Tidak dinafikan memang menjadi mimpi ngeri bağı mereka yang disahkan positif virus Covid-19. Malah ada yang tidak sanggup untuk memberitahu keluarga apabila diri disahkan positif.
Begitulah situasi dialami oleh Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James yang turut disahkan positif dijangkiti virus merbahaya ini.
Menurutnya ketika itu dia tidak tahu apa harus dibuat dan segera menghubungi keluarga di Sarawak.
“Disebabkan tidak tahu nak buat apa, saya terus hubungi ibu (Pauline Japok) dan ayah (James Bungan). Saya amat takut untuk memaklumkan mengenai perkara ini kerana khuatir mereka akan bimbang.
“Pun begitu, famili berjaya menenangkan saya dan menyarankan agar memaklumkan berita ini kepada Datin Elaine Daly (Pengarah Kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia) dan mengamalkan SOP dari semasa ke semasa,” katanya.
View this post on Instagram
Seterusnya, Francisca menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia dan dinasihati menjalani kuarantin kendiri di kediaman peribadi memandangkan tidak mengalami sebarang simptom.
“Sejujurnya, saya amat takut untuk menerima keputusan ujian saringan kerana kondisi kesihatan semuanya okey, tiada demam. Cuma bahagian belakang sakit sedikit dan selesema.
“Sepanjang kuarantin selama dua minggu, saya bermeditasi dan masih melakukan pengasingan kendiri agar semuanya kembali pulih sedia kala.
“Bersyukur, selepas hari ke-10 keputusan ujian saringan kedua mencatatkan saya negatif Covid-19,” jelasnya lanjut.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pemegang Ijazah Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara cawangan Lendu, Melaka turut menyarankan agar masyarakat sentiasa mematuhi SOP, jaga kebersihan dan kekal duduk di dalam rumah.
Kini setelah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu, wanita berketuruan Orang Ulu Kayah-Kenyah sabelah bapa dan Iban (sebelah iba) akhirnya bebas dari jangkitan Covid.19.
Menurut posting yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya memberitahu dia menggigil ketakutan apabila tahu positif memandangan tidak mengalami sebarang gejala.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana menganggap mungkin ia berpunca daripada kekhilafan diri sendiri walaupun setiap masa berusaha mengikut SOP.
“Selain memakai pelitup muka, saya juga kerap mencuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman, namun ia (dijangkiti virus Covid-19) tetap terjadi.
“Oleh itu, solusi terbaik pada ketika itu saya menerimanya dengan tenang dan ikut SOP untuk langkah seterusnya,” tambahnya mengimbas pengalaman dijangkiti virus ini.
View this post on Instagram
Artikel Berkaitan:
Lepas 30 Hari Bertarung Nyawa Jalani Rawatan, Akhirnya Lelaki Ini Sembuh Dari Covid-19 Stage 5
Wanita Ini Kongsi 16 Barangan Peribadi Patut Bawa, Jika Positif Covid-19 & Jalani Kuarantin Di MAEPS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI