Pesanan buat ibu mengandung, anda kena elakkan guna penjagaan wajah yang mengandungi bahan yang boleh bahayakan janin.
Sekali pun nak kulit cantik jangan sampai kesannya buat janin cacat!
Haa… agaknya bahan apa yang perlu dielakkan ibu hamil? Mungkin ramai yang terlepas pandang kerana penggunaan dua bahan ini.
Ibu Mengandung Kena Semak Produk
Wanita sedang hamil, jangan lupa untuk semak bahan kandungan penjagaan wajah yang anda gunakan. Walaupun dah guna bertahun-tahun lamanya, ada bahan yang terkandung dalam produk yang mungkin tak selamat untuk perempuan hamil.
Ada 2 bahan yang perlu AVOID penggunaannya ketika hamil.
Ads
1. Retinoid
Bahan ni berasal daripada vitamin A. Produk yamg ada isotretinoin ( selalu digunakan untuk rawat jerawat ) boleh sebabkan kecacatan janin. Walaupun kadar penyerapan isotretinoin sikit sahaja melalui kulit berbanding dengan produk yang dimakan. Elakkan kedua-duanya i.e makan ataupun sapu. Ini lebih baik.
-Prescription Retinoids ( memerlukan preskripsi Dr ) : Adapalene & tretinoin – biasa guna dalam rawatan jerawat.
Ads
-Non-Prescription retinoids ( tak perlu preskripsi Dr): Retinol, retinaldehyde, retinyl palmitate-banyak terkandung dalam krim antipenuaan, krim cegah kedut atau krim malam. Wanita yang menggunakan derivatif Vitamin A ini harus menggunakan kontraseptif yang betul untuk mencegah kehamilan semasa mereka menjalani rawatan. Ini adalah WAJIB!
2. Salicylic acid
Ini adalah bahan yang mampu tembus liang-liang pori banyak terdapat dalam pencuci muka, serum, pelembab, sunscreen.
Ads
Penggunaan terlampau banyak untuk tempoh jangka masa yang lama boleh sebabkan keracunan salicylate. Tak ada kajian mengenai penggunaan salicylic in pregnancy ( so far ). Risk adalah rendah jika strength yang digunakan adalah rendah, ataupun exposure tak lama.
Bottom line : ELAKKAN penggunaannya, melainkan produk tu dah tulis siap-siap, penggunaanya selamat untuk orang mengandung.
Jadi, pastikan anda semak kandungan dalam produk tersebut atau tanya dahulu kepada ahli farmasi.
Katanya Kayap Ular Boleh Bersambung, Tapi Rupanya Hanya Mitos. Doktor Beri Penjelasan Lanjut! Sering berkongsi mengenai pelbagai ilmu perubatan di media sosial, Dr Ahmad Samhan tidak lokek memberitahu perihal pelbagai ilmu perubatan di media sosial.
Dalam satu perkongsiannya di laman twitter, beliau memberitahu kisah seorang pesakit lelaki yang mengalami kayap pada bahagian badannya.
Menurut Dr Samhan, seorang pesakit yang menggelarkan dirinya sebagai pakcik mengakui risau sekiranya dia akan mati selepas kayap ular pada badannya bersambung tidak lama lagi.
Jelas Dr Samhan, kayap ular terjadi disebabkan oleh virus Varicella-zoster iaitu virus sama yang menyebabkan chicken pox.
Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chickenpox boleh mendapat jangkitan kayap ular.
Tambahnya, selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif) selama bertahun-tahun.
Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, dan menyebabkan lepuhan dan kayap.
Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular. Kayap ini biasanya akan menyerang satu saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja.
Setiap akar saraf mempunyai dua set yang sama untuk memberikan deria sentuhan di kedua-dua belah kiri dan kanan bahagian badan.
Maka, apabila virus tadi kembali aktif, kayap ular hanya terjadi di sebelah kiri atau kanan sesuatu bahagian kecil badan sahaja, bergantung di saraf mana letak duduknya virus tersebut. Memang agak mustahil juga untuk kayap ular itu mengelilingi badan kita.
Ia biasanya melibatkan bahagian dada dan muka. Ada segolongan kecil pesakit mungkin mengalami kayap ular di lebih daripada satu bahagian badan tetapi tidak mungkin di kiri dan kanan serentak. Ia takkan bersambung. Itu semua mitos!
Sehingga kini tiada rawatan yang berkesan sepenuhnya untuk merawat kayap ular. Tetapi rawatan perubatan yang betul mampu memendekkan jangka masa penyakit dan mengelakkan komplikasi.
1. Anti-viral – seperti Acyclovir. Ia penting untuk mengurangkan kesakitan dan memendekkan tempoh penyakit.
2. Ubat tahan sakit – seperti NSAIDs untuk membantu pesakit menangani rasa sakit yang ditanggung.
3. Krim antibiotik – sekiranya berlaku jangkitan bakteria pada kayap ular tersebut.
Ada masanya seseorang itu akan mengalami masalah gangguan sakit kepala dan boleh jadi berpanjangan jika tidak diusahakan sesuatu.
Namun rupanya sakit kepala ini ada beberapa jenis dan perlu tahu tahap mana kesakitan dialami. Ada yang selepas tidur untuk seketika sakit akan hilang dan ada juga sebaliknya.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu mengenai masalah sakit kepala dan waspada jika berlarutan lebih 5 hari.
Ramai yang mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat dan ia selalunya dianggap sebagai penyakit biasa kerana kesakitannya dirasakan sementara sahaja.
Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada serangan yang dialami itu biasa atau bahaya.
Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan bencana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani.
Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya.
Terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala jenis primer ada masanya menyebabkan kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang.
Sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabkan sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.
Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.
Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja.
Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.
Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.
Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan.
Sakit kepala jenis kluster jarang berlaku, tetapi serangannya menjadi teruk apabila pesakit menerangkan kesakitan yang dialami melebihi penderitaan ibu melahirkan atau keretakan tulang.
Sakit kepala kluster berlaku akibat terdapat pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala yang perlu dikenal pasti bagi mengatasinya.
Pengambilan ubat penahan sakit perlu dibataskan iaitu tidak lebih lima kali dalam tempoh sebulan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang.
Makan ubat tahan sakit terlalu kerap boleh menyebabkan sakit kepala yang dialami berterusan hingga sukar dirawat.
Pesakit yang kerap diserang sakit kepala seperti migrain iaitu tiga kali sebulan perlu menjalani rawatan menggunakan profilaksis untuk mengeluarkan kesan ubat penahan sakit yang dimakan sebelum ini.
1. Sakit kepala berdenyut denyut
2. Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala
3. Dikaitkan dengan loya dan muntah
4. Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising
5. Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat
6. Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula
7. Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain)
8. Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)
9. Sakit kepala ketika datang haid.
Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:
1. Anti migrain
2. Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)
3. Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.
1. Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.
2. Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.
3. Tidak menjejaskan kualiti hidup.
Paracetamol dan Profilaksis untuk mengawal serangan.
1. Kadar kesakitan: sangat sakit
2. Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus
3. Serangan datang dalam bentuk tetap,
contohnya pada Mac dan April
4. Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak (perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut)
1. Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria
2. Meracau-racau
3. Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.
Setiap rumah pastinya mempunyai kotak penyimpanan ubåt sebagai persediaan bila ada salah seorang anggota keluarga ditimpa sakit.
Kebiasaannya ubat berbentuk tablet akan disimpan dalam kotak dan ditempatkan pada ruang lebih selamat.
Manakala ubat berbentuk cecair pula disimpan dalam peti sejuk. Adakah cara menyimpan ubat ini betul mengikut kaedah perubatan.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu tip menyimpan ubat yang betul di rumah. Menurutnya penyimpanan ubat yang betul dan selamat penting bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini.
Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Berikut adalah tips cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:
1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.
3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
•Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
•Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
•Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu.
Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.
5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian.
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.