Ini bertuah, hanya perlu cantikkan diri sahaja dan wanita ini dapat nafkah RM2.1 sebulan. Lagipun dapat jadi isteri kepada bilionair, mestilah dimewahkan. Nafkah banyak itu, pejam mata sahaja lah!
Hanya Perlu Cantikkan Diri, Wanita Ini Dapat Nafkah RM2.1 Sebulan
Rezeki seorang wanita Thailand yang berkahwin dengan bilionair dari Dubai, dia mendedahkan menerima nafkah sehingga 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) sebulan daripada suaminya, lapor laman berita Wolipop kelmarin.
Tak kisahlah menjadi isteri kelima hartawan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pun, wanita bernama Muna Al Sarunee itu mengakui ‘tugas’ hariannya kini hanya perlu mencantikkan diri dan menghadiri majlis bersama suaminya.
Menurut Muna, dia sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki lain dan memiliki dua cahaya mata dalam perkahwinan pertama.
Selepas bercerai, wanita itu bekerja keras sebelum bertemu suami terkininya, Ahmed Nu Al Sarunee pada 2010.
Ads
Meskipun mengetahui Ahmed seorang hartawan, Muna berkata, dia tidak tertarik kepada lelaki itu sama sekali ketika mula berkenalan, berbeza dengan Ahmed yang menyukai sikapnya yang berdikari serta tabah.
Usia 60 Tahun Waktu Kahwin
Selepas menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama empat tahun, mereka berkahwin ketika usia Muna hampir 60 tahun.
Ads
Wanita itu dijadikan isteri kelima Ahmed dengan keempat-empat madunya hidup bersama di bawah satu bumbung di UAE.
Selepas berkahwin dan berhijrah ke Dubai, Muna tidak dibenarkan bekerja, sejajar dengan tradisi golongan hartawan di Dubai selain perlu mematuhi peraturan keluarga suaminya.
“Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah,” ujarnya.
Ads
Dibantu 16 Pelayan, 20 Pengawal
Tambah Muna, selain diberikan wang nafkah sebanyak 1.7 juta dirham (RM2.1 juta) setiap bulan, dia turut dibantu oleh 16 pelayan untuk menguruskan kehidupannya setiap hari selain 20 pengawal yang menjaganya.
“Tugas harian saya adalah bersolek, berbelanja, pergi ke spa dan menemani suami menghadiri acara orang kaya. Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini.
“Setiap hari saya tidak perlu melakukan apa-apa selain berpakaian cantik untuk dilihat suami,” ujarnya.
Muna bagaimanapun menetapkan syarat kepada suaminya, yang mana sekiranya lelaki itu ingin berkahwin lagi, dia perlu menceraikan Muna.
Seronok pula membayangkan duit nafkah yang wanita ini terima, tetapi itu rezekinya. Pasangan lain mungkin bahagia dengan cara lain, dapat suami yang suka menolong. Begitu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dato’ Sheila Majid masih cantik dan kekal dengan badan kecil moleknya yang kini berusia 57 tahun pada tahun ini. Macam tak sangka lagi tiga tahun, beliau bakal menginjak ke usia 60 tahun.
Ratu Jazz ini sentiasa tampil awet muda bak anak dara. Nah ini kami kongsikan tip beliau.
1. Sentiasa bersenam
Dato’ Sheila pernah mendedahkan beliau sentiasa bersenam walaupun pada usianya yang lebih separuh abad. Ujarnya antara senaman yang diamalkan adalah larian di treadmill dan pilates.
2. Tiada sarapan pagi yang berat
Seterusnya Dato’ Sheila turut memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengambil makanan berat atau sarapan yang berlebihan. Kebiasaannya, ibu kepada empat anak ini akan makan yogurt bersama secawan kopinya dan buah-buahan.
Untuk pengetahuan kamu, yogurt mengandungi probiotik iaitu bakteria sihat yang terdapat secara semula jadi dalam saluran penghadaman wanita yang boleh meningkatkan fungsi pencernaan yang baik.
3. Amalkan makanan yang sihat bersama keluarga
Mahu sihat bersama keluarganya, Dato’ Sheila menekankan pengambilan makanan sihat. Ujarnya beliau sekeluarga tidak kerap dan amalkan minuman bergas, sebaliknya hanya minum air kosong dengan cukup untuk kesihatan mereka.
“Ibu saya adalah idola dalam banyak benda termasuklah dari segi penyediaan makanan berkhasiat dan bernutrisi. Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga. Hanya sekali sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”
4. Tak biarkan solekan terlalu lama di wajah
Untuk mengekalkan wajah sentiasa awet muda dan kurangkan tanda penuaan, Dato’ Sheila mendedahkan beliau tidak akan membiarkan solekan di wajah berada terlalu lama. Sekiranya habis sahaja kerjanya, beliau akan cuci dengan segera.
“Setiap hari saya amalkan rutin penjagaan kecantikan secara sederhana tetapi konsisten. Saya lakukan rawatan wajah di spa sebulan sekali kerana saya sering bersolek tebal untuk sesi fotografi dan pertunjukan.”
Antara produk yang Dato’ Sheila menitikberatkan setiap kali rutinnya adalah pelembap dan sunscreen kerana kedua-dua produk ini berkesan dalam memberikan kelembapan kulit yang berkesan dan melindungi kulit daripada kerosakan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali tiba bulan pastinya kita menyediakan keperluan bahan mentah yang banyak hingga penuh stok dalam peti sejuk.
Bagi memudahkan urusan memasak, selalunya kita akan keluarkan bahan mentah ini lebih awal bagi mengelak kelewatan dalam menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
Namun begitu, sebelum memasak, kena pastikan bahan mentah tadi diurus dengan cara paling selamat untuk elak terhindar dari bakteria yang boleh memudharatkan ahli keluarga.
Perkara paling utama perlu ditekankan adalah elak daripada menyiang ikan dengan meletakkan terus dalam sinki.
Begitu juga ketika meletakkan ayam atau daging di luar, jangan letak terlalu lama sementara menunggu ianya cair.
Amalan ini perlu dilakukan bagi mengelak kuman dan bakteria yang berda di kawasa sinki seperti yang dikongsi oleh Public Health Malaysia.
Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi… dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak.
Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.
Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.
Beauty with brain, Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 12, dilihat semakin cantik dengan berlesung pipit di wajahnya.
Bukan dianugerahkan wajah yang cantik seperti ibunya, anak perempuan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina ini sangat bijak. Buktinya dia telah berangkat ke Oxford, United Kingdom untuk Program Kepimpinan baru-baru ini.
Bella Layak Digelar Beauty With Brain
Menurut Dr Sheikh, anak perempuannya itu terpilih untuk mengikuti satu program kepimpinan di universiti berkenaan.
“Bella kini sudah 12 tahun dan terpilih ke Universiti Oxford untuk Program Kepimpinan selama seminggu. Beliau nampak bersemangat, saya yang sedih.
“Ingatkan ada tujuh anak tak kisah akan lepaskan seorang. Rupa-rupanya saya saya salah. Menusuk kalbu. Sayang awak Bella, Semoga dapat menimba ilmu di sana,” luahnya menerusi kapsyen.
Perkongsian suami kesayangan Datin Dr Halina Mohd Yunos tersebut meraih perhatian warga maya.
Ada juga yang memuji penampilan beliau kini yang tampak tinggi lampai dan lebih manis. Sekarang pun sudah nampak kerata kelebihannya, apatah dewasa nanti. Hebat Dr Sheikh dan isterinya mendidik anak-anaknya.
Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Halina, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.