Kekal dengan imej bertudung labuh dan menutup aurat, pelakon Izara Aishah sering menjadi inspirasi kepada wanita yang ingin stylo dalam berpakaian.
Malah menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup aktif menyertai majlis agama yang dihadiri rakan selebriti yang lain. Itu mahalnya wanita yang mempunyai senyuman manis dan berwajah kacukan ini.
Rutin Cantik Izara Aishah
Pernah berkongsi tip cantik menerusi portal Eh!, ini antara rahsia cantik yang diamalkan oleh Izara anda untuk kekal tampak muda.
Paling penting, bersihkan muka dan guna pelembap. Jadikan sebagai rutin harian. Jangan cepat marah kerana kata orang, mereka yang mudah marah akan cepat tua.
Ads
Dan bila disoal cara atau petua tradisi menjaga kulit yang pernah cuba, Izara rasa berkesan dan lagi satu kena elakkan kulit daripada terdedah dengan pancaran matahari dan kurangkan penggunaan alat solek atau mekap.
Ads
Suka Berkongsi Fesyen Tudung
Pemilik nama Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini tidak kalah berfesyen dalam busana muslimah dan sering mendapat pujian netizen. Sesekali berkongsi tutorial pakai selendang di laman media sosial miliknya, ramai terpesona dengan kejelitaan ibu anak dua ini.
Sekadar info, Izara merupakan finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 yang turut disertai oleh Neelofa, Anzalna Nasir, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi dan telah memenangi tempat kedua (naib juara).
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita masih lagi dalam tempoh ‘total lockdown’ yang hanya membenarkan kita untuk bekerja dari rumah.
Walaupun hanya melakukan tugasan dari rumah, semangat untuk bekerja tidak pernah padam seperti bekerja di pejabat.
Jadi bagi memastikan tubuh sentiasa cergas untuk bekerja, amalkan beberapa senaman mudah ini.
Paling penting setiap kali bangun tidur, anda tarik nafas dan bıarkan selama 10 saat untuk pastikán paru-pau berada dalam keadaan sihat.
Berjalan naik tangga boleh meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan.
Gunakan teknik arm strengthen dan bawa tangan ke depan kemudian tegakkan tapak tangan ke atas.
Teknik back twist pula memerlukan kita duduk teak dan bukakan sedikit ruang di belakang bahagian pinggul.
Mulakan dengan berdiri kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya peha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi.
Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas hampir bertemu dinding dan kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up.
Sebenarnya amalan ini dicadangkan untuk mereka yang bekerja di pejabat mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi sepanjang PKP ini kita juga telah menganggap rumah sebagai pejabat sementara kita.
Jadi bolehlah lakukan senaman disarankan ini bagi memastikan tubuh kekal cergas setiap hari sehingga habis waktu bekerja.
Dipuji Comel & Cantik Di Hari Bahagia. Najwa Latif Pilih Putih Untuk Majlis Nikah! Dalam diam rupanya penyanyi Cinta Muka Buku, Najwa Latiff kini telah selamat bergelar seorang isteri kepada pasangannya, Akwa Ariffin yang juga seorang penyanyi.
Majlis ringkas dan tertutup itu yang hanya dihadiri sanak saudara dan kenalan terdekat berlangsung di batu Pahat Johor kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Pada majlis itu, Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latiff.
Berita mengenai perkembangan dirinya itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi ini meraih pelbagai reaksi pengikutnya.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan ini turut mengenakan persalinan sedondon berwarna putih. Keduanya juga turut memilih tarikh istimewa 11/11/2022 untuk diingati sebagai hari bahagia buat mereka.
Rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan penyanyi Cinta Muka Buku ini dan masing-masing memuji Wawa cukup cantik dengan persalinan serba putih.
“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,” kata kakaknya, Syafika Latif.
Najwa dan Akwa sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.
Najwa juga kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dia juga kini turut menjawat jawatan sebagai pensyarah, sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017.
Najwa Latif kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Sarjana.
Tidak dinafikan setiap rumah pastinya ada menjadikan kotak simpanan ubåt sebagai persediaan bila diserang sakit.
Namun tahukah kita ubat yang disimpan ini boleh bertukar menjadi racun. Tidak kira dalam bentuk tablet, cecair atau krim.
Malah dikatakan ia akan bertukar jadi racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan disarankan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan mengenai perkara ini dan mengingatkan agar ubat-ubatan ini dijauhkan dari kanak-kanak kerana boleh mendatangkan kemudhratan.
Apakah keracunan ubat-ubatan?
Hampir setiap rumah mempunyai atau menyimpan ubat sama ada dalam bentuk ubat biji atau cecair yang boleh dimakan, atau bentuk yang tidak boleh dimakan seperti ubat sedut, supositori, krim, salap, losyen dan ubat titis.
Setiap ubat adalah racun sekiranya tidak digunakan mengikut peraturan yang disarankan.
Oleh itu, setiap arahan penggunaan pada label atau yang diberitahu oleh doktor dan petugas di kaunter farmasi mestilah difahami dan dipatuhi untuk mengelakkan risiko keracunan.
Selain itu, keracunan juga boleh berlaku akibat kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam mengambil langkah-langkah tertentu memastikan semua ubat-ubatan dalam rumah sentiasa dijauhkan daripada kanak-kanak.
APAKAH KERACUNAN TANPA DISEDARI DAN KERACUNAN TIDAK SENGAJA?
Keracunan ubat-ubatan pada kanak-kanak boleh berlaku secara tidak disedari atau tidak sengaja. Keracunan tanpa disedari biasanya terjadi kerana salah anggapan ibu bapa atau penjaga terhadap ubat. Kebanyakan kita menganggap bahawa ubat adalah ‘sangat selamat’ dan mengambil sikap sambil lewa semasa memberikan ubat tersebut kepada anak. Untuk mencegah, beberapa perkara berikut adalah disarankan:
1. Pastikan anda memahami betul-betul arahan yang tercatat pada label ubat contohnya dos atau sukatan ubat yang betul, masa penggunaan dan cara penggunaan ubat yang tepat. Selain itu, arahan tambahan yang diberikan oleh petugas di kaunter farmasi juga perlu difahami dengan baik.
2. Sukatan ubat cecair mesti tepat dan menggunakan penyukat yang betul.
3. Elakkan memberi formulasi ubat untuk orang dewasa kepada kanak-kanak.
4. Goncang botol ubat cecair dahulu sebelum menyukat untuk memastikan kandungannya dicampurkan dengan baik.
5. Buang semua ubat-ubatan yang telah luput atau rosak seperti:
a. Ubat yang telah berubah warna, bau atau rasa.
b. Ubat yang telah tamat tarikh luput atau melebihi dua tahun dalam simpanan anda.
c. Krim atau salap yang telah berubah warna serta pecah.
d. Ubat cecair antibiotik lebihan yang tidak habis dimakan.
e. Ubat titis mata yang tidak habis dipakai.
Elakkan mengambil ubat yang telah dipreskripkan kepada orang lain walaupun anda mempunyai tanda-tanda sakit yang serupa.
BAGAIMANA MENCEGAH KERACUNAN UBAT?
1. Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
2. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’.
3. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis tersebut boleh minta untuk mendapatkan penutup botol jenis biasa yang senang untuk dibuka).
4. Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan-preskripsi) di dalam bekas asal masing-masing.
5. Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
6. Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
7. Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
8. Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
9. Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
10. Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.