Seperti yang kita tahu, hampir 2 juta penerima Sinovac masih belum menerima lagi dos penggalak.
Dan mereka ini diunjurkan berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap pada 1 April menurut kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Khairy jamaluddin Abu Bakar.
Dalam tempoh berbaki seminggu lagi menjelang 1 April, beliau menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk untuk segera mendapatkan dos penggalak untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing.
“Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerima dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak.
Ads
“Untuk tempoh seminggu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin akan ada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika ditanya unjuran KKM mengenai jumlah penerima dua dos vaksin Sinovac yang bakal kehilangan status lengkap vaksinasi kerana enggan mendapatkan dos penggalak.
Ads
Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan keperluan untuk penerima vaksin Sinovac mendapatkan dos penggalak bukan sahaja untuk memudahkan urusan seharian di Malaysia, sebaliknya ia turut menjadi keperluan beberapa negara luar seperti Singapura.
“Saya ada bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, dan Singapura juga menetapkan status lengkap vaksinasi untuk penerima Sinovac adalah tiga dos,” katanya.
Ads
Pada 7 Februari lalu, Khairy dilaporkan berkata, semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.
Bagaimanapun, Khairy kemudian mengumumkan tempoh itu dilanjutkan sehingga 31 Mac.
Bagi seorang wanita bukan kecantikan luaran saja perlu diutamakan, tetapi juga begitu mementingkan kecantikan dalaman.
Bagi seorang wanita ia merupakan kebiasaan untuk seseorang itu menjalankan senaman yang kerap untuk otot- otot anggota atas, anggota bawah, belakang and abdomen tetapi kebanyakan wanita kerap mengabaikan kepentingan penjagaan otot lantai pelvik mereka.
PFM dapat menyokong organ-organ dalam pelvik. Bagi wanita yang mengandung, ia dapat membantu untuk menampung berat bayi dalam rahim. Jika kerap melakukan senaman pelvik, ia akan memudahkan proses peneranan bayi keluar dari faraj.
Sekiranya anda sering mengalami gejala mudah terkencing ketika ketawa, mengangkat barang atau bangun dari tempat duduk, senaman PFM dapat membantu mengurangkan dari inkontinesia urin iaitu pengaliran air kencing atau najis yang tidak sengaja. Selain daripada itu, ia juga dapat mengelak daripada organ prolaps (Rahim – ‘cystocele’) yang melalui termasuk ke faraj (cystocele) dan rectocele (Rektum- ‘rectocele’) yang tertekan di dubur.
PFM dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang malah boleh memberi kesan kepada hubungan seksual dengan pasangan.
Otot lantai pelvis yang kuat dapat mengatasi masalah seperti:
i) Infeksi salur kencing, ‘pruritus’ akibat dari kekerapan penggunaan tuala wanita dan lampin orang dewasa
ii) Mengambilan Ubat
iii) Rawatan pembedahan
Keberkesanan /kekuatan otot lantai pelvis boleh dikenalpasti apabila seseorang menjalankan senaman mengikut senaman yang ditetapkan untuk jangka masa selama sekurang-kurangnya 3 bulan.
Otot lantai pelvis juga akan menjadi renggang dan lemah secara semulajadi bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan senaman, ia juga akan berlaku apabila usia meningkat.
Oleh itu, para wanita disarankan agar menjalankan senaman untuk menguatkan otot lantai pelvis sekerap tiga sesi sehari untuk mengekalkan serta menguatkan otot lantai pelvis bagi mengekalkan kejelitaan dalaman anda.
Seakan tidak perçaya melihat bijinya yang kecil, tetapi menjadi besar apabila direndam dalam air.
Malah bagi mereka yang ingin mengawal pengambilan makanan bagi membantu dalam menurunkan berat badan boleh amalkan pengambilan air rendaman ‘chia seed’ selepas makan.
Ini kerana dikatakan antara khasiatnya biji kecil ini boleh membuat kita rasa kenyang lebih lama dan tidak terasa begitu lapar.
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan mengenai perkara ini dan cara bagaimana pengambilannya.
Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap?
Nak kan?
Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seed. Mudah saja nak buat.
Ambil satu sudu chia seeds. Masukkan ke dalam satu mug berisi air. Lebih kurang 160ml gitu. Biarkan 30 min. Lagi lama lagi bagus.
Lepas makan, minuma air rendaman chia seeds ni. Chia seeds ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.
Kenapa? Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit.
Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.
Naluri ibu dan kemanusiaan Mila Jirin tersentuh saat sedar ramai yang bergelut dan terkesan dengan pandemik COVID-19.
Orang kuat jenama perniagaan Bizmilla itu enggan berpeluk tubuh. Malah isteri kepada Ailis Mustapha ini bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.
Kempen bermula 31 Julai itu menurut Mila atau Noorsyarmila Jirin diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini. Bahkan kempen itu juga dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero.Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah.
“Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” katanya.
Malah sebelum ini, perniagaan perkahwinan dan kembara umrahnya diusahakan sendiri turut terkesan sejak tahun lalu. Namun Milaberusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai.
Pada satu tahap Mila pernah dilemparkan dengan tuduhan ‘gila’ kerana buat macam macam termasuk jual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan stafnya.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar (pandemik) ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan. Dan macam macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini
“Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasaseperti hilang arah atau kecewa.
“Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan.
“Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.
“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.
Kata Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin, 34, Restoran Embun Urai menyajikan restoran makanan laut ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong juga saat ini terpaksa ditutup sementara waktu.
“Dalam perniagaan pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya.Itu lumrah.
“Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. Insya-Allah Tuhan beri jalan. Kita jalan terus,” katanya yang sudah 20 tahun menceburi perniagaan.
Bercerita lanjut mengenai kempen itu,Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilaiuntuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer diSelangor, KL dan Melaka.
“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.combermula jam 10 Pagi.
“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Walletdi Malakat Eco App,” katanya
Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya
“Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengankempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Iaboleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur,Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.
Pernah tak anda perasan, walaupun sudah pakai pelbagai jenis skincare mahal, kulit tetap nampak kusam, berjerawat, atau kering? Kadang-kadang jawapannya bukan pada apa yang...