangannya melecur terkena air panas. Ini kerana rawatan awal yang diberikan si ibu adalah salah.
Masih terdapat nasihat di media sosial memberikan maklumat yang salah. Berhenti guna gamat, ubat gigi pada luka melecur. Ianya salah. Hanya perlu lalukan air dan balut dengan plastik pembungkus. Bawa terus pesakit ke hospital. Lebih awal pesakit dirawat lebih tinggi peluangnya untuk sembuh.
Kalau luka melecur selain jangan letak ubat gigi elakkan letak ini:
1. Madu
2. Mentega
3. Gamat
4. Kicap
5 Telur
Sebenarnya bagi mengatasi masalah ini, 4 perkara yang perlu anda lakukan:
Dia yang memulakan diet November lalu dengan berat sekitar 83 kg dan kini beratnya sudah pun mencecah 73 kg dengan ketinggian 54 cm.
Hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dengan latihan workout 3 hingga 4 kali seminggu dia berjaya menurunkan berat badannya. Masih lagi berazam untuk turunkan lagi berat untuk misi raya nanti.
Tapi saya dapati, diet suku suku separuh ini sangat enjoy dan tidak menyeksakan. So, dengan tekad & azam yang ada, saya mulakan juga perubahan ini.
Saya hari-hari akan jenguk Page ni untuk mendapatkan suntikan motivasi. Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Setakat ni saya masih positif dan belum mahu mengalah kerana BMI belum Normal. Target saya sebelum Raya, Kurus, sihat dan Cantik
My Journey:
– Start 26 Nov 2021 berat 83 KG
– Now 73KG
– Tinggi 154 cm
– SSS Portion
– Workout 3-4 Kali Seminggu dalam 30mins-1 Jam (Cardio) nnt nak try weight Training plak
– Air Masak 2-3 Ltrs sehari
– 10K Steps sehari
– Cut gula 90% sebab kadang seminggu sekali makan dessert, kadang tak
Seperti yang kita tahu, kegunaan jeli petroleum atau yang paling popular jenama Vaseline untuk menjaga bibir agar sentiasa lembap.
Vaseline adalah satu jenama produk berasaskan jeli petroleum yang sering dibeli pelanggan di drugstore berhampiran.
Ia adalah jenama jeli petroleum yang popular yang dihasilkan daripada campuran mineral dan lilin lebah.
Vaseline telah digunakan selama lebih dari 140 tahun sebagai sapuan serbaguna untuk meredakan luka, luka bakar dan kulit merekah.
Tetapi sebenarnya bukan itu saja kegunaan Vaselin tetapi banyak lagi manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.
Berikut adalah lagi 10 kegunaan Vaseline yang ramai tak tahu:
1. Melicinkan Tumit Kering
Pemakaian selipar di bawah matahari dan pasir dapat menjadikan kulit di kaki anda menjadi kering dan mengelupas.
Sapukan Vaseline pada kaki sebelum tidur dan pakai stokin. Keesokannya korang akan mendapati kulit tumit semakin lembut.
2. Mencabut Bulu Mata Palsu
Agak mustahil jika mencabut bulu mata palsu tanpa keuguran bulu mata asli. Korang boleh cuba dengan gosokkan sedikit Vaseline pada garis bulu mata palsu agar lebih mudah ditanggalkan tanpa merosakkan yang asli.
3. Sempurnakan Rias Kuku
Oleskan kuku dengan Vaseline sebelum menyapu cat kuku untuk mengelakkan sapuan merebak di luar kuku.
4. Bulu Mata Lebih Tebal
Jika rajin sapukan Vaseline pada bulu mata, korang boleh mendapatkan bulu mata yang lebat.
5. Licinkan Lubang Anting-Anting
Mesti korang pernah alami lubang tindik telinga tertutup atau sukar memakai anting-anting. Jangan risau!
Gosokkan Vaseline pada lubang tindik supaya proses memakai anting-anting tidak menyakitkan. Malah masa berdandan juga lebih pantas.
6. Sembunyikan Rambut Bercabang
Sekiranya rambut korang kering, gosokkan sedikit Vaseline pada hujung rambut. Ini boleh mengelakkan rambut bercabang menjadi lebih teruk dan rosak.
7. Lindungi Kulit Dari Pewarna Rambut
Sekiranya korang mewarnakan rambut, ia akan terkena pada dahi dan telinga. Untuk mengelakkan pewarna meresap pada kulit, sapukan Vaseline pada anak rambut terlebih dahulu sebelum proses mewarnakan rambut dilakukan.
8. Mencantikkan Kening
Kening yang tidak tumbuh teratur atau terlalu lebat sukar dikemaskan. Korang boleh sapukan Vaseline pada kening korang sebelum memberusnya. Ia akan kelihatan lebih teratur dan kemas sepanjang hari.
9. Kekalkan Haruman Minyak Wangi
Sapukan Vaseline pada pergelangan tangan dan belakang telinga sebelum menyembur minyak wangi. Langkah ini akan membuatkan minyak wangi korang tahan lebih lama.
10. Menghilangkan Kotoran
Kesan kotoran solekan pada fabrik adakalanya sukar untuk ditanggalkan. Apa kata gunakan Vaseline dengan menyapunya pada kesan kotoran tersebut. Kemudian lap ia dengan kain lembap dan cucilah seperti biasa.