Rupanya kalau anda kunyah makanan perlahan, ini boleh kurangkan risiko mendapat penyakit obesiti.
Haaa.. percaya atau tidak, inilah fakta yang dikongsikan oleh Dr Syid tentang pengambilan makanan sihat di laman Facebook miliknya. Nah, jemput baca lebih jelas.
Kunyah Makanan Perlahan Kurangkan Penyakit
Tahu tak sebenarnya cara kunyah pun memainkan peranan yang penting. Jadi apa yang terbaik?
Sebaiknya ambil masa untuk mengunyah makanan secara perlahan-lahan (30-40 kali kunyahan) kerana tabiat ini mampu mengurangkan risiko obesiti.
Ads
Kajian mendapati mereka yang makan dengan laju, 2 kali ganda berisiko mendapat obesiti.
Malahan jika makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menjadi punca gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.
Selain itu makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.
Ads
Bagus Makan Perlahan
Perut kita perlu mengambil masa 20 minit untuk menghantar mesej ke otak bahawa perut sudah penuh dan kenyang. Makan dengan cepat mengakibatkan jumlah makanan yang diambil bertambah.
Ads
Makan perlahan juga dapat merangsang enzim pencernaan dengan sempurna dan mengurangkan risiko gastritis. Maksud makan perlahan itu bukanlah lambat sangat, sekurang-kurangnya makanan yang anda makan itu sudah lumat baru telan.
Malah apabila makan dengan perlahan, secara tidak langsung anda dapat menikmati makanan di dalam mulut dengan lebih fokus dan perut juga akan jadi cepat penuh serta kenyang.
Untuk jangka masa panjang, makan dengan perlahan dapat mengurangkan pengambilan kalori, menghentikan risiko obesiti dan penyakit metabolik.
Jadi kenapa nak pilih jalan mendatangkan penyakit kalau kita ada jalan yang lebih sihat?Haa, ada yang jenis makan laju-laju tak? Jom ubah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah selesai fasa pertama tempahan vaksin AstraZeneca bulan lalu dan ternyata mendapat sambutan cukup menggalakkan.
Esok sekali lagi tempahan vaksin AstraZeneca dibuka bagi individu berumur 60 tahun ke bawah bermula jam 12 tengah hari.
Perkara ini dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaluiMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.
“Untuk kemudahan AZ pusingan kedua di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri, Sarawak akan dibuka kepada orang ramai di bawah usia 60 tahun pada jam 12 tengah hari, Rabu, 26 Mei,” ujar Khairy Jamaluddin dalam ciapan di twitter JKJAV.
Berdasarkan data di laman JKJAV, seramai 10,850,160 individu sudah mendaftar manakala 1,662,273 sudah divaksinasi setakat ini.
Permohonan untuk slot ini boleh dibuat di laman rasmi JKJAV di sini.
Jadi kepada orang ramai, rebut sègera peluang keemasan ini untuk mengisi slot yang ditawarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus Covid-19 ini.
Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diambil kira sekiranya sudah dapat tempahan dan slot temujanji nanti.
Tak sangka, rupanya bintang Korea, Rose Blackpink nak nasi sebelum memulakan sesuatu aktivitinya.
Permintaan wanita ini jadi perhatian apabila dia memilih nasi berbanding semangkuk sup sayur sayuran yang disediakan untuknya.
“Sebelum lakukan sesuatu yang penting, saya kena makan nasi,” ujarnya dengan aksi spotan.
Acara paling penting yang dimaksud Rose tentu saja Met Gala dan ini adalah kali pertama dihadiri olehnya di mana majlis hanya menghimpunkan designer, model dan selebriti popular dalam satu acara.
Ternyata sikapnya ini menurut netizen melambangkan diri Rose yang sangat melambangkan jati diri orang Asia akan tetap mencari nasi walau di mana berada.
“Tiada nasi,” ini adalah mimpi ngeri orang Asia, tulis seorang pengguna YouTube.
Malah dengan makan nasi penampilan Rose tetapi cantik dengan tubuh kekal langsing. Jadi sebenarnya tak salah kita nak makan nasi cuma kena ‘jaga-jaga’. Nah cuba semak cara yang betul.
Ini antara kesalahan dalam kita makan nasi, yang buatkan berat kita senang naik dengan mendadak.
Selalunya nasi tak bersalah tapi kita yang ambil terlalu banyak lauk sampai terlebih kalori yang sepatutnya. Lagi-lagi kalau lauk yang cara masakan dia bergoreng dan gunakan terlalu banyak minyak.
Lagi teruk kalau lauk banyak, dan nasi pon banyak. Seeloknya kawal portion hidangan kita untuk pastikan pengambilan kalori kita tak terlebih dari yang sepatutnya. Di bawah nanti, kita akan ajar macam mana cara nak pastikan kita tak terlebih portion hidangan kita.
Sayur adalah satu komponen penting dalam hidangan seimbang kita, dan sayur juga tinggi khasiat dan fiber. Fiber ni bantu buatkan kita tahan kenyang lebih lama, dan elakkan dari rasa craving terutama craving benda-benda manis.
Jadi kalau kita nak elakkan dari senang naik berat, memang digalakkan untuk pastikan ada sayur dalam hidangan kita. Kalau sayur yang macam ulam-ulaman tu lagi bagus.
Kalau tengok memang nampak menyelarakan sangat kan, tapi itulah, kalau makan nasi kuah banjir ni memang antara penyebab senang sangat nak naik berat. Sebab selalunya kuah ni memang penuh dengan minyak, tinggi garam dan gula.
Jadi kat situ banyak sangat kalori terlebih dan buatkan kita senang nak naik berat. Kena kawal pengambilan kuah dan jangan ambil kuah terlalu banyak untuk kesihatan jangka masa panjang kita.
Memang ramai orang dah tahu, air manis memang antara penyebab lemak senang berkumpul dekat badan kita. Dan biasanya kalau makan di kedai ni, kebanyakan kita memang suka makan nasi dengan air manis sekali, baru best kan.
Tapi kalau tak nak berat badan kita naik dengan mendadak, memang kena kurangkan sangat minum minuman manis ni, jadi kita jimatkan pengambilan kalori kita dengan hanya minum air kosong sahaja. Bagus untuk kesihatan, lebih jimat dan bantu turunkan berat badan.
Hidangan yang lengkap dan seimbang sepatutnya perlu ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan lemak baik. Antara cara salah makan nasi ialah kurang protien dalam hidangan kita, jadi buatkan kita akan rasa kurang kenyang dan nanti nak makan lagi banyak.
Biasanya kalau kita makan nasi goreng, selalu tak seimbang sebab nasi terlebih tapi protein kurang. Jadi boleh tambah seketul ayam atau telur untuk lengkapkan keperluan protein kita.
Yang ni memang patut dielakkan sangat. Makanan yang diproses ni memang bahaya, tinggi dengan lemak, garam, gula dan bahan pengawet yang bukan sahaja senang buat berat kita naik, tapi tak berapa elok untuk kesihatan jugak.
Sebaiknya hidangan nasi yang kita nak makan tu ialah nasi dari jenis beras perang, sebab lebih rendah glycemic index, lebih tinggi serat dan merupakan jenis karbohidrat kompleks.
Untuk lauk pula sebaiknya dari jenis ikan atau ayam dengan cara masakan yang dibakar, direbus atau dipanggang. Dan sayur-sayur pula ialah dari jenis ulam-ulaman. Dari segi portion, boleh gunakan konsep suku-suku separuh.
Rupanya tepung kacang kuda pun cukup membantu buat kulit wajah jadi cantik ya, sesuai untuk anda yang nak jimat poket dan pakai bahan yang selamat untuk kulit.
Petua ini menjadi pilihan Puan Dura Zain yang lebih selesa menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.
Apa yang lebih menarik, dia akan menghasilkan sendiri maskernya iaitu dengan menggunakan tiga bahan yang digaul sebati.
Mungkin kedengaran agak janggal bagi yang tidak biasa, namun tahukah anda menurut Dura masker kacang kuda ini telah lama diamalkan oleh wanita Pakistan mahu pun India. Untuk itu ayuh kita semak detail perkongsiannya petua ini untuk manfaat bersama.
Buat sendiri masker dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY #instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh, memang bestlah!
Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat.
“INI PETUA LAMA DARI WANITA KAUM INDIA DAN PAKISTAN UNTUK KECANTIKKAN KULIT.”
Patutlah retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.
1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil
Dan video ini ada cara bagaimana membuat bancuhannya dan terus boleh dipakai ke wajah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!