Katanya Kayap Ular Boleh Bersambung, Tapi Rupanya Hanya Mitos. Doktor Beri Penjelasan Lanjut! Sering berkongsi mengenai pelbagai ilmu perubatan di media sosial, Dr Ahmad Samhan tidak lokek memberitahu perihal pelbagai ilmu perubatan di media sosial.
Dalam satu perkongsiannya di laman twitter, beliau memberitahu kisah seorang pesakit lelaki yang mengalami kayap pada bahagian badannya.
Menurut Dr Samhan, seorang pesakit yang menggelarkan dirinya sebagai pakcik mengakui risau sekiranya dia akan mati selepas kayap ular pada badannya bersambung tidak lama lagi.
Jelas Dr Samhan, kayap ular terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus sama yang menyebabkan chicken pox.
Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular.
Ads
Tapi Rupanya Hanya Mitos
Tambahnya, selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.
Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.
Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular. Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja.
Ads
Setiap akar saraf mempunyai dua set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.
Maka, apabila virus tadi kembali aktif, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.
Doktor Beri Penjelasan Lanjut
Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih daripada satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Ia takkan bersambung. Itu semua mitos!
Ads
Rawatan
Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu memendekkan jangka masa penyakit dan mengelakkan komplikasi.
Berikut merupakan ubat yang biasa dipreskripsi oleh doktor:
1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.
2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.
3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.
Melihat pada penampilannya yang sentiasa bergerak aktif dan lincah bagaikan tidak menduga rupanya sedang menghidap kesakitan.
Pelakon Singapura yang popular di Malaysia, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya kini sedang berjuang melawan kesakitan tumor yang dikatakan semakin membesar.
Menerusi satu video di laman Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan namun terikat dengan jadual kerja yang padat.
Dalam entri tersebut, Aaron turut memuat naik gambarnya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni.
“Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,”
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendaoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
elvinamohamad Get well soon abang. Semoga dipermudahkan..
Pada penghujung kapsyen pula, dia turut meletakkan #cervicalspondylosis iaitu penyakit pada bahagian tulang leher dan #schwannoma iaitu sejenis tumor saraf yang terbentuk di dalam sistem saraf.
Terdahulu, media pernah melaporkan Aaron mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sejak sembilan tahun lalu sehingga terpaksa keluar masuk hospital namun tetap bekerja keras demi keluarga.
Kita doakan semoga segala urusan Aaron Aziz dipermudahkan dan kembali sihat seperti sebelumnya.
Patutlah ramai yang shave muka sendiri sekarang, rupanya senang nak buat kalau anda tahu caranya. Hasilnya anda dapat glass skin dan paling best nampak kulit wajah berseri dan cantik.
Muka akan lebih cerah dan bila nak pakai set penjagaan wajah, lebih senang meresap masuk ke dalam kulit dan mekap pun tak senang crack. Jom tengok macam mana nak buat!
Tip Nak Shave Muka
Cara-cara:
1. Gunakan aloe vera/cleansing balm.
2. Ratakan seluruh wajah.
3. Gunakan shave dari atas ke bawah, mula dari dahi.
4. Pastikan kulit wajah tegang sebelum shave. (tolak kulit guna jari seperti dalam gambar)
5. Bilas dan cuci muka.
Shaver anda boleh beli yang murah sahaja tak perlu mahal. Yang penting anda boleh buat ikut langkah yang diberikan dengan hati-hati dalam sekali seminggu.
Jangan lupa cuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya penularan virus Covid-19 kembali mencecah angka lebih dua ribu sejak seminggu yang lalu.
Dan salah seorang rakan selebriti yang turut disahkan positif adalah pelakon Sweet Qismina.
Berita tersebut dikongsi Sweet atau nama sebenarnya, Farhana Qismina Supandi, 24, menerusi satu kenyataan media daripada syarikat pengurusannya, Warner Music Malaysia di laman Instagramnya semalam.
“Sweet berada di Kuala Kangsar, Perak untuk menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April lalu telah memberitahu berasa tidak sihat pada 16 April.
“Sweet mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaannya masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.
“Menyedari keadaan itu, Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Hospital Columbia Taiping dan keputusannya adalah positif,” ujar Warner dalam kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan menjalani ujian saringan PCR sebelum mendapati keputusannya adalah positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang tidak mempunyai sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” jelasnya.
Sementara itu, pelakon Pink Smile itu turut memuat naik foto terbaharunya ketika berada di pusat kuarantin.
“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.
“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” tulis Sweet dengan memetik sepotong doa untuk dikongsikan pada kapsyen foto tersebut.
Kita doakan semoga Sweet Qismina akan cepat sembuh dan boleh meneruskan rutin harian seperti biasa.