Sebelum ini viral dikatakan isteri kepada pelakon kerdil, Badrol Shah, iaitu Farah Sheila Mazlan telah meninggal dunia tetapi rupanya berita itu tidak benar.
Namun pagi ini selepas 45 hari bertarung termasuk 23 hari ditidurkan akibat positif Covid-19, isterinya telah disahkan meninggal dunia.
Allahyarham yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur mengembuskan nafas terakhir selepas dijangkiti varian Delta awal Julai lalu.
Dalam laporan Mstar Badrol berkata dia sempat membacakan dua kali shahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat penggilan video sekitar jam 8 lagi.
Pernah alami trauma dengan berita kehilangan isteri sebelum itu, dia berkata kali ini reda dengan pemergían Allahyarham. Sekarang ini (ketika artikel ditulis) pihak hospital akan menguruskan jenazah dan selewatnya dikebumikan selepas solat Zohor.
Ads
Menurutnya ketika pertama kali pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isterinya sudah meninggal dunia memang dia tidak dapat menerima kenyataan itu.
Tetapi kali ini dia serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergian Allahyarham.
Ads
Dia yang juga pelakon filem Busut Bonang barkongsi berita sedih dengan pemergian isterinya yang juga neorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat Kuala Lumpur di laman Instagramnya.
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Badrol, semoga tabah menerima berita kehilangan akibat virus Covid-19.
Rutin Manjakan Tubuh Waktu Mandi, Kulit Jadi Bersih Dan Emosi Pun Boleh Stabil | Sibuk mana pun anda, sesi home Spa waktu mandi ini kena buat juga di rumah. Ini dikira cara paling jimat tanpa perlu menghabiskan duit di kedai.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Mastura Rasyid, anda boleh ikut rutin bodycare harian yang ringkas untuk dapatkan kulit sihat.
Rutin Manjakan Tubuh Waktu Mandi
Ini antara tools bodycare saya di rumah untuk sesi home spa ketika mandi. Kalau tak guna salah satu ni, rasa tak lengkap sesi mandi tu.
Saya memang tak mampu nak commit masa untuk ke spa. Jadi ruang mandi yang kecil di rumah ni saya gunakan sepenuhnya untuk sesi spa diy.
Bila dapat moment macam ni, bukan saja kulit jadi lebih bersih, halus dan cantik, malah emosi juga turut stabil.
Sebab apa tau, ini jelah me time kita nak mencantikkan kulit dan dalam masa yang sama, relaxkan diri bila tak ada masa atau bajet ke spa.
Dah banyak tahun saya amalkan skrub badan setiap hari, jadi satu rutin tetap pula.
Kesan Rajin Buat Spa Di rumah
Okey sekarang kita cerita pasal benefit dia pulak. Bila kita rajin skrub badan ni.
Sel kulit mati yang bertepek-tepek di kulit akan tanggal. Maka kulit akan jadi lebih cantik, smooth, glowing dan halus bila disentuh. Bau badan pun kurang banyak tau. Selulit juga kurang, kulit lebih firm, less water retention dan blood circulation bertambah baik.
Banyak tools kita boleh guna untuk skrub badan.
Kita boleh guna hard long brush, soft long brush, loofah mesh, loofah dari petola, loofah sponge, scrubbing cloth, exfoliating glove dan lain-lain.
Selain dari tools, kita boleh buat sendiri body scrub dari salah satu bahan semulajadi di bawah ni ya.
Garam, gula, serbuk kopi, tepung beras, kulit rambai, lemon, limau purut, daun sireh. Kalau guna bahan jenis grain atau serbuk, kita kena campur dengan pelincir seperti minyak atau air untuk mudahkan scrubbing tanpa melukakan kulit.
Oh ya sebelum terlupa, saya nak kongsi steps rutin bodycare setiap hari.
1. Dry brushing
Masuk ke bilik air, lakukan dry brushing. Kalau tak buat dry brushing, saya terus lompat ke nombor 2.
2. Cleansing
Dah siap dry brushing, mandi seperti biasa. Tak dry brushing pun mandi je macam biasa. Masa mandi ni kita skrub badan. Tumpukan pada tempat yang kulit mudah jadi keras dan kasar seperti siku, lutut dan tumit kaki.
Jangan lupa juga tempat yang mudah kumpul daki seperti belakang leher, ketiak, bawah payudara, celah kelangkang dan belakang lutut.
3. Moisturizing
Dah siap semua, keringkan badan, dan sapu moisturizer. Boleh sapu losyen atau body oil. Tapi saya lebih suka body oil sebab body oil ni mudah buat sendiri ikut selera kita. Nak guna minyak apa, bau jenis apa (seksi ke seksa ke) semua pun boleh.
Body oil saya ada 2 jenis. Satu untuk bahagian faraj iaitu v-oil dan v-care, dan satu lagi normal body oil. Oh ya tips sebelum guna guna body oil.
Rendam sekejap botol body oil tu dalam air panas supaya minyak yang disapu nanti lebih mantap kesan dia. Lagi-lagi kalau nak guna special oil untuk suami isteri.
Ini Fungsi Setiap Tools
Dari kiri:
Kain panjang untuk skrub badan, scrubbing glove, mesh loofah, sponge loofah, foot file, long brush.
Okeh nanti saya kongsikan juga resipi body oil, body scrub dan apa jenis minyak bagus untuk kulit badan.
Kain skrub ni panjang tau. Asal penggunaan kain ni adalah dari orang jepun dan korea. Dan kain ni pun kain khas saya beli dari korea.
Antara tool yang saya suka sangat guna sebab dia boleh capai belakang kita dengan lebih menyeluruh.
Buih banyak bila guna kain ni sebab kain jenis mesh.
Ada banyak gred kain. Dari yang lembut hinggalah kasar. Yang saya guna ni medium tapi sedap pakai okay. Kalau selalu gatal-gatal kat belakang tapi sebab tangan pendek, haaa guna kain ni waktu mandi. Sentallah sekuat hati.
Boleh basuh kain ni seminggu sekali dalam washing machine. Jenis heavy duty tak mudah koyak.
Ini berus untuk dry brush. Yang ni bristle dia dari kaktus.
Oh ya, bristle untuk long brush pun ada banyak jenis tau. Ada yang dari silikon, nilon, fiber buluh, dan yang paling bahaya kalau terlepas pandang adalah dari bulu babi.
Nak tahu dari bulu babi ke tak, wajib baca description. Kalau dia sebut boar bristle tu, haaa tu dari babi lah tu. Karakteristik bristle dia adalah warna beige berselang seli dengan warna coklat gelap.
Kalau tengok yang saya punya ni semua bristle dia beige kan. Haa bulu khinzir punya tak. Celah-celah tu nanti terselit bristle warna gelap. Boar bristle ni banyak digunakan pada berus mandi dan berus lukisan. Jadi hati-hati.
Beat guna bristle kaktus ni. Walaupun agak keras, tapi untuk orang yang dah biasa dry brush macam saya, takde masalah.
Kalau anda baru nak start dry brush badan, mulakan dengan soft brush ok. Boleh cari di mr diy atau drug store je.
Ini antara favourite tool saya. Buih jadi banyak bila guna. Nak menggaru ketiak pun sedap.
Tak payah dah ikut petua orang tua guna belakang tapak tangan gosok ketiak bagi hilang bau ketiak.
Haaa… anda guna je ni. InsyaAllah segala kerak daki tersembunyi di celah bulu ketiak tu akan tanggal.
Cons dia adalah, tak boleh nak capai belakang badan sebab tangan kita pendek.
Boleh basuh juga glove ni seminggu sekali. Mhu tak kena basuh, dah pakej garu ketiak semua, haruslah melekat segala bau di situ kan.
Not my favourite tool. Agak kesat dan efek tak best sangat. Tapi setakat nak guna untuk suka-suka bolehlah.
Foot file.
Tumit kaki jangan lupa tau. Haluskan kulit kaki dengan skrub seminggu sekali. Taknak tumit kaki pecah berkerak, make sure minum banyak air okeh.
Mesh loofah. Yang ni pun best guna tapi tak puas.
Cuma mesh loofah ni yang bestnya adalah dia hasilkan banyak buih sabun. Tu paling saya suka.
Dan kalau baru nak start training anak skrub badan, mulakan dengan mesh loofah sebab dia lebih lembut. Buih pun banyak. Bila banyak buih, bau harum lebih lama sikit melekat kat kulit.
Cons benda ni adalah, dia mudah koyak dan jadi serabai. Nanti anda pun keliru ni loofah ke kain gosok periuk?
Yang lembut ni saya beli di ikea. Kat drug store pun ada. Tapi kena ingat tau, loofah ni pun ada banyak jenis material.
InsyaAllah, mak-mak pun boleh cantik semula macam anak dara. Yang penting ada usaha untuk cari masa, dan kerajinan untuk buat.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya orang guna pensel celak nak lebatkan kening yang tak begitu menyerlah, tetapi kali ini anda boleh cuba sapu minyak pula untuk naikkan seri bahagian mata.
Apa caranya?
Ini Cara Lebatkan Kening
Haa.. bagi yang suka jenis nampak kening lebat, anda tak perlu lukis tebal-tebal ya. Ada cara semula jadi yang boleh membuatkan bulu kening anda jadi lebat dan tebal.
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa semakin popular digunakan bagi kecantikan terutamanya melebatkan rambut dan bulu kening.
Minyak ini juga kaya dengan protein serta nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening selain menjadikan sihat. Jadi anda boleh sapu minyak ini pada kening setiap hari sebelum tidur atau waktu pagi sedang keluar ke mana-mana.
2. Tea Tree Oil
Sama juga dengan minyak kelapa, tea tree oil dipercayai boleh merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening dengan meningkatkan kesihatan sel dan folikel.
Untuk mendapatkan hasil yang ketara, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalam.
3. Minyak lavender
Minyak lavender yang disapu pada bulu kening dapat menguatkan akar bulu daripada gugur. Wangi tau minyak ini, nanti kesannya anda tidur pun lena sebab sifat minyak ini untuk tenangkan diri dan mudahkan lena.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan vitamin E yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Vitamin E memberi nutrisi setiap helaian rambut, sementara vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum, minyak semula jadi tubuh yang membantu pertumbuhan rambut.
Menyapu minyak zaitun sebagai cara menebalkan alis secara semula jadi boleh dilakukan setidaknya sekali sehari untuk melihat hasil yang maksimum dalam tempoh hanya seminggu.
Tak susah pun nak cantikkan kening tanpa main lukis-lukis, anda sapu sahaja minyak di atas ini ya. Semoga hasilnya dapat memuaskan anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai wanita kita memang perlu menjaga kebersihan bahagian alat sulit bagi mengelak dari terkena jangkitan bakteria.
Oleh kerana bahagian ini agak sensitif untuk dijaga jadi ia memerlukan penjagaan rapi terutama jika mereka ada mengalami masalah keputihan.
Namun jika ada antara mereka tidak mengalaminya, penggunaan cecair pembersih wanita yang mengandungi kimia atau herba adalah tidak perlu.
Menurut Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, membersih dengan air biasa adalah sangat baik dan digalakkan. Menggunakan air bersih biasa adalah kaedah paling selamat.
Katanya lagi keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada kemaluan (faraj) sekali gus kepada pintu rahim.
“Jika wanita mengalaminya adalah terbaik untuk berjumpa doktor dikhuatiri mempunyai penyakit kanser.
“Kena bersihkan, buat ‘pepsmear’, kerana ramai wanita mengalami luka pada pintu rahim. Itu mudah dijangkiti. Rawatannya juga spesifik,” ujarnya.
Dalam pada itu, ujar beliau, antara punca jangkitan kuman ini adalah cara penjagaan kebersihan diri dan boleh menjadi punca ketidaksuburan yang mengakibatkan wanita sukar untuk mendapat anak.
Rupanya jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengamalkan membasuh dengan air garam atau dikenali sebagai saline douching. Ia kaedah paling selamat natural dan organik kerana ia antiseptik natural yang tiada kesan sampingan.
Menurut Dr Hamid, punca yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada wanita adalah;
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu faraj mudah mendapat jangkitan kuman.
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman. Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kemaluan.
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Jadi, salah satu langkah bagi membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah air garam (saline douching).
Bahan diperlukan;
1 gelas air suam
1 sudu garam halus
Kapas
Sarung tangan (glove)
Cawan pakai buang
Vaseline
Cara-Caranya;
1. Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2. Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut.
3. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam empat hingga lima kali.
*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.
*Vaselin bertindak sebagai pelincir untuk jari, ketika masukkan dan keluarkan kapas yang direndam air garam tadi unutk bersihkan faraj. Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.