Tidak pernah dibayangkan anak yang kita sayang dan jaga dengan sebaiknya boleh meninggalkan kita hanya dalam sekelip mata.
Ini bukan disebabkan salah orang lain tetapi kelalaian dan kecuaian kita sebagai ibu bapa.
Perkongsian Doktor Redza Zainol memberitahu kes budak diserang sawan secara tiba-tiba kerana minum minyak cap kapak yang dijumpai ketika keluarga baru berpindah ke rumah baru.
Siapa sangka ini juga boleh jadi menyebab kepada kematian si kecil yang tidak tahu apa-apa bahaya mengenai barangan dijumpai.
Budak umur dua tahun alami sawan tak berhenti-henti
Mungkin disebabkan minum minyak cap kapak dek kerana bau dari mulutnya
Di wad bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi berterusan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia
Ads
Digoncang sekuatnya tubuh anak, tak bergerak, tak bernafas dan kulit mulai jadi biru
Rupanya ubat minyak cap kapak ini mengandungi Camphor, bahan dilarang penggunaan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun
Sepatutnya digunakan untuk sapuan bagi melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema
Kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor ini
Ads
Jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh sebabkan sawan dan kematian
Mak Ayah jangan sesekali letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Biasakan baca label sebelum guna produk untuk anak
Kenalah jadi mak ayah yang bijak
Ini antara produk tidakboleh digunakan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, boleh datangkan risiko sawan
Penat dikata mengandung. Lepas makan cara sihat, period jadi normal & wajah makin glowing! Oleh kerana sebelumnya mempunyai berat badan berlebihan, wanita berusia 34 tahun berasal dari Gopeng, Perak ini seringkali ditegur hamil.
Bukan itu saja, setiap kali keluar bersama ibu mertuanya pula, Lieya Shaarii yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan akan ditegur sebagai kakak kepada ibu mertuanya.
Sebelum itu juga dia turut mengalami masalah period yang datang tidak tetap. Oleh kerana itu berazam untuk menjaga pemakanan bagi memperbetulkan hormon badannya.
Disebabkan kata-kata inilah, wanita ini berusaha untuk menurunkan berat dan bermulalah perjalanan dietnya.
Menurutnya setelah dua minggu mengamalkan pemakanan sihat, dia gembira kerana periodnya sudah kembali normal.
Dengan jolokan seperti ‘datang bulan’ , ‘Aunt Flo’, ‘Sharks Week’ atau ‘dai yi ma’, haid masih dianggap topik yang tabu dalam banyak budaya.
Kaum hawa bukan sahaja perlu berhadapan dengan stigma, malah mereka sering ‘disajikan’ dengan maklumat tidak tepat tentang haid.
Sungguhpun haid merupakan proses semula jadi yang dialami oleh kebanyakkan wanita, ia masih diselubungi pelbagai mitos pada zaman serba moden ini.
Menurut laporan Kumpulan Bank Dunia1, sekurang-kurangnya 500 juta wanita dan gadis di seluruh dunia menghadapi ‘kemiskinan haid’, yang bermaksud kekurangan atau ketiadaan kelengkapan sanitasi bagi menguruskan haid.
Kesannya, mereka bukan sahaja kurang pengetahuan tepat tentang haid, tetapi juga kurang cakna tentang cara terbaik untuk menguruskan kebersihan haid.
Justeru, sempena Bulan Kesedaran Haid anjuran Aurelius Healthcare, Dr. Azizah binti Rusly, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Aurelius Nilai ingin merungkai beberapa mitos tentang haid yang biasa kedengaran.
#1 “Kata ibu, wajib membasuh tuala wanita kerana darah itu najis dan akan ‘menjemput’ kedatangan jin dan makhluk halus!”
Sebenarnya, darah haid tiada beza dengan darah lain dalam badan kita, dan sudah tentunya tidak kotor! Ia terdiri daripada darah, membran rahim, lapisan mukus, dan bakteria. Sungguhpun ia kadangkala kelihatan bergumpal atau lebih gelap, kejadian sedemikian adalah normal.
Tuala pakai buang hendaklah dibungkus rapi dan dibuang selepas digunakan. Namun, sekiranya anda menggunakan tuala boleh guna semula atau cawan haid, rendamkannya dengan air sejuk dan basuh dengan detergen biasa, soda penaik atau cuka. Pastikan ia kekal kering bagi mencegah jangkitan kuman.
#2 “Ada yang kata, meletakkan tuala yang telah dibasuh pada muka dapat memberikan kulit yang cantik.”
Tidak benar sama sekali, kerana sisa atau produk haid harus dibuang dengan cara yang betul!
Hakikatnya, cara memperoleh kulit yang jelas bergantung pada jenis kulit seseorang. Amalkan diet yang sihat lagi seimbang untuk menjadi versi terbaik anda. Tingkatkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran, dan minum air mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu!
Meskipun tampon boleh menyebabkan sedikit regangan atau koyakan pada selaput dara atau himen, namun ini juga boleh berlaku apabila anda melakukan aktiviti lasak.
Pada mulanya, sebilangan wanita mungkin akan mengalami ketidakselesaan ketika memasukkan tampon. Namun, keadaan ini adalah sementara dan akan bertambah baik!
#4 “Saya harus mengelakkan makanan atau minuman sejuk kerana ia akan memburukkan lagi pendarahan dan senggugut”
Hakikatnya, tiada kajian yang dapat membuktikan atau menyangkal kaitan antara minuman/makanan sejuk dengan senggugut. Haid merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan manakala aktiviti makan atau minum berkait rapat dengan sistem pencernaan. Jadi, kedua-dua sistem ini berfungsi secara berasingan dan tidak menjejaskan satu sama lain.
Sungguhpun demikian, sesetengah wanita lebih sensitif terhadap makanan atau minuman sejuk, yang mungkin akan mencetuskan atau memburukkan lagi senggugut. Jadi, anda haruslah cakna badan anda sendiri dan bertindak sewajarnya.
#5 “Saya pernah menyorokkan produk sanitari saya kerana tidak sopan untuk menunjukkannya di khalayak ramai”.
Sama seperti tisu dan ubat gigi, produk sanitari merupakan produk gaya hidup yang membantu wanita berasa lebih selesa dalam tempoh haid. Oleh itu, setiap wanita harus mempunyai hak dan kebebasan untuk membeli produk kebersihan tanpa rasa malu, kerana haid semata-mata satu proses fisiologi semula jadi yang berlaku setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang kepentingan kebersihan haid, ikuti kempen #RespectMyCycle anjuran Aurelius Healthcare di Facebook, Instagram, dan LinkedIn.
Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.
Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.
Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.
Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.
Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.
Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Ikuti perkongsiannya.
Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.
Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.
Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.
Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..
Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg.
Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.
Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.
Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.
Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.
Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.
Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.
Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.
Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik
Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.
Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.
Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..
Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.
Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.
Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.
Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.
Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.
Plain Didek @ Chin.
-I Run To Fight My Diabetes-
** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.