Seperti yang kita tahu buat masa ini Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang agresif berjalan sepeti dirancang.
Tetapi bagaimana dengan mereka yang memiliki sıfat trypanophobia atau fobia dengan jarum suntikan.
Mereka yang fobia jarum suntikan ini boleh mengalami gejala yang sangat tidak selesa seperti trauma, jantung berdegup kencang, pening kepala malah pengsan.
Jadi perlukan kita elak menerima suntikan vaksin disebabkan masalah ini.
Ada beberapa tip dikongsi bagi mengelakkan rasa takut dengan jarum suntikan dapat diatasi.
Abaikan Berita Palsu Mengenai Vaksin
Pakar perubatan percaya, kebimbangan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 juga berkaitan dengan mitos-mitos yang tular dan telah dibaca oleh seseorang seperti teori konspirasi dan sebagainya.
Seseorang perlu mengabaikan mitos-mitos dan teori konspirasi yang merangkumi pelbagai berita palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp dan lebih baik merujuk kepada berita daripada media arus perdana atau berjumpa dengan doktor di hospital.
Carilah lebih banyak maklumat sekiranya belum boleh mengabaikan segala berita palsu tersebut dan pelajari fakta berkaitan vaksin COVID-19.
Fokus Kepada Kebaikan Vaksin COVID-19
Pakar psikiatri menyarankan orang yang takut disuntik vaksin COVID-19 agar fokus kepada perkara-perkara positif berhubung vaksin tersebut.
Ingatlah, vaksin ini bukan untuk melindungi diri kita sahaja, tetapi untuk melindungi orang yang kita cintai dan sayangi terutamanya golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit risiko tinggi.
Ads
Fikirkan, sekiranya sasaran imuniti kelompok dapat dicapai dengan pantas, ini membolehkan pembukaan semula negara dan tiada lagi sekatan pergerakan malah kemungkinan besar prosedur operasi standard (SOP) juga akan dilonggarkan seperti yang berlaku di Hungary, Amerika Syarikat, New Zealand dan banyak lagi negara.
Jadi pilih, mahu terus berhubung menggunakan gajet dan peranti atau berjumpa secara fizikal dengan yang tersayang.
Janganlah sampai kita terpaksa menjadi seperti Filipina apabila Presidennya Rodrigo Duterte terpaksa mengugut rakyatnya untuk pilih vaksin COVID-19 atau dikenakan hukuman penjara disebabkan rakyat Filipina masih ramai yang tidak mahu mengambil vaksin.
Fikirkan Sebagai Tanggungjawab Sosial Terhadap Orang Lain
Fikirkan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjadi benteng paling hadapan dalam memastikan sistem kesihatan negara tidak lumpuh.
Mereka juga ada keluarga, suami, isteri, anak-anak dan ibu bapa untuk dijaga dan pandemik ini telah setahun melanda, fikirkanlah perjuangan mereka yang tiada tolok bandingannya.
Ini akan lebih membuatkan kita bermotivasi untuk divaksin dan selangkah lebih dekat untuk pandemik ini berakhir dengan cepat.
Ads
Makan dan Minum Sebelum Terima Vaksin
Kedengaran seperti tidak perlu, tetapi mengisi perut dengan makanan terlebih dahulu sebelum divaksin dan memastikan tubuh terhidrasi dengan baik dapat membantu mengurangkan perasaan pening dan mengelakkan pengsan.
Ini kerana apabila perut lapar dan dehidrasi boleh menambah kesan negative daripada tekanan dan ketakutan untuk mendapatkan suntikan jarum.
Beritahu Petugas Kesihatan
Tidak perlu malu untuk memberitahu kepada petugas kesihatan yang menyuntik anda bahawa anda mempunyai ketakutan dan cemas dengan jarum suntikan.
Kita juga boleh meminta nasihat petugas kesihatan tersebut untuk membimbing melakukan pernafasan yang baik kerana pernafasan yang baik dapat mengurangkan kebimbangan dan memberi perasaan yang stabil dan tenang dalam situasi yang tidak menyenangkan.
Ingat Tempat Kegemaran
Sambil melakukan pernafasan secara mendalam, tutuplah mata dan cuba bayangkan tempat-tempat yang membuatkan anda rasa tenang dan bahagia.
Ini dapat membantu anda menenangkan diri walaupun dalam situasi yang membimbangkan.
Ads
Jangan Lihat Jarum Suntikan
Kedengarannya senang untuk dilakukan, tetapi bagi individu yang takut jarum suntikan perkara ini sukar untuk dilakukan dan kerap mengalihkan pandangan terhadap jarum suntikan.
Sekiranya anda dapat alihkan pandangan, ini dapat membantu mengurangkan rasa bimbang dan takut itu.
Membayangkan Situasi Alternatif
Ketika kita mengalihkan pandangan daripada jarum suntikan dengan menutup mata, cuba bayangkan situasi yang mirip tetapi tidak mengerikan seperti itu.
Contohnya, membayangkan rakan anda memukul lengan kita kerana bertanyakan khabar atau berita gembira lain yang boleh mengalihkan fikiran anda tentang jarum.
Ini termasuk membayangkan gigitan semut atau nyamuk dan serangga lain apabila disuntik.
Menurutnya isteri tersayang mengamalkan diet suku-suku separuh dan juga workout untuk menurun berat badan di samping sokongan dari suami tercinta.
Ayuh ikuti perkongsian ini dan boleh dijadikan panduan untuk yang mahu atau sedang berusaha berdiet cara sihat.
Lenyap 25 KG Dalam Tempoh 9 Bulan
Tinggi 160cm Bmi 23.8 Lose 25kg
. +++++1 Nov 2021 update+++++
Disini Saya kongsikan apa yang Saya amalkan dan buat sepanjang diet suku suku separuh. Tempoh Masa 9bulan.lama sebab asyik ke laut dalam.
Bangun Dari tido wajib minum air suam 1@2gelas. Setiap hari korang wajib membuang taw.
Makan 3kali sehari.Sarapan Pagi wajib! Biasanya Saya akan makan telur,roti &salad. Makan tengahari wajib makan nasi suku,sayur-sayuran dan lauk. Kadang-kadang makan lauk panggang dan lauk biasa je.senang!
Makan malam pulak sama Makan nasi suku suku separuh. Makan sayur banyak-banyak ini akan buat korang bertahan dan lambat lapar.
Saya kurangkan minum & makan makanan yang manis.Makanan yang manis ni bahaya sikit sebab akan buat korang ketagih dan nak makan banyak.
Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan memang saya buat yang ini dulu bila korang dah dapat rentak dan badan dah boleh trima diet suku suku separuh ni ,korang memang Tak kan makan banyak dah.
SENAMAN 20% jer Layan je dsss ni tanpa stress bila dah berjaya turun 10kg ke 15kg baru lah saya mula bersenam.
Saya mula dengan berjalan kaki pusing satu taman perumahan setiap pagi, senaman jangan paksa buat stakat mampu je dulu. Saya berjalan untuk permulaan,then kadang-kadang tu joging. Berbasikal indoor outdoor.
Buat yang tanya macam mana nak kecikkan perut, kecikkan paha, kecikkan lengan dan Mana-mana part tu..apa yang boleh saya katakan bila korang amalkan dsss dan sedikit senaman ringkas ni ,auto akan buat badan korang mengecil secara neutral. Sebab tu kena sabar dan enjoy je.
Sokongan dari pasangan amatlah penting hehe. Alhamdulillah suami saya memang support habis. Dia yang bersungguh-sungguh, pantau apa yang Saya makan , sediakan bahan-bahan asas senaman. Dan orang paling rajin tag tips kurus d fb ni.
Set minda kita awal-awal nak berubah ke arah gaya hidup yang sihat, nak makan makanan yang sihat dan nak kurus secara sihat. #dontgiveup #dietsukusukuseparuh #dietsihat
Migrain adalah penyakit yang sering menyerang kebanyakan kita di mana seseorang akan rasa sakit di sebelah kepala sama ada kiri atau kanan.
Kajian pakar memberitahu faktor genetik dan gaya hidup jadi punca kepada masalah kebanyakan daripada kita.
Perlu diketahui bahawa migrain adalah sejenis sakit kepala yang menyebabkan rasa sakit berdenyut sehingga membuatkan seseorang berasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian.
Gejala migrain tidak hanya sakit kepala di sebelah kepala. Penderitanya juga boleh mengalami mual, muntah, tidak boleh melihat cahaya dan mendengar bunyi-bunyian.
Lebih memeritkan, rasa sakit itu boleh berlarutan selama berhari-hari dan pengambilan ubat adakalanya tidak dapat membantu.
Jom ketahui beberapa penyebab migrain dan cara mencegahnya.
1. Tekanan Perasaan
Ketika seseorang itu tertekan atau terlalu banyak berfikir, otak akan melepaskan bahan kimia atau hormon untuk melawan keadaan itu.
Pelepasan hormon itu boleh menyebabkan otot menjadi tegang, pembuluh darah melebar sekali gus menyebabkan migrain.
2. Lambat Makan
Melewatkan makan dan membiarkan perut dalam keadaan kosong juga boleh memicu migrain.
3. Sensitif Terhadap Bahan Dalam Makanan Atau Minuman
Makanan yang mempunyai perasa, pengawet atau bahan kimia tertentu dapat menyebabkan migrain pada sesetengah orang seperti makanan segera, sejuk beku dan makanan ringan.
4. Kafein
Terlalu banyak minum air berkafein seperti kopi, teh, coklat, soda atau minuman bertenang boleh memicu migrain. Selain itu, orang yang mengurangkan pengambilan kafein juga boleh menghidap migrain.
Keadaan ini dipengaruhi oleh pembuluh darah yang peka terhadap kafein dan cuba membiasakan keadaan dengan ketiadaan bahan itu.
5. Ubat Tahan Sakit
Pengambilan terlalu kerap ubat tahan sakit tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan migrain yang parah. Hati-hati!
6. Perubahan Hormon
Wanita biasanya mengalami perubahan hormon sebelum dan ketika datang haid, hamil, menyusu badan dan menopaus. Perubahan hormon ini dapat menyebabkan gejala migrain yang parah.
7. Sensitif Terhadap Cahaya
Ada sebahagian orang akan mengalami migrain apabila tiba-tiba melihat lampu berkelip-kelip, cahaya lampu yang terlalu terang dan limpahan sinar matahari hingga menyilaukan mata.
8. Kesan Diet & Kurang Cecair
Keadaan tubuh yang kekurangan cecair ketika diet ketat boleh menyebabkan migrain. Sebaik-baiknya, seimbangkan diet anda agar terhindar daripada masalah ini.
9. Pola Tidur Berubah
Terlalu kurang atau terlebih tidur serta perubahan waktunya juga boleh menyebabkan migrain.
10. Perubahan Cuaca
Sebahagian individu boleh mengalami migrain apabila berlakunya hujan, angin kencang atau berada di tempat tinggi terutama jika perubahan cuaca itu berlaku secara mendadak.
Jika orang lain boleh, kenapa diri sendiri tidak boleh lakukannya. Untuk jadi lebih sihat, kita sendiri yang perlu berani lakukan pembaharuan.
Seperti perkongsian wanita ini yang berazam untuk berubah jadi lebih sihat selepas doktor menyarankan dirinya untuk menurunkan berat badan disebabkan ada masalah dalaman.
Walaupun sibuk dengan tugasan di pejabat dan juga sebagai isteri serta ibu, Mazzie Segaya cuba yakinkan diri untuk menguruskan jadual hariannya.
Berkat kesabaran, dia akkhirnya berjaya menurunkan berat badan setelah hampir 4 bulan memulakan misi diet.
4 Bulan Diet Berhasil Lepas Disaran Doktor
Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh? Sebelum sis mulakan journey ini, sis cuba yakinkan dulu diri and manage masa harian sis. Yalah, kita ni kan dah ada anak suami.
Balik kerja 5.30 petang mesti nak masak, urus anak lagi kan? Tambah lagi anak masih kecik baby and 2 years old. Sis cuba atur masa and bincang dengan husband untuk sis ME TIME.
Berikan sedikit ruang and peluang untuk diri sendiri berubah menjadi sihat selepas doktor sarankan sis untuk turunkan berat badan disebabkan masalah dalaman. Bermula la, tips sis buat selama 4 bulan. Kadang-kadang ada lah cheat day tu la perjalanan sis agak lama sikit but i enjoy !
Jaga makan, banyakkan makan sayur buah, protein, kurangkan pengambilan air manis, lakukan sedikit senaman, tidur secukupnya, wajib breakfast sebelum memulakan kerja, banyak kan minum air suam.
Sis 1 hari dapat habiskan 3 liter. Ehh lupa, sis dulu suka minum coffee tau tak kira jam. Susah nak kurangkan tabiat tu, sis perlahan-lahan kurangkan ternyata air mineral lah yang paling nyaman sekarang !
Kemana sis jalan, keluar beli sayur ke market pun air botol mineral sis wajib bawa. Hehehe
Rutin harian sis buat selama 4 bulan. Hasil yang sis dapat selama 4 bulan ini lah. Biar lambat asalkan menjadi.
The best advice i can give if you really want to change your body, live healthy is to stay consistent. Motivation is hardly ever there but discipline will get you far