Setiap rumah pastinya mempunyai kotak penyimpanan ubåt sebagai persediaan bila ada salah seorang anggota keluarga ditimpa sakit.
Kebiasaannya ubat berbentuk tablet akan disimpan dalam kotak dan ditempatkan pada ruang lebih selamat.
Manakala ubat berbentuk cecair pula disimpan dalam peti sejuk. Adakah cara menyimpan ubat ini betul mengikut kaedah perubatan.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu tip menyimpan ubat yang betul di rumah. Menurutnya penyimpanan ubat yang betul dan selamat penting bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
TIPS PENYIMPANAN UBAT YANG BETUL
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Ads
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
•Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
•Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
•Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Ads
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu.
Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
Ads
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Nampak muda lagi Yuni Shara walaupun usianya sudah memasuki 51 tahun, seolah-olah berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.
Namun hakikatnya dia sudah berusia, tetapi orangnya jenis rajin pakai mask, inilah hasilnya. Kalau anda nak tahu apa yang penyanyi Indonesia ini amalkan, jom kita selongkar bersama.
Yuni Shara Nampak Muda, Rupanya Setiap Hari Pakai Aloe Vera
Buat yang tertanya-tanya apa yang Yuni Shara lakukan untuk kekal awet muda, inilah rahsianya.
Menurutnya, “Rutin penjagaan wajah saya adalah dengan menggunakan aloe vera atau lidah buaya sejak berusia 45 tahun. Saya akan gunakan sebagai mask, sapu dari muka hingga ke leher setiap hari.”
Berkongsikan rahsia kecantikannya, Yuni Shara mendedahkan yang dia sering menggunakan aloe vera dalam rutin penjagaan wajah. Menggunakan aloe vera sebagai mask sebelum tidur, Yuni mengatakan teknik ini berkesan dan menangani masalah penuaan.
Caranya adalah sapu gel aloe vera dalam kuantiti yang mencukupi, bermula daripada wajah hingga ke leher. Setelah kering, boleh bilas atau biarkan semalaman. Ini kerana wajah dan leher mudah alami tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan.
Kalau anda nak tahu, daun lidah buaya ini kaya dengan kandungan air dan pelbagai mineral serta komponen tumbuhan yang dipanggil karbohidrat kompleks menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk mencegah keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit.
Haaa.. yang nak cantik dan awet muda, cubalah teknik Yuni Shara ini. Biasanya orang yang rajin pakai mask memang kulitnya lebih anjal dan sihat kalau konsisten amalkan 2-3 kali seminggu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berjalan kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak modal dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan anggota badan.
Lebih seronok jika dilakukan secara berkumpulan bersama teman-teman lain atau pasangan kita.
Tidak perlu masa lama, cukup hanya 30 minit atau satu jam berjalan keliling kawasan perumahan sebelum melakukan rutian kerja harian.
Fakta Berjalan Kaki Harus Anda Tahu
– Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
– Berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.
– Secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.
Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.
– Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai anda harus berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. Anggaran ini untuk individu yang mempunyai berat badan 70 kg.
Faedah Berjalan Kaki
Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
1. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
2. Mengurangkan stres. Ketika berjalan ia boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dan membuatkan anda berasa lebih ceria serta sihat.
3. Menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolesterol.
4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.
5. Mengekalkan kekuatan otot.
Teknik Berjalan Dengan Betul
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan dengan lebih optimum lagi.
– Tegakkan postur badan
Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
– Hayunkan tangan
Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan
– Luruskan bahagian belakang badan
Untuk memastikan anda berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan dan pandang ke hadapan.
– Kawal pernafasan
Semasa berjalan pastikan pernafasan sentiasa teratur. Sekiranya berasa nafas semakin tercungap-cungap, anda perlu mengurangkan kelajuan dan berhenti berjalan.
– Tetapkan sasaran
Untuk membuatkan aktiviti berjalan anda seronok tetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
– Gunakan pedometer
Alat ini untuk mengukur langkah kaki yang diayun. Alat ini diletakkan pada bahagian pinggang dan ia akan mengira berapa langkah kaki diayun pada setiap hari.
Pernah atau tidak anda lihat rakan sebelah yang kerap bersin hingga menyebabkan bahagian hidung jadi merah.
Jangan tak tahu ini sebenarnya salah satu punca seseorang itu boleh mendapat sinus yang teruk dan perlu diubati segera jika tidak mahu jadi lebih mudharat.
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu secara detail punca sinusitis atau radang sinus yang disebabkan jangkitan bakteria ini.
PUNCA SINUSITIS
Penyakit sinusitis adalah jangkitan atau radang sinus yang boleh disebabkan daripada jangkitan virus, bakteria atau fungus. Terdapat dua faktor yang boleh menjadi punca jangkitan kuman di dalam rongga sinus.
– Rongga sinus tersumbat
– Kuantiti mukus yang meningkat
1. Laluan sinus tersumbat
Sumbatan berlaku disebabkan dinding di dalam sinus membengkak disebabkan jangkitan kuman ataupun trauma. Ia juga boleh disebabkan polip hidung, ketumbuhan balam rongga hidung, struktur/ruang hidung yang sempit dan benda asing yang menutupi lubang ostia.
2. Kuantiti Mukus Meningkat
Mereka yang mempunyai alergi hidung dan asthma, berisiko untuk mendapat sinus. Ini kerana, jika mucus akan terhasil dengan banyak jika terdedah dengan bahan yang alergik. Habuk, hama, asap rokok adalah contoh punca kepada peningkatan kuantiti mukus.
Apabila tersumbat, mukus di dalam rongga tersebut tidak dapat dikeluarkan. Lalu tempat ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan keradangan di dalam rongga sinus.
Bagaimana Mengatasinya?
Hidung perlu sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan mucus berada di dalam hidung pada masa yang lama dan menyebabkan masalah kepada sinus. Gunakan air garam. (contoh di komen)
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit Resdung iaitu:
-Keradangan sinus: Sinus merupakan rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala
-Otitis media: Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga
-Sleep Apnea: Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur