Ini menu sahur nak cepat makan, kalau terlambat bangun boleh terus godek dalam 5 minit pun sudah siap!
Ya, cukup mudah, jadi anda cuma perlu sediakan bahan awal-awal sahaja. Yang penting kreatif untuk sediakan makanan sahur. Jom cuba resepi sahur daripada Puan Norbaya Dahalan ini…
Menu Sahur Sihat Nak Cepat
Anda boleh tengok bahan-bahan dulu dan masukkan dalam senarai untuk beli barang dapur. Ini antara menu yang anda boleh buat.
Ia boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam komponen perubatan di China juga menggunakan lobak ini kerana ciri-ciri bau pedasnya (pungent).
Ayuh, kita lihat antara beberapa manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui pengambilan sayur ini, antaranya;
Lobak secara meluas dianggap sebagai ubat semula jadi untuk penyakit kuning.
Jus lobak yang mempunyai kesan detoksifikasi kuat dapat membantu menghilangkan toksin dan seterusnya membantu membersihkan darah, sangat bagus untuk masalah jaundis. Selain itu, ia juga dapat membantu menyingkirkan bilirubin dan mengawal pengeluarannya.
Lobak juga berfungsi mencegah pecahan sel darah merah pada individu yang mengalami jaundis dengan meningkatkan bekalan oksigen.
Lobak ini bersifat diuretik, sekali gus membantu membersihkan buah pinggang dengan merangsang pengeluaran air kencing.
Jus lobak berkesan dalam menyembuhkan keradangan dan mengurangkan rasa sensasi terbakar yang mungkin dialami seseorang semasa kencing.
Fungsinya yang merangsang pengeluaran air kencing membolehkan pencegahan jangkitan pada sistem saluran kencing atau buah pinggang.
Memasukkan lobak dalam diet membantu melawan pelbagai jenis kanser seperti kanser kolon, perut, usus, mulut dan buah pinggang disebabkan oleh kehadiran vitamin C, asid folik dan anthocyanin yang merupakan antioksidan kuat.
Di samping itu, lobak juga mengandungi isothiocyanates yang mengubah laluan genetik sel kanser dan menyebabkan apoptosis atau kematian sel, secara tidak langsung menghalang sel kanser daripada membiak.
Bagi anda yang ingin mengurangkan berat, jangan lupa untuk memasukkan lobak dalam diet kerana ia rendah karbohidrat boleh dihadam, tinggi bahan pelawas (roughage) dan mengandungi banyak air.
Kandungan serat dalam sayuran ini juga membuatkan anda lebih kenyang dan dapat menghalang pengambilan makanan secara berlebihan, kesannya berat badan akan berkurangan.
Lobak putih mempunyai sifat antikongestif dan membantu mencegah kerengsaan hidung, tekak, saluran udara dan paru-paru. Kerengsaan tersebut biasanya disebabkan oleh selsema, jangkitan, alahan dan lain-lain.
Lobak membantu melindungi sistem pernafasan daripada jangkitan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan boleh bertindak sebagai pembasmi kuman.
Lobak baik untuk kulit kerana kehadiran vitamin C dan B, zink serta fosforus. Kandungan air yang tinggi juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, lobak turut mempunyai sifat penyahjangkit dan membantu mencegah gangguan kulit seperti kulit kering, ruam dan rekahan.
Telur merupakan sumber protein yang tinggi khasiat dan menjadi hidangan paling pantas disediakan bersahur.
Malah telur juga mengandungi protein lengkap dan menu terbaik untuk bersahur. Kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.
Ia juga mengandungi kolin yang membantu metabolism dan pusat sistem saraf berfungsi.
Namun untuk makan telur begitu saja pasti tidak berselera. Apa kata anda sediakan resipi sahur kilat dengan menyediakan telur dadar gebu berkeju yang hanya mengambil masa 10 minit disediakan.
Bahan-bahan
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar susu segar
1/2 biji bawang besar yang dihiris
2 cendawan butang yang dihiris
1 keping roti Gardenia Original Classic dipotong dadu
1 tangkai daun sup, dihiris
1/4 cawan keju ceddar
1/4 kawan keju mozzarella (pilihan)
Cara penyediaan
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada sulah
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega di atas api sederhana kecil
3. Kemudian tumiskan hirisan bawang dan cendawan sehingga layu
4. Masukkan roti Gardenia Original Classic yang dipotong dadu ke dalam bancuhan telur dan gaul seketika
5. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan tumisan. Kacau seketika dan biarkan telur dadar masak sepenuhnya
6. Taburkan dengan daun sup dan parutan keju ceddar
7. Lipatkan telur dadar gebu berkeju dan terus hidangkan
8. Untuk mendapatkan hidangan yang seimbang, Telur Dadar Gebu Berkeju boleh dinikmati bersama ulam-ulaman dan disertakan dengan taburan roti rangup
Tips masakan
Pukul telur sehingga berbuih untuk mendapatkan telur dadar yang gebu.
Senangkan sangat untuk menyediakannya waktu bersahur. Dan hidangan ini juga boleh mengenyangkan dan membuat kita bertahan sehingga waktu berbuka nanti.
Kurma selelaunya jadi hidangan untuk berbuka atau sahur. Boleh dimakan begitu saja atau campurkan dengan bahan lain seperti susu.
Susu kurma ini menjadi hidangan alternatif terutama bagi mereka yang tidak mahu makan nasi. Malah manfaatnya kita akan kekal bertenaga sepanjang hari.
Terutama bagi mereka yang tinggal di luar negara perlu berpuasa sehingga 19 jam melayan lapar dan dahaga.
Perkongsian Nana Ruzana yang pernah ada pengalaman tinggal di luar negara membuat susu kurma home made ini.
Menurutnya walaupun tidak makan nasi waktu sahur, tapi amalan makan makanan sunnah membuatkan perut kenyang sepanjang hari dan tidak letih.
Dia turut berkongsi langkah membuat susu kurma homemade yang jadi amalannya sejak 3 hari berpuasa. Menurutnya minuman ini juga elok diminum bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa.
Ini adalah perkongsian beliau yang tentunya berguna sebagai persediaan puasa nanti.
19 jam puasa, pregnant pula tapi tiada masalah
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa.
Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tau tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yg terdahulu. Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi,(memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja)
InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam. Moga bermanfaat buat semua.
Kita cuma perlukan 3 bahan saja
Jumlah kurma ikut citasa tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Cara membuat susu kurma homemade
1. Kurma dibuang biji dan isinya dicarik-carik.
Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7 pm dan makan masa sahur dalam pukul 2.30. Buat yang di Malaysia sebelum tidur boleh rendam untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejab pun takpe asalkan kurma itu kembang.
2. Bila kurma dah kembang, kisar dengan secawan susu segar.
Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan mohon Allah permudahkan puasa kita.
Insya-Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.