Kes Harian Kembali Mencatat Lebih 4,000. Jumlah Covid-19 Kini Cecah 41,000 & 630 Kematian!

Share

Nampanya kes baru penularan kes covid-19 semakin menaik. Hari ini saja kes harian kembali merekodkan angka 4,000, di mana menyaksikan 4,008 aktif dalam tempoh 24 jam.

Laporan terkini dikeluarkan oleh Kemneterian Kesihatan Malaysia (KKM) itu membabitkan 2,082 membabitkan warga tempatan, mankala 1,201 pula bukan warganegara.

Manakala selebihnya adalah kes import dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 169,379.

Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah kes aktif terus catat peningkatan yang mana kini sejumlah 41,087 kes aktif keseluruhan.

Sementara itu, sebanyak 2,374 lagi kes sembuh dicatat, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih ialah sebanyak 127,662.

Malaysia juga merekodkan pertambahan kes kematian COVID-19 iaitu sebanyak 11, dan menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini 630.

Justeru orang ramai dinasihatkan terus kekal berada di rumah dan jangan keluar jika tiada urusan penting. Teruskan amalkan SOP dan pastikan sentiasa ada kawalan kendiri.

Sumber: Astro Awani

Artikel Berkaitan:

Lepas Sebulan Pulih Covid-19, Selera Makan Aura Kasih Meningkat. Berat Pun Makin Bertambah!

Lelaki Ini Kongsi 4 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19, Abang Ipar Pula Meninggal. Mohon Allah Beri Kesembuhan!

IKLAN