Siapa sangka, tidur sejam lebih daripada biasa, boleh kurangkan berat badan wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Chicago membuktikan tidur melebihi lapan jam akan menyebabkan berat badan turun.
Kalau begitu, tidak perlu susah payah diet atau workout kerana hanya dengan tidur lebih sejam pun boleh jadi cantik dan kurus.
Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK.
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.
Ads
Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka.
Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.
Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.
Ads
Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.
“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI
Setiap kali melihat aktiviti sihat dilakukan di laman sosial, dapat mengagak selebriti ini pasti sangat menjaga kesihatan diri.
Rajin melakukan aktiviti larian bersama teman-teman, pemilik nama Vanidah Imran ini sememangnya kelihata cukup fit dan bertenaga biarpun usia hampir mencecah 50 tahun.
Ketika ditanya rahsia bagaimana menjaga kecantikan dan kesihatan diri, Vanidah atau mesra dipanggil Vee tidak lokek memberi beberapa tip menarik.
Menurutnya dia sangat mengutamakan pengambilan makanan dan minuman dalam menjaga menjaga kesihatan.
“Memang menjadi amalan saya seiak dulu lagi akan minum air selepas bangun tidur. Selain itu saya juga Memang rajin lakkan exercise untuk peredaran darah jadi lebih lancar selain mengekalkan kekuatan otot.
“Setiap minggu jika ada masa terluang memang Vee akan ambil peluang buat aktiviti larian ini berama teman-teman,” ujarnya yang juga sangat menjaga pemakanan bagi mengelak masalah kencing manis, kolesterol dan juga jantung.
“Selain lain bagi mengekalkan kesihatan, saya juga akan ambil suplemen yang diperlukan sesuai untuk tubuh badan masing-masing.
“Manakala untuk perawatan wajah pula, selain rutin harian cuci muka, saya juga buat senaman dan urutan di wajah. Buat perlahan-lahan dan jadikan rutin harian.
“Dan jangan lupa sesekali penggunaan moisturizer dan sunblock walaupun hanya berada di rumah. Amalkan selalu dan kesannya akan menjadikan wajah lebih halus dan bebas cela,” tambahnya yang baru sahaja berjaya menggengam ijazah Sarjana Seni Persembahan sempena konvokesyen ke 61 di Universiti Malaya.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangkaakan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki.
“Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya yang akan meneruskan pula pengajian di peringkat PHD.
Pasti kita pernah berdepan dengan situasi atau melihat di mana seorang rakan anda yang tidak mahu makan kerana takut gemuk.
Simptom ini dikenali dengan nama anorexia nervosa atau kecelaruan tabiat pemakanan.
Penjelasan Dr Ahmad Samhan di twitter memberitahu apa komplikasi boleh terjadi jika anda mengalami situasi ini.
Apakah Anorexia Nervosa?
Anorexia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang keadaan sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus dan senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa.
Apakah Akibat Anorexia Nervosa?
1. Anda akan merasa murung. Anda tidak mendapat zat atau nutrisi yang cukup, maka dengan itu anda akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
2. Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik
3. Rambut & kuku menjadi rapuh & pecah
4. Rambut akan gugur
5. Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
6. Remaja perempuan akan lewat datang haid
7. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ
Jom sharekan pada semua tentang Anoreksia Nervosa. Semoga dapat membantu untuk yang memerlukan.
Dr. Ahmad Samhan
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Assalamualaikum, doKtor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam handphone. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
JAWAPAN:
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.
Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak.
Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakanadalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu.
Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan ini boleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan menyuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebengkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan.
Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.