Air barli memang terkenal dengan minuman yang bagus untuk kesihatan. Minuman ini bukan sahaja boleh melegakan rasa haus, tetapi juga mengandungi pelbagai nutrien yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian Puan Mastura Rasyid, dia suka amalkan minum air bali untuk amalan kesihatan. Pernah berdepan dengan masalah air kencing kotor, minuman air barli sangat membantu lancarkan air kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Bagus Untuk Hilangkan Morning Sickness
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum.
Dan kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap je kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecil juga.
Ads
Cara masak barli ni pun mudah.
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
Ads
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak saya kecik lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur.
Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Ads
Kakak ipar yang berbangsa korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser.
Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1. Iaitu 2 pot beras, 1 pot barli. Rendam dulu barli ya bagi lembut.
Dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Bonus lain untuk anda yang suka minum barli bersama bijirinnya, minuman ini sesuai diamalkan untuk orang yang sedang ingin menurunkan berat berat badan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas pengacara Malaysia Hari Ini, Abby Fana pernah berkongsi tip untuk membuang toksik dalam badan sekali gus mengekalkan kesihatan.
Haaa.. mudah sahaja cara yang dikongsikan kerana anda hanya memerlukan garam dan juga lada hitam.
Tambahnya, cara ini juga bagus bagi merawat masalah strok dengan cara memijak campuran tersebut selama lima minit sahaja.
Dia yang selesa berbahasakan dirinya dengan panggilan Kak Bed, berkongsi di laman instagram miliknya.
“Sebelum tidur, Kak Bed nak pijak garam kasar dan lada hitam ni sekurang-kurangnya 5 minit. Menurut @ustazhanafiah petua ini elok untuk buang toksik dalam badan dan juga bagus untuk mereka yang mengalami stroke.
Kak Bed buat video demonstrasi tetapi memandangkan melibatkan bahagian kaki, maka kita tunjuk gambar sahaja,” tulisnya.
Bahan-bahannya:
2 kg garam kasar
100 g lada hitam
Senang sangat, tak salah pun untuk kita mencuba memandangkan tidak akan mendatangkan kesan buruk pada diri.
Yang mana rasa badan cepat penat dan asyik rasa tak sihat boleh amalkan petua daripada Abby Fana ini. Moga perkongsian ini membawa manfaat dalam hidup anda.
Hiris nipis & jemur, cara mudah buat lemon kering. Minum airnya bantu diet tanpa gula paling efektif! Selalunya ramai yang gemar minum air hirisan lemon atau perahan lemon yang dipercayai mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan dan juga boleh menambah kesegaran.
Salah satu khasiatnya dapat membantu sistem penghadaman ataupun mengelak mulut berbau waktu pagi.
Hiris Nipis & Jemur
Namun begitu, ada juga yang gemar minum air daripada lemon yang dikeringkan. Malah lemong kering boleh dibuat banyak dan disimpan untuk stok. Apabila mahu digunakan letak saja dan biarkan seketika sebelum ini diminum.
4. Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais
5. Esoknya jemur lagi (ulang proses sehingga betul-betul kering)
6. Atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darah selama 5-6 jam (sehingga betul-betul kering).
Antara Khasiatnya:
A) Dengan meminum air ini ia banyak membantu sistem penghadaman sebagai contoh orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa. Minum air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengen lebih sempurna.
B) Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambik lebih banyak kalori.
C) Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dennen lebih lama. Oleh itu anda akan rasa kurangmakan dan akhirnya akan mengalami penurunan berat badan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE. Ramai tidak tahu sebenarnya kaum wanita adalah golongan yang sangat mudah mendapat penyakit autoimun berbanding lelaki.
Namun begitu, ramai yang tidak begitu arif dan faham apa sebenarnya penyakit ini yang biasanya menyerang kaum wanita sahaja.
Pakar Perundingan Perubatan Hospital Columbia Asia Puchong, Dr. Muhammad Bin Shahruddin berkata secara umumnya penyakit autoimun ini adalah di mana badan manusia itu menghasilkan antibodi sendiri yang menyerang sel-sel badan atau organ manusia itu sendiri.
Sepatutnya sistem keimunan dan antibodi kita ini adalah untuk menyerang penyakit seperti contohnya bakteria, fungus dan virus dari luar.
Tetapi dalam kes penyakit autoimun ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama dan menyerang organ dalam diri sendiri.
Kena Lebih Peka, Kaum Wanita Rupanya
Ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.
Ada banyak jenis penyakit autoimun yang dikenalpasti setakat ini. Jumlah penyakit adalah lebih 80 jenis di dalam spektrum penyakit autoimun ini. Biasanya dalam sesuatu penyakit autoimun itu dari segi insidennya 80 hingga 90 peratus dihidapi oleh wanita.
Kenapa Menyerang Wanita
Kebiasaanya penyakit autoimun ini akan menyerang umur wanita yang sedang dalam jangka waktu subur.
Contohnya di antara usia 15 hingga 45 tahun. Namun, ada juga kes yang melibatkan wanita berusia 45 tahun dan ke atas, tetapi ia jarang berlaku.
Ia masih dalam kajian yang dilakukan oleh para saintis. Salah satu teori yang saintis terangkan adalah wanita ini sistem keimunannya lebih kuat sedikit daripada lelaki.
Oleh itu dari segi jangkitan penyakit berjangkit, lelaki lebih senang mendapat kuman berbanding wanita.
Mungkin juga disebabkan keimunan wanita itu lebih kuat daripada lelaki itu telah menyebabkan risiko mendapat penyakit autoimun lebih tinggi.
Tetapi kebanyakan saintis mengatakan bahawa penyebab autoimun ini adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran.
Selain daripada itu, penyakit autoimun itu juga berkait rapat dengan genetik.
Sebagai contohnya jika ada ahli keluarga seperti ibu dan nenek menghidap penyakit autoimun, seorang wanita itu boleh mendapat penyakit yang sama.
Bagi mengesan secara genetik, tidak ada ujian khusus yang boleh dilakukan. Secara asanya, bila doktor bertemu pesakit, dia akan bertanya sejarah penyakit yang menyerang keluarganya.
Genetik itu bukannya semestinya mendapat penyakit yang sama. Ia boleh menghidap penyakit dalam spektrum penyakit autoimun itu.
Dalam penyakit autoimun ini, contohnya jika ibu menghidap penyakit tiroid, tidak bermakna anaknya akan mendapat penyakit tiroid.
Ada kemungkinan jika ibu mendapat penyakit SLE, anaknya mungkin akan mendapat penyakit yang lain berkaitan dengan autoimun contohnya penyakit tiroid, psoriasis atau rheumatoid arthritis.
Jenis-Jenis Penyakit Autoimun Yang Menyerang Wanita
Apabila penyakit autoimun berlaku, antibodi ini akan menyerang organ tubuh badan yang tertentu.. Contoh-contoh adalah seperti berikut;
1. Sendi-Sendi
Sendi-sendi akan sakit dan membengkak. Contoh penyakit sendi ini adalah rheumatoid arthritis.
2. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE
SLE ia boleh memberi kesan pada lebih dari satu organ dalam seluruh badan dan di antara jenis yang paling kerap di diagnosa.
Ia akan menyerang sendi tetapi tidak seteruk rheumatoid arthritis. Ia juga boleh menyerang kulit sehinggakan kulit naik ruam-ruam, ruam-ruam pada muka, rambut gugur.
Paling teruk apabila SLE ini menyerang buah pinggang. Apabila buah pinggang telah diserang dan kita tidak dapat mengesannya terlebih awal, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika tidak dirawat.
SLE juga boleh menyebabkan serangan antibodi ke bahagian otak sekaligus menyebabkan radang otak.
3. Penyakit tiroid
Penyakit tiroid lebih banyak menyerang wanita. Puncanya adalah antibodi menyerang organ tiroid. Dua jenis penyakit tiroid ini adalah Graves disease dan Hashimoto disease.
Graves disease berlaku apabila hormon tiroid berlebihan manakala Hashimoto disease berlaku apabila hormon tiroid terlalu rendah. Punca-punca berlaku adalah sama tetapi rawatan yang akan dilakukan adalah berbeza.
4. Penyakit Psoriasis
Penyakit psoriasis juga adalah penyakit autoimun. Ini berlaku apabila antibodi badan menyerang kulit sehinggakan kulit menggelupas.
Cara untuk mengesahkan penyakit psoriasis ini adalah dengan mengambil sampel dan hantar ke makmal untuk diuji. Cara rawatan adalah untuk menurunkan sistem imum dengan rawatan tertentu oleh pakar kulit.
5. Immune thrombocytopenic purpura (ITP)
ITP ini adalah masalah darah. Apabla berlaku, antibodi menyerang platelet dan menyebabkan bacaan bilangan platelet menjadi rendah.
Ia membuatkan seseorangan itu mudah lebam. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan hidung dan pendarahan gusi.
Bahaya ITP ini pada ibu mengandung adalah jika bacaan platelet itu rendah, ia boleh menyebabkan pendarahan. Penyakit ITP ini biasanya dirawat oleh pakar hematologi (darah).
Lebih Mudah Diserang Penyakit Autoimun Seperti SLE
Selain dari penyakit yang disebut di atas, banyak lagi penyakit autoimun lain yang wujud. Contohnya Celiac disease, Addison’s disease, scleroderma, Myasthenia gravis dan Type 1 Diabetes mellitus.
Bagaimana Penyakit Autoimun Dikesan
Permulaanya, simptom-simptom tidak spesifik dan tidak jelas. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Biasanya simptom-simpton itu akan bermula dengan rasa letih, lemah dan badan atau otot-otot rasa sakit.
2. Selepas itu kebiasaanya seseorang itu akan mula demam yang tidak tinggi (suhu badan 37.5 dan 37.8 Celsius). Tetapi demam ini agak lama dan berterusan lebih kurang seminggu hingga dua minggu.
3. Sendi-sendi juga akan rasa sakit dan bengkak. Sukar untuk bergerak sebaik bangun tidur pada waktu pagi.
4. Keguguran rambut yang berlebihan
Jadi Lakukan Segera Pemeriksaan
Mereka yang menghidap simptom-simptom ini agar tidak menganggap simpton-simpton ini normal. Segeralah bertemu doctor bagi memeriksa apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh anda.
Sebaik bertemu doktor perubatan atau doktor pakar, pemeriksaan akan dilakukan. Antaranya;
1. Doktor akan melihat simptom-simptom yang pesakit alami
2. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal yang lengkap
3. Doktor membuat ujian darah yang asas
Jika kemungkinan pesakit menghidap penyakit autoimun, doktor perubatan akan merujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Rawatan penyakit autoimun akan bergantung kepada gejala dan jenis penyakit tertentu.