Ada yang kata kalau suka makan pedas boleh bantu seseorang itu untuk jadi kurus lebih cepat.
Apa kaitan antara makan pedas dengan dapat memecahkan lemak yang terkumpul dalam badan.
Perkongsian Syaza Nutritionist merungkai kata-kata ini adakah benar makan pedas boleh menyebabkan seseorang itu jadi kurus dengan cepat.
MAKAN PEDAS BOLEH KURUS?? Betul ke?
Musim-musim pandemik ramai yang duduk rumah dan banyak idea untuk menghabiskan waktu dengan menonton dan makan.
Sebagai rakyat Malaysia, makanan yang pedas tu salah satu makanan yang diminati ramai. Ada juga yang tak pernah makan pedas pon terasa nak makan bila lihat ramai buat cabaran makan pedas.
Tapi sejauh mana makanan pedas ini boleh membantu untuk kurus?
Menurut kajian makanan pedas yang terhasil daripada lada atau cili ini mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai Capsaicin.
Ads
Antara kebaikan Capsaicin:
1. Membantu sistem pengaliran darah yang lebih lancar
2. Mempunyai kesan anti-keradangan yang boleh mengurangkan penghasilan keradangan
3. Membantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh melalui pembentukan haba (thermogenesis)
3. Membantu menguatkan sistem imuniti melalui kadar antioksidan iaitu beta carotene.
4. Membantu melawan kanser sel
Ads
5. Membantu memanjangkan hayat seseorang
Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu bersederhana kerana jika diambil secara berlebihan ia akan memberikan kemudaratan terhadap tubuh badan kita.
Antara kesan jika pengambilan makanan pedas yang berlebihan ialah; boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit, dan muntah-muntah serta memburukkan lagi masalah GERD, pedih ulu hati, dan gastrik. Ini berlaku disebabkan oleh stimulasi yang berlebihan terhadap sistem saraf. Berita baiknya ia tidak menyebabkan kerosakan terhadap lapisan usus.
Walaupun sebelum ini dipercayai bahawa makanan pedas boleh membawa kepada ulser, bukti semasa kini mengesahkan bahawa capsaicin memberikan perlindungan terhadap patogen ulser, H. pylori. Capsaicin juga bertindak sebagai meredakan kesakitan apabila digunakan secara sapu atau dimakan.
Ads
Secara kesimpulannya, jika anda baru nak belajar makan makanan pedas, anda perlu meningkatkan pengambilan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan gejala yang tidak diingini. Manakala bagi yang mempunyai masalah kesihatan, pengambilan yang bersederhana adalah sangat penting.
Dan nota penting bagi yang nak kurus tu, makan pedas bukanlah jalan pendek untuk kurus anda masih perlu bergerak aktif dan mengawal pengambilan makanan. Jika anda ambil makanan pedas dan bertambah ia tidak akan membantu anda untuk kurus malah akan memasukkan anda dalam kategori berat badan berlebihan.
Seperti yang kita tahu, hampir 2 juta penerima Sinovac masih belum menerima lagi dos penggalak.
Dan mereka ini diunjurkan berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap pada 1 April menurut kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Khairy jamaluddin Abu Bakar.
Dalam tempoh berbaki seminggu lagi menjelang 1 April, beliau menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk untuk segera mendapatkan dos penggalak untuk mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing.
“Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerima dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak.
“Untuk tempoh seminggu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin akan ada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika ditanya unjuran KKM mengenai jumlah penerima dua dos vaksin Sinovac yang bakal kehilangan status lengkap vaksinasi kerana enggan mendapatkan dos penggalak.
Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan keperluan untuk penerima vaksin Sinovac mendapatkan dos penggalak bukan sahaja untuk memudahkan urusan seharian di Malaysia, sebaliknya ia turut menjadi keperluan beberapa negara luar seperti Singapura.
“Saya ada bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, dan Singapura juga menetapkan status lengkap vaksinasi untuk penerima Sinovac adalah tiga dos,” katanya.
Pada 7 Februari lalu, Khairy dilaporkan berkata, semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.
Bagaimanapun, Khairy kemudian mengumumkan tempoh itu dilanjutkan sehingga 31 Mac.
Bagi anda yang tengah alami muka breakout disebabkan salah pakai produk, boleh cuba tenangkan kulit wajah dengan cara ini.
Tips yang dikogsi Puan Mamaa Sal ini memang sesuai untuk anda yang tersalah guna produk lambakan dipasaran sekarang.
Jadi untuk merawat dan bagi muka rileks semula, detox dulu cara ni. Ini petua mudah dan in shaa Allah anda boleh pulihkan semula kulit anda tu.
Cara Sembuhkan Muka Breakout Guna Dua Bahan
Bahan-bahan:
Sebiji tomato ( dah masak ranum)
1 sudu besar lemon
Cara buatnya:
1. Basuh bersih, potong 4 tomato dan lenyekkan je guna tangan tomato tu dah lembut bagi hancur semua ye. Tak perlu kisar pun tau. Bagi texture dia kasar macam dalam gambar.
2. Perahkan sesudu besar buah lemon.
3. Campur kedua dua bahan tersebut. Lepas itu kacau kedua-dua bahan tu sebati elok.
4. Cuci muka dengan air suam dulu, bagi liang pori terbuka. Dan boleh lah letak bahan ni pada muka.
5. Biarkan dalam 15 ke 20 minit. Baru bilas dengan air bersih.
Kebaikan lain bila buat masker ni kan, adalah seperti berikut:
1. Merawat kulit dari parut jerawat
2. Merawat dari kesan kusam
3. Tegangkan dan anjalkan kulit muka
4. Merawat masalah jeragat
5. Membantu mengecutkan jerawat
6. Menjadikan tona kulit jadi sekata
Buah lemon ni ada Vitamin C dan antioksidan, jadi baik sangat untuk glowingkan muka kita tau.
Amalkan tips kecantikan dan merawat muka dari breakout ni 3kali dalam seminggu ya.
Inshaa Allah kulit muka korang akan beransur baik dan berseri semula.
Sebarkan kebaikan tips ini pada kawan-kawan anda yang ada masalah muka breakout. Siapa tahu cara ini bermanfaat pada anda. Lagi best tak perlu keluar modal yang besar.
Jom cantik berjemaah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona melihat kulit Lufya yang cantik gebu tanpa sebarang cela, nak-nak dia sudah mempunyai anak. Masih anggun sesuai dengan gaya wanita berstatus ibu.
Melihatkan kecantikan Lufya, pasti ramai yang ingin tahu apa amalan Lufya dalam menjaga kecantikan kulitnya.
Kulit Lufya Cantik Sungguh
Haaa… rupanya dia hanya menggunakan sebiji tomato sahaja untuk menjaga kecantikannya.
“Ambil sebiji tomato dan buat begini…” kongsinya di media sosial.
Menjadi salah satu petua kecantikan kegemarannya, Lufya mendedahkan buah ini membuatkan wajahnya semakin segar dan glowing berbanding dahulu.
Kongsinya lagi, petua kecantikan menggunakan sebiji tomato itu dilakukan begini:
Sebiji tomato yang dibasuh bersih, dipotong kepada empat bahagian.
Kemudian letakkan dalam bekas yang bersih dan bekukan di bahagian beku dalam peti sejuk.
Selepas potongan buah tomato menjadi keras, ambil satu potongan dan oleskan pada seluruh wajah, dijadikan sebagai skrub.
Biarkan seketika selepas itu dalam beberapa minit dan bersihkan dengan air.
Owh ya, sebiji tomato yang dipotong empat bahagian itu boleh digunakan selama empat hari, yang mana sehari menggunakan sepotong bahagian tomato. Lakukan setiap hari dan anda boleh nampak keberkesannya.