Masih ramai yang kurang pasti cara yang betul untuk pilih sunblock yang sesuai mengikut jenis kulit supaya dapat melindungi kulit dari cahaya matahari.
Perkongsian Dr Erna Nadia dari Medical Mythbusters Malaysia berkongsi cara memilih sunblock yang sesuai.
TIPS MEMILIH SUNBLOCK
Apakah SPF?
SPF adalah singkatan untuk sun protection factor.
Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.
Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari?
Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.
Kalau kita tengok di produk2 sunblock ada tulis spf15, spf30, spf50. So yang mana yang sesuai dengan kita?
Jom, belajar dahulu apa itu spf.
Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.
Contoh pengiraannya:
1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita
Kita ambil contoh spf 15.
Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu.
Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93.
So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.
Jika spf30, 96%.
Ads
2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv.
Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit
Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit
Kulit sawo matang,20 minit
Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan:
Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.
Ok, boleh faham ke setakat ni?
Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit.
Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja.
Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).
Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja?
PA itu adalah kiraan untuk UVA.
+++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock.
Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?
Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja ( kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi.
Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam spf50.
Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja.
Kekuatan masing2 adalah lebih kurang sama.
Jadi,tak perlu spf yang tinggi.
Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.
Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air.
Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.
Ads
Ok, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar
Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunlock adalah:
1. Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita
2. Mempunyai UVA & UVB
3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim)
Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.
Nota Kaki : Lindungi kulitmu dari sinaran berbahaya, pelihara akhlak dan dirimu dari dunia fana & syaitan durjana
Dr. Erna Nadia
Your outer beauty will capture the eyes, your inner beauty will capture the heart
Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia 49 Tahun! Di zaman populariti pelakon ini, namanya cukup dikenali. Apatah lagi pernah menjadi finalis dalam pertandingan Dewi Remaja untuk tahun 1990/91.
Ternyata kini, selebriti ini masih aktiviti berlakon drama dan sentiasa menjadi pilihan pengarah. Pemilik nama Kuza ini rupanya baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 49 tahun.
Namun sekali pandang, wajahnya masih kekal cantik dan menawan biarpun usia sudah hampir memasuki separuh abad.
Kuza atau nama penuhnya Tengku Sariza Tengku Muzani turut berkongsi ucapan syukur di media sosial sempena ulang tahun kelahirannya yang lalu.
Wishing myself the happiest of birthdays. On this special day, I just want to thank you Allah for the priceless gift of life that He has given me and for the wonderful people He has put in my life
Dalam satu tembual bersama Nona, Kuza berkongsia rahsia dirinya masih kelihatan anggun dan cantik sehingga kini.
Menurutnya tiada apa mampu diucapkan selain rasa syukur atas nikmat yang Tuhan beri padanya.
“Sebenarnya tiada apa-apa rahsia awet muda. Saya bersyukur alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.
“Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi stamina supaya kita tak cepat letih.
“Jadikan semanan macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga dan ibadah juga jangan lupa,” tambahnya yang cekal menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.
Kuza juga seorang yang enggan mengalah dan bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga. Pelakon ini dikurniakan tiga orang anak Nizam Firdaus, 28, Puteri Nazihah, 27, dan Puteri Nadia, 17 tahun melalui perkahwinan terdahulunya.
Sebagai seorang wanita, kita memang sangat perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
Tidak perlukan sebarang produk mahal sebaliknya boleh guna cara tradisional untuk kekal awet muda.
Petua yang lebih selamat dan jimat adalah membuatnya sendiri menggunakan bahan dapur sedia ada. Inilah rahsianya untuk mendapatkan hasil kulit awet muda dan pinkish.
Perkongsian dari pengguna laman sosial Facebook Zana Mokhtar memberitahu caranya. Hanya amalkan minum sebelum tidur dan hasilnya memang mengujakan.
RESIPI BUAT KULIT AWET MUDA DAN PINKISH DENGAN BAHAN DAPUR
Sejenis Kekna ni suka amalkan dengan bahan bahan semulajadi macam ni. Sebab kecantikkan bermula dari dalaman kita kan. Cantik dalam cantik la dekat luar tu.
Resipi ni Kekna dapat dari seorang aunty tau. Terujaaa kot kalau korang jumpa dia. Walaupun umur dia dah mencecah 60 an tapi dia punya awet muda tu nampak terserlah tau.
Bila risik risik dia pun bagi la petua resipi ni dan aunty ni cakap setiap hari minum sebelum nak tidur.
Bahan bahan dia mudah je nak dapat:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit di tumbuk
3 Biji Badam di tumbuk kasar
2 Sudu Madu
Cara cara nak buat:
1. Panaskan susu terlebih dahulu dekat atas dapur dengan api yang kecil je.
2. Masukkan kunyit yang dah di tumbukkan. Kacau perlahan lahan dan akhir sekali baru masukkan badam.
3. Tuangkan susu tu dalam gelas. Baru la lepas tu masukkan dua sudu madu. Jika dapat madu asli lagi bagus.
4. Kacaukan dan boleh la minum susu yang sedap rasa lemak lemak manis ni tau.
Ha senang kan nak buat. Rajin tak rajin jee.
Kekna izinkan yang nak SHARE. Lagi bagus bertambah pahala korang tau sebab bantu kengkawan yang lain untuk sama sama nak kulit cantik juga.
Bila tengok aktress Bollywood yang cantik pasti ada yang tertanya-tanya apakah rutin kecantikan mereka amalkan. Selain memang cantik azali, ada beberapa bahan semulajadi yang sering digunakan oleh masyarakat India khususnya wanita bagi mendapatkan kulit dan rambut yang segar dan sihat.
Berdasarkan perubatan Ayurveda, rawatan kecantikan tradisional India menggunakan lebih banyak bahan semula jadi. Sebahagiannya herba yang mudah diperolehi.
Kat bawah ini antara bahan-bahan semulajadi yang menjadi pilihan wanita India yang kulit dan rambut mereka.
Serbuk Cendana
Kayu cendana atau serbuk cendana ialah kayu aromatik yang dikisar halus. Serbuk ini sesuai untuk menyental. Ia membantu melambatkan penuaan serta melembutkan dan membersihkan kulit.
Kredit Foto: Google Image
Kunyit (Haidi)
Kunyit merupakan salah satu bahan yang menjadi kegemaran wanita India. Kunyit mempunyai ciri anti-radang dan antiseptik yang baik. Malah antioksidan yang terkandung di dalamnya juga bagus untuk melawan tanda-tanda penuaan pramatang, jerawat dan parut. Selain boleh dijadikan masker atau campuran lulur badan, kunyit juga diproses menjadi minuman kesihatan dan kecantikan.
Kredit Foto: Google Image
Air Mawar (Gulabjal)
Air mawar yang dihasilkan dengan campuran bunga ros yang direndam atau ditumbuk juga merupakan bahan semulajadi yang banyak digunakan dalam rawatan kecantikan di India. Mahkota mawar kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Fungsi utamanya adalah menyejukkan dan melembapkan kulit.
Kredit Foto: Google Image
Bunga Raya
Menurut laporan artikel Vogue India, bunga raya sering digunakan untuk penjagaan kulit muka dan rambut. Bunga raya kaya dengan Alphahydroxy Acids (AHA) dan asid amino. Kedua-dua bahan ini berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati. Kandungan vitamin C dan emolien dalam bunga raya adalah berkesan seperti botox. Selain itu, bunga raya juga membantu melembapkan kulit sekaligus mengurangkan lebihan minyak dalam pori-pori kulit.
Kredit Foto: Google Image
Malah ia juga turut digunakan sebagai masker membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala, mengatasi keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut.
Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara digunakan oleh wanita india bagi merawat rambut kering dan rosak. Minyak ini biasanya digunakan untuk mencampurkan minyak rambut atau sabun untuk pelembap badan semula jadi. Minyak kelapa tulen atau virgin coconut oil kaya dengan pelembap semula jadi yang bagus bagi merawat rambut, kulit kepala kering, siku kasar, dan tumit merekah.
Kredit Foto: Google Image
Daun Neem
Buah dan biji diesktrak menjadi minyak neem, manakala bunganya digunakan sebagai ramuan aromaterapi dan minyak urut. Neem adalah herba yang mempunyai banyak khasiat. TUmbuhan ini mempunyai ciri anti-radang, anti-kulat dan antibakteria. Ia baik untuk merawat pelbagai masalah kulit. Ia juga membantu mencegah jerawat, pigmentasi dan kulit berminyak.
Kredit Foto: Google Image
Daun Inai
Menggunakan inai sebagai pewarna rambut dan kuku, serbuk inai yang diperbuat daripada daun asli lebih mesra rambut dan kulit kepala. Selain itu, inai lebih sejuk pada kulit kepala dan tidak pecah seperti pewarna rambut moden.
Kredit Foto: Google Image
Sumber: Majalah NONA
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!