Pakar Kongsi 10 Sumber ‘Real Food’ Boleh Je Cari Di Pasar Raya, Jadi Bekalan Sihat Untuk Anak. Ramai yang masih keliru apa maksud sebenar ‘real food’. ‘Real food’ atau bahasa mudahnya, sumber makanan asli yang kaya dengan mineral dan vitamin dihasilkan secara semula jadi.
Ia bukannya secara ultra proses iaitu makanan yang diproses secara berlebihan termasuklah campuran bahan kimia tambahan.
Contohnya, bagi pemanis asli boleh menggunakan madu, gula kelapa, gula tebu asli sebagai pengganti gula putih. Terdapat pelbagai sumber ‘real food’ di pasar raya yang mudah untuk didapati.
Perkongsian Dr Mazliana Mazlan memberitahu senarai real food yang sesuai diberikan pada anak dan boleh dibeli di pasaraya berhampiran.
Pakar Kongsi 10 Sumber ‘Real Food’
“Ini tak sesuai, itu kena elakkan, jadi apa je anak boleh makan?”
Selalu tau saya dapat soalan macam ni. Jom harini kita tengok. Saya kumpul terus semua gambar kat sini.
Pilihan real food untuk anak di pasaraya terlalu banyak sebenarnya. Cuma kita je, mungkin jarang pergi ke bahagian macam ni.
Kita tour pasaraya secara virtual bersama jom. Cari bahagian yang sepatutnya kita pergi. Sebab semuanya start dengan barang apa yang kita beli bawak balik ke rumah.
Barang baik dan segar kita beli, itu yang anak makan. Barang kurang baik dan tinggi proses kita beli, itu yang anak makan.
Ads
Yang sebenarnya, kita yang pilih nak beli barang baik atau kurang baik tu kan. Semua real food dalam gambar ni, kita boleh olah jadi makanan pagi, tengahari, malam, dan snek anak.
Makan terus macam tu je pun boleh, atau nak masak pun boleh. Mana-mana yang memudahkan.
Kalau perlu beli makanan di luar sekalipun atas sebab kekangan kerja, cuba cari makanan yang tetap dibuat dari real food.
1. Sayur dan buah – Snek paling mudah untuk anak kan.
Kawasan buah tempat pertama yang kita kena singgah.Bahagian sayur pulak, tempat kedua kita cuba pergi ya.
2. Daging ayam, lembu dan seafood – Makanan utama yang anak perlu ambil setiap hari.
Ads
Seafood boleh cari di pasaraya atau di pasar basah.
3. Telur – Breakfast paling mudah rebus dan terus makan.
Telur jangan lupa beli tau. Breakfast paling mudah padat nutrisi untuk anak.
4. Produk tenusu – Cari produk tenusu tanpa perasa dan perisa, susu kambing lebih baik.
Susu boleh minum sekali sekala, cari yany asli tanpa perisa dan pewarna k.
Jadi Bekalan Sihat Untuk Anak
5. Nasi – Nasi memang kenyangkan anak berbanding roti tinggi proses dengan perisa tambahan.
Beras makanan ruji kita kan. Bukan roti atau biskut tau.
6. Kekacang dan bijirin – Ajar anak makan bubur kacang hijau tinggi nutrisi berbanding cereal cepat tanpa khasiat.
Ads
Kekacang untuk otak anak.
7. Herba dan rempah ratus – Ramuan asli semua ni, kuatkan imuniti anak.
Herba rempah ratus setiap satu ada khasiat yang baik.
8. Lemak baik – Minyak sapi, minyak kelapa, pure butter antara pilijan yang baik.
Minyak sapi cari yang asli ya.
9. Pemanis asli – Madu, gula kelapa, gula tebu asli sebagai pengganti gula putih.
Pilihan gula yang lebih baik.
10. Air putih atau air mineral – Cukup je ajar air ni untuk jadi favourite anak-anak.
Jom bawak anak datang bahagian air mineral lepas ni, biar diorang pilih botol warna cantik, dan bukan air yang bewarna.
Kita cuba sama-sama ya, cari alternatif yang lebih baik buat anak dan keluarga. Pilihan sentiasa ada, cuma kita yang perlu cari.
Mazliana Mazlan Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k. instagram.com/mazliana.mazlan t.me/sembangsihat
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat Diet Santai, Tak Sampai Setahun Kembali Langsing & Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil. Lain orang lain cara dietnya. Ada yang terlalu ektrem dan ada pula yang memilih untuk diet secara santai dan tidak terlalu memaksa diri bagi mendapatkan tubuh langsing.
Namun siapa sangka usaha dilakukan membuahkan hasil apabila wanita ini berjaya mendapat berat idaman.
Bukan saja memilih untuk diet suku-suku separuh, tetapi dia juga melakukan workout di luar dan dalam rumah.
Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil
Newbie here. Nak share tips sangat pun tak tahu sebab saya diet santai dan tak terlalu push nak kurus. Asalnya target 4bulan je nak #roadto50kg. Jadi ke tak tawakal je. Pernah stuck and mental down kejap. Kejap jela pastu semangat balik
Rutin saya. – Dsss/ Makan semua benda tapi jaga portion.(tak kira kalori) – MAF training hari-hari masa bulan pertama, now 2x seminggu je. – Brisk walk 10km – Workout di rumah (Abs Dumbbell)
Seluar dari size 35 now dah pakai size 28. Baju dari size Xl boleh sarung M. Inchloss pun ketara sangat especially peha dan pinggul. Sekarang dah fokus body toning. Hopefully semangat tu berkekalan lah.
Bagi saya nak diet tak susah. Yang susah tu nak disiplin & konsisten. Cuma saya pegang satu je, diet ikut kemampuan badan dan jangan ikut orang sampai diri sendiri tak happy dengan weightloss journey. InshaaAllah menjadi
It’s okay to struggle, but it’s not okay to give up on yourself or your dreams. #XLToM #DSSS #MAFtraining #workoutathome
Dalam mengekang penularan virus Covid-19 terutamanya Varian Delta, kita sangat-sangat digalakkan untuk melakukan pencegahan kendiri dengan mengikut SOP dibenarkan.
Salah satunya adalah dengan penggunaan Face Shield yangbertujuan untuk perlindungan berganda setiap kali keluar rumah atas urusan penting.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan orang ramai menggunakan alat pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka berganda (double mask) ketika berada di tempat awam.
Menurutnya, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti Varian Delta yang kini dominan di dalam negara.
“Penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat,” katanya menerusi laman Facebooknya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan penggunaan pelitup muka berganda bagi mengurangkan pendedahan kepada virus. Virus Covid-19 boleh memasuki badan seseorang melalui mulut, hidung dan mata.
Saranan ini turut dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengingatkan orang ramai supaya menggayakan Face Shield yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan.
Penggunannya mestilah disertakan dengan facemask untuk perlindungan berganda dan menjamin risiko dijangkiti virus terutama Varian Delta yang boleh tersebar melalui udara dalam 15 saat saja.
“ Kita perlu menggunakan Face-shield yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan.
“Penggunaan Faceshiled harus dimasukkan sebagai sebahagian strategi untuk mengurangkan penyebaran dan penularan jangkitan dalam masyarakat”
“Jika anda perlu ke tempat awam, menaiki kenderaan awam, pergi ke pasar, bertugas di kawasan yang tertutup seperti pasaraya, gunakanlah faceshield.
Popular dengan nama gam gajah dek kerana logo binatang itu tertera pada bahagian luar labelnya.
Namun gam gajah atau super glue mempunyai fungsi yang sama dengan beberapa jenama gam lain yang ada di pasaran.
Kekuatan gam ini melekat pada permukaan menjadikan gam gajah ini memang popular dalam kalangan pembuat DIY atau hiasan kraf.
Apa isi kandungan di sebalik super glue ini dan bagaimana jika terkena pada tangan untuk berberapa hari.
Penjelasan Ahli Kimia yang juga Pensyarah Kanan UiTM, Dr Fatimah Salim memberi penerangan mengenainya.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara. Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih. Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya.
Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering.
Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air. Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan.
Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.