
Sebelum ini bagi meringankan beban rakyat disebabkan kesan pandemik covid-19 kerajaan memperkenalkan bantuan I-Sinar dan I-Lestari melalui akaun Wang Simpanan Pengeluaran Pekerja (KWSP).
Dan hari ini sekali lagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi memperkenalkan pula kemudahan pengeluaran baharu KWSP iaitu I-Citra.
Beliau berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.
“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021,” katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Fakta Menarik Perlu Tahu Mengenai I-Citra, KWSP
1. Melalui i-Citra, kira-kira 12.6 juta anggota KWSP akan dapat mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga RM5,000, bergantung pada jumlah yang ada dalam akaun ahli tertakluk baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
2. Pembayaran akan dibahagikan kepada lima bulan dengan harga RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
3. Para ahlli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra melalui portal icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021
4. Pembayaran pertama akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada Ogos 2021.
5. Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
6. Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Sumber: Awani
Artikel Berkaitan:
Minum Campuran Air Selasih & Limau Kasturi, Bukan Je Boleh Segarkan Badan Tapi Cantikkan Wajah
Tanpa Produk, Pilih Gaya Hidup Aktif. Lelaki Kongsi Kisah Turunkan Berat Badan Dari 190KG Ke 90KG!
Dekat 16 Kilo Buang Lemak, Sekarang Dah Boleh Pakai Baju Masa Anak Dara

Bukan senang nak buang lemak dalam masa yang singkat, tetapi kalau tengok cara Puan Nurasykin Ali ini, rasa nak follow amalan petua dietnya.
Menerusi perkongsiannya di laman facebook, selepas melahirkan anak ketiga, berat badan memang naik mendadak. Peha bergesel dan selalu cepat letih. Tapi lepas amalkan beberapa petua, berjaya kurangkan berat sebanyak 16kg!
Tip Buang Lemak Guna Bahan Dapur
Dari 68kg turun ke 52kg. Sekarang dah boleh pakai koleksi baju-baju masa anak dara dulu.
Memandangkan ada yang tanya, jadi inilah resipi minuman yang saya amalkan untuk kurus secara sihat. Hanya bahan yang ada di dapur dan buah-buahan yang segar.
Jus Peria + Epal Hijau +Timun
Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Tak perlu letak gula. Minum bersama serat. Maknanya tak payah tapis. Bertindak sebagai antioksidan. Sangat baik untuk singkirkan lemak jahat dan turunkan berat badan.
Jus Halia + Lemon + Timun
Amalkan 2 kali seminggu. Bagi yang ada gastrik, make sure isi perut sedikit sebelum minum jus ni. Timun ada kandungan karatenoid yang bantu kawal keseimbangan gula darah.Bagus untuk keluarkan angin dan masalah penghadaman.
Air Rebusan Serai dan Halia
Boleh diamalkan 2 kali seminggu. Bagi yang ada gastrik memadai sekali seminggu. Make sure isi perut sedikit. Minum ni bantu buang angin dan segarkan badan kembali.
Jus Kiwi + Timun + Madu
Kiwi ada kandungan fiber dan protin paling baik sama seperti bromelin dalam nenas. Timun ada kandungan karatenoid yang bantu kawal keseimbangan gula darah. Membantu masalah sembelit sekaligus membantu menurunkan berat badan. Mencantikkan kulit.
Jus Karot + Timun + Limau Nipis
Bagus minum waktu pagi. Bagi yang ada gastrik make sure isi perut dulu. Timun ada kandungan karatenoid yang bantu kawal keseimbangan gula darah. Membantu menurunkan paras kolesterol, mencantikkan mata dan menyihatkan kulit. Badan akan rasa bertenaga.
Jus Bidara + Madu + Limau Nipis
Bidara kaya zat besi, serat, Vitamin C, dan Vitamin A. Berkhasiat membantu dan memelihara organ tubuh dan
kecantikan seperti mengecilkan perut buncit dan menghaluskan kulit. Kaya juga antioksidan dan baik untuk usus serta sistem pencernaan.
Rebusan Teh Halba + Madu + Limau Nipis
Amalkan setiap pagi dan malam. Baik sebagai penggalak susu ibu. Bagus untuk usus, kesihatan dan kulit.
Jus Epal + Madu + Kiwi
Amalkan 2 kali seminggu.
Bagus untuk sistem pencernaan, penghadaman dan menurunkan kolesterol. Sedap diminum walaupun tanpa gula.
Smoothies Banana Chocoat
Tak perlu letak gula atau susu. Ada kandungan potassium yang sangat bagus untuk kesihatan. Boleh amalkan setiap pagi waktu sarapan. Membantu kurangkan rasa lapar dan turunkan berat badan.
Ada yang semakin semangat nak diet tak selepas tengok menu diet di atas ni? Haa… jangan lupa selit senaman ringan untuk keluarkan peluh ya!
Elak Makan Durian Lepas Vaksin Untuk Langkah Berjaga-Jaga, Ini Penjelasan Lanjut Mengenainya

Soalan
Adakah apa-apa kesan sampingan sekiranya makan durian selepas mengambil vaksin covid19? Ada apa-apa makanan yang perlu dielakkan sejurus selepas ambil vaksin? Terima kasih
Jawapan:
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah terdapat kesan sampingan makan durian selepas suntikan vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Manakala untuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang menyebabkan anda mengalami masalah alahan adalah tidak dibenarkan.
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang laporan mengenai sebarang kesan sampingan makan durian selepas individu disuntik vaksin.

Kami menasihatkan anda untuk mengelakkan ataupun mengurangkan pengambilan buah ini bagi tujuan langkah berjaga-jaga.
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan samada buah ini dibolehkan ataupun tidak selepas anda disuntik vaksin. Dibimbangi kandungan buah ini akan mengganggu keberkesanan vaksin didalam badan .
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Dr Sashini Seeni
General Practitioner
Doctoroncall.com
Artikel Berkaitan:
Masuk Hospital Gara-Gara Tercekik Tulang Ikan, Pensyarah Wanita Pesan Jangan Makan ‘Nasi Gumpal’
Amal Diet Suku-Suku Separuh & ‘Workout’ Tanpa Henti, Rahsia Wanita Hilang 18KG Dalam 10 Bulan
Kekal Jaga Sop Tapi Tetap Dijangkiti Covid-19, Frontliner Kongsi Pengalaman 8 Hari Kena Kuarantin

Tidak dinafikan penularan kes jangkitan Covid-19 kini sangat membimbangkan. Hampir setiap hari angka kes baru tidak berubah dan tetap empat angka.
Pandemik virus Covid-19 ini bukan sahaja menjangkiti orang awam, tetapi frontliner juga tidak terkecuali menerima nasib sama.
Baru-baru ini kisah bagaimana seorang petugas barisan hadapan Zamri Shahri turut dijangkiti Covid-19.
Walaupun dia tidak menyangka akan terkena virus berkenaan kerana menjaga SOP ditetapkan, tetapi pasrah menerima dugaan ini.
Nurses : Aku positif Covid akhirnya.
Kejadian lewat petang 15 Januari yang lepas benar-benar merubah cara aku memandang takdir, cara aku menilai tutur kata sendiri dan cara aku melontarkan pengharapan kepada Tuhan.
Berubah 360 darjah!
Beberapa minggu yang lalu, wad Covid tempat aku berkhidmat dimasuki seorang lelaki yang agak warak. Kelihatan Al Quran senantiasa ditangan. Rajin beliau membacanya.
Ketika itu keadaan beliau agak teruk juga, batuk yang sangat kuat sehingga pembacaan Al Qurannya tersekat-sekat. Semasa aku ingin mengambil tekanan darahnya, sempat aku bertanya bagaimana beliau boleh terkena jangkitan Covid ini.
” Tidak tahu lah encik. Semua SOP saya ikut. Saya juga imam di sebuah surau dan saya juga telah pastikan jemaah saya mengikut SOP dengan betul. Akhirnya, saya yang terkena Covid. Macam mana lah saya boleh terkena ini pun saya tak tahu, ” jawab pesakit itu dengan sedikit nada kehampaan.
“Ini semua kehendak Allah. Usaha itu adalah bahagian dan tanggungjawab kita, tetapi apabila Dia mengkhendaki sesuatu itu terjadi. Ia pasti terjadi ! ” jawab aku dengan penuh yakin.
Kini, apa yang aku kata tersebut telah menjadi sebab Allah azwj untuk uji aku semula. Allah azwj ingin melihat keyakinan aku sendiri seperti mana yang dituturkan itu.
Allah telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).
Dikalangan rakan-rakan sekerja, aku dikenali sebagai seorang yang mementingkan SOP bahkan, aku juga senantiasa membawa hand sanitizer sendiri ke mana aku pergi.
Aku tidak pernah walau sekalipun makan di tempat kerja. Selesai tugas, aku mandi dan terus balik. Tanyalah kepada sesiapa yang mengenali aku baik dikalangan staff wad mahupun ketua dan penyelia jururawat. Sungguh mereka benar-benar mengenali aku dan cara aku bekerja.
Dikalangan rakan-rakan satu jemaah pun sama. Banyak kali aku bertelagah dengan beberapa ahli jemaah dalam mempertahankan kewajaran SOP. Bagi aku, mengikuti SOP itu adalah salah satu anjuran dalam agama jika dilihat dari segi keutamaan umat Islam dalam menta’ati ijtihad pemerintah.
Setelah mengambil kemaslahatan umat, maka SOP pun dikeluarkan oleh pemerintah. Keta’atan ini berpahala seperti yang selalu aku katakan kepada rakan-rakan.
Namun, akhirnya aku sendiri yang dijangkiti Covid 19 ini. Pada petang 15 Januari tersebut, tiba-tiba badanku terasa menggigil dan kepala mulai pening serta batuk mula kedengaran seolah-olah ada sesuatu kesat yang tersangkut ditekak aku ini.
Apabila pulang ke rumah, aku memeriksa suhu badan, ternyata demam. Suhu 37.9 darjah celcius. Aku terus memberitahu ketua jururawat ketika itu melalui telefon dan keesokan malamnya diarahkan untuk mengambil ujian swab tekak dan rongga hidung.
Segala-galanya berlaku secara tiba-tiba. Sebelum itu aku sihat seperti tiada apa yang berlaku. Aku tidak lepas untuk bersenam dan berjongging setiap petang.
Namun, dalam sekelip mata badan menjadi letih lesu, kepala menjadi pening sehinggakan tahap kesakitan itu tidak dapat aku terjemahkan dalam apa bentuk perkataan, demam , seram sejuk dan batuk yang sangat mengganggu rutin harian aku.
Sehingga tulisan ini ditulis, aku masih lagi batuk walaupun semakin beransur pulih.
Kecewa?
Tentu ada.
Sakit hati?
Itu yang aku rasa sekarang.
Penat? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ketat dan akhirnya positif.
Lalu aku teringat pesanan terakhir Almarhum Shiekh Ali Jaber Rahmatullahi ‘alaih yang meninggal dunia baru-baru ini dan dijangkiti Covid menjelang akhir hayat beliau.
Dalam video terakhir itu, beliau telah menegaskan bahawa beliau adalah antara orang yang mengikut SOP dengan ketat. Namun, Qadarullah (ketentuan Allah) itu mengatasi segala-galanya.
Masha Allahu kana, wama lam yasha’ lam yakun, wa la hawla wa la quwwata illa biLlahi’l-Aliyyi’l -Azim.
(What Allah wishes happens, and what He does not wish does not; there is neither power nor ability save Allah, the High, the Formidable)
Apa yang Allah azwj berkehendak pasti akan terjadi, dan apa yang Dia tidak berkehendak pasti tidak akan terjadi. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan keupayaan dan kekuatan Allah azwj yang Maha Agung.
Allah Ta’ala berfirman,
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Quran Al-Baqarah: 216].
Demi sesungguhnya, Tuhan menjadi saksi yang aku telah usaha sedaya upaya menjaga diri dari dijangkiti. Dan akhirnya, Covid itu berjaya juga menewaskan aku.
Aku minta maaf daripada kalian semua dan semoga Allah azwj juga mengampunkan segala kesilapan, kecuaian dan kekhilafan aku dalam segala urusan kehidupan ini.
Ada juga yang cuba menyedapkan hati aku, katanya,
“Berehatlah Zamri. Allah tengok kau dah penat. Itu yang Dia bagi kau dan frontliners yang lain ‘chance’ untuk berehat dengan ujian sebegini. Percayalah, Dia nak kau berehat dan tidur sebelum berjuang semula”
Serius, aku menangis mendengarkan perkataan ini.
Mak dan abah, maafkan along kerana telah membuat kalian susah hati. Buat Isteri dan anak-anak, percayalah kekuatan diri ini sebahagiannya telah musnah mendengarkan tangisan kalian bertiga dibalik pintu pagar rumah kita.
Buat adik beradik dan rakan-rakan yang terpaksa menjalani pemeriksaan swab tekak dan rongga hidung, aku menyusun sepuluh jari kerana telah melibatkan kalian dalam masalah ini.
Maafkan aku, sungguh dan percayalah aku telah usaha yang terbaik. Namun, yang tidak diingini berlaku juga akhirnya.
Pic : Gambar ini diambil oleh isteri semasa sedang dijemput oleh kenderaan KKM ke Hospital Rembau.
Tiada yang lebih perit mengguris hati ini ketika itu melainkan mendengar tangisan anak-anak di balik pintu pagar.
“Ayah, jangan pergi. Ayah tak sayang kami ker? Ayah jangan pergi? Ayah…. “
Sebak hati aku.
Mereka sedaya upaya cuba menghalang aku keluar menuju ke kenderaan hospital.
Allahuakbar !
Doakan saya cepat sembuh dan semoga Allah azwj menjaga keluarga yang saya tinggalkan buat menghabiskan waktu kuarantin ini.
Setelah beberapa hari berada di wad kuarantin, Zamri memberitahu dirinya kini sudah sembuh dan bebas dari Covid-19 ini. Dugaan diberikan Allah ini membuat dirinya tersedar ada banyak lagi tugasan belum disempurnakan.
Malah Covid juga membuat dirinya insaf bahawa kehidupan adalah satu percaturan dan kita semua adalah pelakon-Nya di pentas dunia.
Nurses : Tiada perahu, Upih pinang aku layarkan.
Alhamdulillah, setelah 8 hari aku dipenjarakan Covid. Kini, aku discaj. Aku bebas untuk mengatur langkah dengan lebih kuat dan berlari dengan lebih kencang lagi.
Covid ini telah membuatkan aku tersedar bahawa banyak lagi tugasan yang perlu aku sempurnakan dengan lebih cepat. Covid ini membuatkan aku insaf bahawa kehidupan hanyalah suatu percaturan yang berbolak balik diantara dua jari-Nya.
Ada kala kita bergelak tawa dan tidak sampai sekelip mata dia mampu menukarkan sebaliknya.
Namun, apa yang pasti selepas ini aku yang sekarang bukanlah seperti aku yang dahulu. Sumpahan Covid ini benar-benar membuat aku menghargai erti senyuman kepada anak-anak sewaktu badan keletihan penat bekerja, benar-benar membuatkan aku faham nilai kasih sayang diantara insan yang mengelilingi kehidupanku sehari-hari.
Tamparan Covid ini juga telah menyedarkan aku yang kehidupan ini hanyalah satu lakonan. Kita semua adalah pelakon-Nya di pentas dunia yang telah pun diberi peluang untuk memilih skrip dan watak yang kita mahu.
Kini, cita-citaku hanya satu.
Hanya satu iaitu ingin menjadi Pelakon Terbaik di mata Allah azwj.
Terima kasih kepada anda semua yang telah mengirimkan doa dari kejauhan tanpa putus-putus. Hanya Dia lah yang mampu membalas jasa anda semua dan membalas semua doa anda dengan sebaik-baik balasan bagi pihak aku.
Buat meneruskan perjuangan ini, aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan semampu yang mungkin. Tiada perahu, Upih pinang aku layarkan. Patah paruh, dengan dagu aku tongkatkan.
Terima kasih, Jazakumullahul khairan katsiran.
Artikel Berkaitan:
Lepas 30 Hari Bertarung Nyawa Jalani Rawatan, Akhirnya Lelaki Ini Sembuh Dari Covid-19 Stage 5
Wanita Ini Kongsi 16 Barangan Peribadi Patut Bawa, Jika Positif Covid-19 & Jalani Kuarantin Di MAEPS