Saat berpantang selepas melahirkan ada tempoh masa paling sukar untuk dilalui oleh mereka yang baru pertama kali bergelar ibu.
Disebabkan tiada pengalaman, hanya melalu pembacaan, mereka yang ada disekeliling sangat diperlukan dalaM membantu memulihkan tahap fizikal dan mental si ibu.
Dalam situasi ini, selain keluarga, suami adalah insan paling penting yang perlu ada sentiasa di sisi membantu isteri selepas bersalin dalam melalui proses post partum.
Ikuti perkongsi Dr Redza Zainol melalui laman sosial FB Dr Ahman Samhan 5 perkara yang suami kena ambil tahu mengenai perkara ini.
Ads
5 Perkara Suami Kena Tahu Bila Isteri lepas Bersalin
1. Isteri perlu rehat & tidur. Tenaga hilang perlu diganti untuk menyusu anak
2. Sakit pada buang air pertama kali lepas bersalin
3. Sakit di bahagia perut disebabkan rahim mengecut
Ads
4. Kena ambi tahu juga bab darah nifas atau dipanggil Lochia
5. Kena jaga emosi isteri yang jadi pelik dan tidak stabil
6. Jagalah makan, minum & rehat isteru sebaikna ketika dalam pantang
Walaupun air soya sedap untuk diminum tetapi ada beberapa mitos yang tercetus mengatakan kacang soya itu sendiri tidak baik untuk kesihatan sehingga mengelirukan penggunanya.
Oleh itu, pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof Madya Dr Hasnah Haron berkongsi empat mitos mengenai soya di bawah:
1. Mitos: Semua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO)
Bukan semua produk soya diperbuat daripada GMO. Pelbagai tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan GMO juga terdapat di pasaran.
Walaupun sesuatu produk berkenaan berasaskan GMO, tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa dengan memakan kacang soya GMO atau produknya akan memberi kesan buruk dari segi kesihatan.
2. Mitos: Risiko kanser payudara akan meningkat jika memakan soya
Mitos ini datang daripada kepercayaan bahawa isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam soya boleh meningkatkan risiko kanser.
Kajian telah menunjukkan bahawa isoflavon soya, tidak kira daripada sumber apa pun, tidak mendatangkan sebarang kesan berbahaya kepada tisu payudara.
Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara. Satu kajian prospektif ke atas 300,000 wanita di China dan kajian meta analisis yang berasaskan respon dos menunjukkan, pengambilan soya yang tinggi sebenarnya mungkin dapat memberi manfaat yang cukup besar bagi mencegah kanser payudara.
3. Mitos: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid
Pelbagai kajian dan tinjauan yang menyeluruh menunjukkan yang sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid dalam lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.
Tambahan pula, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan bahawa isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payudara, tiroid atau rahim bagi wanita menopaus.
4. Mitos: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin
Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Kajian meluas telah menunjukkan bahawa pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki.
Kesimpulannya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa soya dan produk soya adalah sumber protein lengkap yang baik. Ia kaya dengan nutrien yang pelbagai dan perlu dijadikan sebahagian daripada diet sihat kita.
Bagi peminat drama bersiri Squid Game di Netflix pasti mengenali watak Kang Sae-byeok yang dibawakan oleh Jung Ho Yeon.
Sebenarnya ramai tak tahu rupanya watak yang dibawakan oleh Jung Ho Yeon dikatakan antara watak yang paling menyerlah dan memberikan kesan dalam drama tersebut.
Drama itu mengisahkan tentang 456 peserta dengan pelbagai masalah hidup direkrut dalam siri permainan kanak-kanak yang menyaksikan sekiranya kalah, mereka akan dibunuh.
Jung Ho-yeon, 27, menjadi antara watak paling menonjol menerusi karakter Kang Sae-byeok atau peserta Nombor 67. Malah dikatakan wajahnya jadi pelaris drama yang kini trending di seluruh dunia.
Malah dikatakan sebelum popular sebagai pelakon, dia juga merupakan seorang model. Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai Jung Ho Yeon.
Menurut Wikipedia, drama Squid Game merupakan naskah lakonan pertama Ho-yeon dalam hidupnya. Ho-yeon yang ketika itu berada di New York mendapat panggilan daripada agensinya yang meminta agar dia merakamkan video uji bakat.
Pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk tertarik dengan aura serta rupanya yang dirasakan ‘masuk’ dengan karakter Kang Seo-byeok.
Ho Yeon pernah tampil dalam program realiti Korea’s Next Top Model untuk musim keempat. Dia berjaya mencuri tumpuan masyarakat di Korea Selatan setelah berjaya menempatkan diri sebagai naib juara dalam program tersebut.
Rupanya sejak berusia 16 tahun lagi sudah terbabit dalam dunia model sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Jadi tidak hairanlah dia agak takut untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan.
Setelah menjadi naib juara dalam program Korea’s Next Top Model, dia telah melebarkan sayap dalam dunia fashion diperingkat antarabangsa dan diberikan peluang untuk terlibat dalam begitu banyak pertunjukan fesyen. Antaranya Chanel, Louis Vuitton, Marc Jacobs, Fendi, Max Mara, Alberta Ferretti dan pelbagai lagi.
Ho-yeon pada mulanya mendapat panggilan dari pengarah Squid Game terus pulang ke Korea untuk menandatangani kontrak lakonan sebaik tamat Minggu Fesyen New York. Dia juga pernah tinggal di Eropah untuk seketika dek tuntutan kerja dalam dunia modeling.
Jennie Blackpink berteman baik dengan Jung Ho Yeon sejak masih menjadi model. Via Instagram, keduanya sering membagikan aktivitas yang dilakukan bersama seperti memasak.
Pelakon Squid Game ini juga adalah dari lulusan Dongduk Woman University College of Perfoming Arts Korea Selatan.
Meskipun terkenal sebagai model, aktingnya mendapat pujian. Salah satu usaha yang dilakukan Jung Ho Yeon untuk mendalami peranannya sebagai Kang Sae Byeok adalah dengan belajar loghat Korea Utara.
Penampilan pertama Ho-yeon dalam Squid Game menyaksikan aktres itu memperoleh perhatian dan populariti dalam sekelip mata.
Sebagai bukti, jumlah pengikutnya dalam media sosial meningkat mendadak hanya dalam masa beberapa hari iaitu dari 400 kepada 1.6 juta pengikut.
Selain itu, pelbagai pihak terus memberi sokongan kepada pelakon wanita itu supaya meneruskan lakonan yang mantap.
Lakonannya sebagai Kang Seo-byeok telah membuahkan hasil dan membuatkan ramai penonton Squid Game jatuh cinta dengannya.
Bulan puasa tidak membataskan seseorang itu untuk tidak melakukan apa-apa senaman bagi menjaga kesihatan tubuh badan.
Ada beberapa senaman ringan sesuai dilakukan dan boleh dibuat di rumah sahaja.
Jika penat boleh berehat seketika sebelum menyambung melakukan senaman ini. Apa yang penting, gaya hidup anda menjadi seimbang tanpa mengelak lakukan senaman walau berpuasa.
Ini antara beberapa rutin senaman ringan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan dalam menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal bertenaga.
Pilates merupakan senaman berintensiti ringan kerana ia kurang menggunakan tenaga sekaligus tidak akan menyebabkan hipohidrasi pada tubuh.
Senaman ini sangat sesuai untuk dilakukan semasa berpuasa. Namun, jenis pilates yang mempunyai intensiti yang berat disyorkan untuk dilakukan selepas waktu berbuka.
Senaman ini juga sesuai dilakukan golongan wanita hamil atau selepas melahirkan kerana ia memfokuskan ke atas tubuh, postur badan, dan teknik pernafasan.
Yoga merupakan senaman membentuk fizikal dan mental yang baik untuk kesegaran badan selain lebih ringan untuk dilakukan tanpa menggunakan banyak tenaga.
Senaman ini seeloknya dilakukan secara santai selama 30 minit sebelum menunggu waktu berbuka.
Senaman ini juga mampu membaiki mental, sosial, emosi, dan kerohanian seseorang. Gerakan senaman ini mempunyai maksud tersendiri yang mampu menghilangkan stres dan menenangkan.
Berjalan kaki juga merupakan salah satu senaman yang mudah dengan mengamalkan sekurang-kurangnya seribu langkah sehari.
Paling penting, berjalan kaki mampu menjaga dan menurunkan risiko penyakit berkaitan jantung.
Tidak hanya itu, senaman ini boleh memperbaiki kualiti tidur pada waktu malam selain membuatkan mood seseorang sentiasa dalam keadaan baik.
Aktiviti berbasikal sangat digemari oleh setiap lapisan rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur.
Kayuhan santai boleh dilakukan ketika berpuasa tetapi jangan paksa diri untuk mengayuh dalam kelajuan tinggi dan di jalan berbukit.
Ia akan menyebabkan seseorang mudah letih dan mengalami dehidrasi dan paling parah, boleh jatuh pitam.
Joging adalah senaman paling popular kerana ia boleh dilakukan secara santai dan masih mampu membakar kalori.
Ketika berpuasa, waktu petang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti ini, bukan sahaja hampir dengan waktu berbuka tetapi cuaca juga lebih rendah dan tidak mudah berasa penat.