Makan Nasi Lemak Tak Salah, Tapi Cara Kita Ambil Tu Tak Betul

Share

Sebenarnya nak makan nasi lemak tak salah pun kalau anda ambil dengan cara yang betul. Nak-nak kalau ada penyakit kencing manis atau anda sedang berdiet, jangan takut nak makan ya.

Cuma masa ambil makanan, anda kena kira kalori yang masuk. Ini bukan saja-saja nak sekat makan tetapi pengawalan pemakanan adalah untuk mengekalkan paras gula pada tahap normal, mengurangkan paras kolesterol dalam darah serta untuk mengelakkan sebarang komplikasi diabetes.

Jadi kalau dah terlebih ambil, itu yang jadi bawa penyakit! Seperti yang diterangkan oleh Puan Maria Ulfah, pastikan anda bijak membuat pilihan.

Kuantiti nasi dan sambal dah ok. Cuma protein dan sayur sangat tak cukup. Tengoklah timun Menu A tu. Celah gigi je. Fuh, ini masalah besar bagi pesakit kencing manis.

Boleh Makan Nasi Lemak Tetapi Ikut Tip Ini

Kena ingat selalu bahawa sumber protein, sayuran dan lemak, badan lambat hadam berbanding karbohidrat. Ini membantu dalam melambatkan kenaikan gula dalam darah.

Jadi kena selalu ingat ya. Nasi lemak seringgit yang kosong tak berapa sesuai untuk pesakit kencing manis. Nasi lemak yg Rm3-5 sesuai.

Kena ada tambahan lagi sumber protein macam telur sebiji, sambal kerang atau sotong, atau ayam goreng. Dan jangan lupa sayur timun kena banyak ok!

 

Anda juga boleh bawa bekal timun siap-siap jika dah plan nak beli nasi lemak singgit sarapan nanti!

IKLAN