Pernah tak anda ambil peduli tentang pasangan narsisistik, mungkin ada yang kurang tahu tetapi sedang melalui dalam hubungan rumahtangganya.
Parah dan hati boleh retak seribu jika anda berdepan dengan pasangan Narsisistik. Nak tahu lebih jelas lagi ciri-ciri dan maksud Narsisistik, jemput baca perkongsian daripada Puan Syahirah Omar.
Dapat Pasangan Narsisistik
Rasa nak menulis tentang mereka yang berhadapan dengan pasangan Narsisistik dalam perkahwinan.
Pendapat saya ni secara umum dan bukan berkaitan dengan mana-mana individu. Sekadar untuk memberi awareness tentang NPD ni.
Kemungkinan anda salah seorang mangsa pasangan NPD.
Apa sebenarnya narsisistik?
Individu yang mempunyai ciri Narcissistic Personality Disorder (NPD) memang mempunyai gangguan mental dan sentiasa beranggapan bahawa dirinya jauh lebih penting daripada orang lain dan mengagumi diri sendiri.
Jadi dalam perkahwinan, memang boleh merana ya pasangan yang hidup dengan individu begini.
Karakter individu narsisistik memang dia sangat ketagih untuk lihat pasangan menderita. Bila pasangan menderita tu mereka rasa sangat puas.Suka sangat lihat pasangan menangis, merayu. Psycho sangat kan?
Ads
Kononnya Dia Tak Pernah Salah
Memang sentiasa rasa tak pernah salah, ego sangat tinggi, takkan sesekali memujuk dan jauh sekali untuk meminta maaf.
Kemudian, bila mula rasa pasangan sudah tidak memberi faedah untuk hidup, memang dia akan seksa mentally, verbally, malah ada yang physically.
Dia takkan beri ruang untuk communicate ( stonewalling). Dia akan cut off dan pergi cari orang baru yang ada keuntungan untuk diri dia.
Dalam masa yang sama, dia akan buat pasangan berada di posisi yang salah dan dia adalah mangsa keadaan. Selagi boleh dia tak akan ceraikan pasangan sebab biar kesalahan tu di pihak pasangan bukan dia.
Ads
Memang iras Syaitan betul karakter narsistik ni. Tak mustahil pasangan trauma, anxiety, gangguan mental disebabkan hidup dengan pasangan begini.
Dan kenapa mangsa pasangan narsisistik susah untuk keluar dari perkahwinan sedangkan sepatutnya dari awal lagi perlu angkat kaki?
Tak semudah yang kita fikirkan.
1.Pemikiran mangsa sudah di dibentuk bertahun untuk rasa takut, confuse dengan diri sendiri.
2. Sentiasa rasa diri sendiri yang tak berguna kerana sentiasa disalahkan dan dibuat untuk rasa bersalah.
Ads
3. Trauma dan ketakutan sehingga hilang keyakinan diri untuk bertindak.
4. Dan ada waktu yang pemangsa akan balik, dan buat pasangan terbuai buai disayangi semula ( love bombing sama seperti awal perkahwinan). Selalunya bila scandal pemangsa sedang buat perangai.
5. Pemangsa sangat jelas dengan kelemahan mangsa dan akan gunakan segala kelemahan untuk buat mangsa hidup merana. Dan mereka sangat pandai manipulate mangsa.
6. Masih percaya satu hari nanti pasangan akan berubah dan insaf. Buat pengetahuan semua, individu yang narsisistik tidak akan berubah melainkan melalui terapi dan berjumpa dengan pakar psychiatrist/psychologist.
Hanya dengan keinginan mereka sendiri untuk berubah bukan dipaksa oleh sesiapa. Selalunya mereka tak mengaku pun mereka ada ciri narsisistik.
Jika pilih untuk hidup dengan pasangan narsisistik, kalian perlu belajar bagaimana untuk berhadapan dengan mereka. Sebab mereka memang ada kelemahan.
Cuma bila mental mangsa tidak lagi kuat dan waras, sukar untuk cuba lawan.
Sekali lagi, penulisan saya ini sekadar memberi awareness tentang karakter pasangan narsisistik. Saya doakan jika ada di antara kalian sedang struggle berhadapan dengan pasangan begini, semoga Allah beri kekuatan untuk keluar dari perkahwinan dan mulakan hidup baru.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bilangan kes Covid-19 yang tinggi menyebabkan semua negeri terpaksa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Februari depan.
Penularan kes ini dikatakan boleh menjangkiti sesiapa, seperti munculnya kluster pejabat atau pun di rumah.
Sebagai contoh, salah seorang pekerja di pejabat korang, En Osman telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan kerana telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kes positif. Beliau telah diminta untuk datang ke klinik kesihatan untuk ujian swab.
Persoalannya, adakah anda dan seluruh rakan sepejabat perlu dikuarantin dan perlu menjalani ujian swab?
Dan jawapannya adalah Tidak!
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman portal rasmi mereka, selagi, En Osman belum disahkan positif covid-19, korang dan seluruh rakan sepejabat tidak dianggap sebagai kontak kepada kes positif.
Kalian tidak perlu panik dan beratur di Klinik Kesihatan kerana belum lagi menjadi kontak kepada kes.
Apa yang perlu dilakukan oleh Kontak Kepada Kontak Kes Positif?
Terus jaga SOP seperti biasa.
Pakai pelitup muka ditempat kerja.
Kerap lakukan disinfeksi.
Awasi jika ada gejala, baru dapatkan pemeriksaan.
Sementara itu, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook rasmi mereka berkongsikan kepada umum cara pengurusan kontak rapat di rumah.
Apa yang perlu kita lakukan untuk pengurusan kontak rapat di rumah adalah seperti:
Kontak rapat perlu dikuarantin selama 10 hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif.
Kontak rapat hendaklah melakukan pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh tersebut.
Kontak rapat akan dihubungi untuk tujuan penilaian kesihatan dan pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (mengikut pengaturan PKD masing-masing)
Kontak rapat yang bergejala akan diberi keutamaan untuk ujian pengesahan Covid-19.
Tidak perlu bersusah payah, menggunakan bahan alami untuk menguruskan badan dan dalam masa sama dapat hilangkan rasa sakit kaki.
Bukan itu sahaja resipi yang dikongsi ini juga dapat menghilangkan lemak berlebihan atau sakit lulut yang selama ini meragut keselesaan.
Buat sendiri air rebusan dari bahan yang mudah untuk dicari iaitu kulit kayu manis Ceylon dan juga madu. Bahan-bahan juga senang untuk diperoleh. Minum secara konsisten dan anda akan dapat hasil diingini.
Minum Air Rebusan Kuruskan Badan
Dalam banyak banyak resepi yang Kak Bib pernah share, ini lah satu satunya resepi paling best dan paling power untuk #kuruskan badan dan hilangkan #sakit kaki.
Resepi lain best jugak. Tapi feedback dia, tak se best feedback dari resepi ni.
Hilang berat badan Hilang lemak berlebihan Hilang buncit macam ngandung 4 bulan Hilang sakit kaki yang berlarutan Hilang sakit lutut yang selalu ragut keselesaan
Yang turun 10 ke 15 kilo tu memang senang sesangat. Tapi lagi luar biasa, bila ada beberapa orang yang berat lebih 3 angka, boleh turun lebih 40 kilo tau. Yang sakit kaki pun gitu.
Dari duduk jek time sembahyang, dah boleh sembahyang diri Dari yang jalan sikit kaki dah sakit, dah boleh jauh sedikit
Dari lutut bisa bisa, dah boleh naik tanga Keyword dia, kena minum air rebusan ni secara KONSISTEN. Sebab ni seme bahan natural jek. Ambik masa sikit baru nampak hasil.
Yang penting, jangan pandai pandai ubah resepi. Wajib guna Kayu Manis Ceylon, kayu manis asli.
Kayu manis biasa tu tak sesuai untuk minum hari hari. Nanti boleh tingkatkan risiko rosak hati.
Madu lak, make sure madu asli. Madu tak asli tu campo gula. Kang badan tak kurus, sakit kaki tak hilang, diabetes menjelma, penyakit lain yang datang. Jom kita tengok resepi
RESEPI KURUS DAN SAKIT KAKI 1 liter air 2 batang serai 7 biji cengkih 1 batang Kayu Manis Ceylon 3 hiris halia di ketuk 1 biji lemon Madu
Cara-cara 1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. 2. Minum ketika masih suam sebelum makan. 3. Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya? Power Rangers!! Dah la kurus, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi detox gak!
Ok. Jom kita tengok pulak khasiat bahan-bahan yang kita guna. KAYU MANIS CEYLON (KMC) – kayu manis sebenar (true cinanmon) – mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg) – mengurangkan kolesterol – membantu melambatkan proses penuaan – merawat nafas berbau – kurangkan kadar gula dalam darah – mampu kuruskan badan
SERAI – turunkan berat badan – kurangkan kolesterol dan gula dalam darah – turunkan tekanan darah tinggi – buang toksin dari badan – bantu pencernaan – ada citral yg boleh merawat kanser
HALIA – buang angin dalam badan – kurangkan bau hamis darah ketika haid – buang angin dalam badan – tingkatkan tenaga batin – rawat pengaliran darah yang ada masalah – panaskan tubuh
CENGKIH – rawat masalah pernafasan – bantu sistem pencernaan – panaskan tubuh – ada euganol yang berfungsi untuk cegah darah beku dan cegah sakit jantung dan stroke – sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan wajah
MADU ASLI – tingkatkan antibodi badan – tambah stamina – cantik kan kulit – perangi bakteria dalam badan – cegah penuaan – tingkatkan penyerapan nutrisi dalam badan
LEMON – lancarkan pencernaan – bersihkan darah – pecahkan lemak di badan – bantu tingkatkan stamina
Akhir kata dari penaja, cuba, jangan tak cuba. Kalau tak cuba, takkan berjaya. Kalau korang nak lagi bijak, beli jek #Cannella. Seme dah siap dalam tu. Senang, jimat masa. Nak nak untuk yang bizi bekerja dan ibu surirumah tangga. Goncang goncang terus minum.
Setiap bahan dalam Cannella ni dah bebetul kita sukat berat ikut magic nombor memasing. Gabungan komposisi yang tepat, sebabkan cannella jadi triple power. Testimoni pun berderet deret #KayuManisCeylon #CannellaByCasadiab
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!