Miang Pla memang cukup sedap dan kalau anda makan menu ini pun dah kenyang, tak payah nasi. Sesuai untuk siapa yang tengah diet tu. Cara masak pun senang tau.
Bahan Buat Miang Pla
1. Ikan talapia goreng
2. Salad
3. Suhun rendam air panas sampai lembut
4. Sos siam
Cara buat sos siam dia campur semua sekali.
– Sos cili thai
– Sos ikan
– Daun ketumbar
– Cili api
– Bawang putih
– Garam
– Gula
– suka masam, boleh perah limau sikit.
Ads
Semua ikut cita rasa masing-masing. Makan ikan tengah rangup-rangup memang sedap!
Peraturan Lain Selain Makan Miang Pla
Sebaiknya waktu makan makan tengah hari mesti 12:00 pm – 2:30 pm. Jangan lewatkan makan, nanti kita akan makan banyak sebab dah terlalu lapar. Dan jangan skip makan tengah hari sebab bila perut lapar lama-lama nanti badan akan hasilkan gula untuk supply pada perut.
Ini akan menjadikan perut tetiba rasa dah tak lapar, sebab gula tadi dah jadi lemak dan lama-lama jadi visceral fat.
Ads
Jaga Portion Makan
Kemudian, pastikan portion karbohirat mesti segenggam tangan sendiri. Contoh pilihan karbo seperti nasi, sweet potato, brokoli atau sayuran hijau.
Ads
Portion protein pula saiz tapak tangan, sumber protein seperti ikan, ayam, telur, soft tafu dan tempe. Pilih cara masak bakar, kukus, grill, panggang atau guna Airfryer. Elakkan makanan bergoreng.
Elakkan sos, kicap, sambal belacan dan kuah yang berlebihan(banjir) sebab banyak kalori tersembunyi.
Minum air putih segelas sebelum lunch akan bantu untuk kawal nafsu makan. Elakkan minum air manis sebelum dan selepas makan. 1 cawan air manis ada dalam 100 kalori.
Untuk anda yang sedang berdiet, jangan putus asa. Agak-agak dah bosan makan nasi, boleh buat Miang Pla. Dan kalau nak makan nasi pun tak salah, cuma pastikan anda ikut jaga portion nasi yang diambil. Itu sahaja, anda akan dapat hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki wajah bermasalah seperti jerawat hingga menyebabkan breakout pastinya membuatkan seseorang itu mudah hilang rasa keyakinan.
Malah situasi ini sedikit sebanyak membawa kepada rasa stress, lebih-lebih lagi jika telah mencuba bermacam-macam produk untuk menghilangkannya.
Namun begitu, bagi yang mempunyai masalah ini boleh mencuba perkongsian seorang gadis di akaun TikTok bagaimana mahu menyelesaikan maalah jerawat dihadapi.
Menggunakan akaun nama @znrh__ berkata dia mendapatkan rawatan di klinik kerajaan untuk mengatasi masalah ini.
Paling menarik kos untuk mendapatkan rawatan breakout ini sangat murah hanya mengeluarkan modal serendah RM1.
Tambahnya lagi bagi mereka yang mahu mendapatkan nasihat dari klinik kerajaan berkenaan kulit, hanya perlu maklumkan kepada front desk dan beritahu ada masalah kulit.
Kemudian ambil nombor dan tunggu gilira nama dipanggil untuk berjumpa doktor.
Menurut gadis dipanggil Juju ini, dia turut diberikan antibiotik, ubat sapu dan ubat cuci dari klinik keraaaan selepas sesi konsultasi.
Seterusnya doktor di kliniktersebut akan aturkan temujanji seterusnya untuk lakukan rawatan susulan.
Sebelum mengakhiri videonya, dia turut berpesan jika mahu dapatkan rawatan dermatologi, surat akan diberikan jika jerawat masih belum beransur pulih enam bulan lepas ambik antibiotik.
Juju juga berpesan bagi yang sedang mengalami masalah ini jangan rasa diri down kerana ia kitaran biasa dalam hidup dan merupakan perjuangan dan berkat kesabaran akan menang dalam ‘battle’ ini.
Menjengah ruangan komen, ramai berterima kasih dengan tip diberikan dan ada juga yang berkongsi pengalaman mendapatkan rawatan di klinik sama (klinik kerajaan) sebelum itu.
Pernah atau tidak anda berhadapa situasi tangan sering berpeluh. Apa punca sebenar masalah ini dan bahayanya jika tidak diatasi segera.
Ikuti penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan masalah tangan berpeluh atau dikenali dengan Hyperhidrosis ini.
Berpeluh merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia, namun keadaan berpeluh boleh menjadi satu masalah yang serius sekiranya didapati berlebihan terutama pada bahagian tangan dan ia dikenali sebagai Hyperhidrosis.
Masalah seperti ini boleh menganggu aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya terutama bagi masalah tangan berpeluh.
Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.
Masalah ini boleh berlaku seawal peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Bahagian anggota badan yang boleh mengalami masalah berpeluh yang banyak adalah seperti tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan muka.
Keadaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tekanan perasan, perasaan malu untuk bersosial dan gangguan terhadap prestasi kerja. Ia turut menjadi lebih rumit sekiranya masalah tersebut berlaku di bahagian tangan.
Masalah berpeluh berlebihan pada keseluruhan bahagian badan boleh disebabkan oleh masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Masalah berpeluh juga boleh berpunca daripada masalah-masalah lain seperti:
1. Demam 2. Kanser 3. Lemah jantung 4. Masalah kerisauan (Anxiety problem) 5. Masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout 6. Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan lain-lain lagi 7. Peminum alkohol yang mengalami ketagihan kronik
Masalah berpeluh di bahagian tapak tangan dan tapak kaki pula boleh berpunca daripada faktor keturunan.
Mereka yang mempunyai masalah berpeluh ini selalunya mengalami simptom ini bermula pada peringkat usia kanak-kanak atau remaja.
Namun, jika simptom ini berlaku pada peringkat usia dewasa atau warga emas, pemeriksaan lanjut hendaklah perlu dilakukan untuk mengenalpasti penyakit lain yang mungkin boleh membawa kepada masalah berpeluh tersebut.
Saraf sympathetic merupakan saraf yang berperanan menyediakan badan seseorang supaya berada dalam keadaan bersiap sedia untuk berlawan atau berlari.
Ketika berada dalam keadaan seperti tersebut, denyutan nadi akan semakin bertambah, gula dalam darah juga bertambah dan mental akan menjadi lebih fokus. Namun, pada ketika ini juga, secara tidak langsung ia akan meransang kelenjar peluh untuk mengeluarkan peluh.
Oleh sebab itu, keadaan seseorang yang mengalami masalah berpeluh berlebihan akan menjadi semakin teruk apabila dia berada di dalam keadaan yang takut ataupun ketika hendak berlawan.
Adalah amat sukar untuk merawat Hyperhidrosis secara efektif. Namun, masalah ini tidaklah sampai membawa kepada kematian. Bagi peringkat yang lebih teruk, mereka yang mengalami masalah ini akan merasa kehidupan mereka menjadi terganggu.
Berpeluh adalah sesuatu keadaan yang memalukan, boleh mengotorkan pakaian, mengganggu hubungan sosial serta menjadikan komunikasi menjadi lebih sukar.
Bagi kes yang teruk, ia mungkin akan membawa kepada masalah untuk menulis, memegang stering kereta atau berjabat tangan dengan orang lain.
Dengan kewujudan cara rawatan yang terbaru dan pelbagai jenis, pesakit berpeluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.
1. Ubat sapuan
Ubat sapuan yang selalu digunakan untuk merawat masalah ini adalah ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate. Ubat ini perlu disapu pada kawasan yang mempunyai masalah tersebut ketika sebelum tidur.
Sapuan tersebut hendaklah dibilas setelah bangun daripada tidur untuk mengelakkan berlaku iritasi (kerengsaan).
2. Iontophoresis
Rawatan ini menggunakan air yang mempunyai arus elektrik yang rendah. Ia diberikan pada keseluruhan kulit yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Rawatan ini memerlukan masa selama 30 minit pada setiap hari.
Oleh sebab itu, kebanyakan pesakit tidak akan memilih rawatan seperti ini kerana ia akan mengambil masa yang lama.
3. Suntikan botox
Suntikan botox mengandungi bahan yang dinamakan sebagai toksin botulinum. Bahan ini berfungsi sebagai perencat kepada kalenjar peluh dalam menghasilkan peluh. Rawatan ini terbukti dalam mengurangkan masalah peluh berlebihan.
4. Pembedahan
Oleh kerana masalah berpeluh ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi saraf sympathetic, pesakit boleh mendapatkan rawatan pembedahan untuk membuang sebahagian saraf tersebut. Rawatan ini dikenali sebagai sympathectomy.
Berusia 42 tahun, Wan Sharmila memilih imej muslimah yang cukup menjaga auratnya. Simple tetapi nampak awet muda dan sopan. Pendek kata, layak untuk dijadikan idola melihat penampilannya yang terkini.
Pelakon yang berbakat besar ini telah banyak membintangi drama, telefilem, serta filem tempatan. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Emil Emilda, Tari Tirana, 7 Hari Mencintaiku dan lain-lain.
Baru-baru ini, di laman tiktok milik kelab peminat Wan Sharmila, mereka memuat naik satu video yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih 475 ribu jumlah tontonan, 49 ribu tanda suka dan 6 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan suasana Wan Sharmila ketika di tanah suci Makkah dan Madinah.
Pada ruangan komen pula, peminat meluahkan rasa syukur kerana Wan Sharmila antara artis yang terus berjuang untuk istiqamah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dahulu. Mereka juga mengatakan bahawa lebih menyukai penampilannya yang sekarang kerana kelihatan lebih ayu dan sopan.
“Antara artis yang paling aku obsessed dengan hijrahnya. Semoga istiqamah selalu buat Wan Sharmila, love sangat”-kata mereka
“Alhamdulillah, berserinya muka Wan Sharmila”-tulis mereka
“Janji tau dengan kitaorang dengan Allah, yang hati akak takkan berubah, takkan berpaling macam yang lain. kami suka tengok akak macam ni”-ujar mereka
“Yang baik itu baik dikekalkan dalam mencari husnulkhotimah. Insyaallah amin”-tambah mereka
“Betul tu, makin suka tengok dia selepas hijrah makin cantik”-tulis mereka
Rapi doakan semoga Wan Sharmila sentiasa istiqamah dengan penampilan yang dipilih dan dikurniakan kebahagiaan serta ketenangan dalam penghijrahannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.