Sebagai wanita normal, kita biasa akan tahu bila jangka waktu kedatangan haid setiap bulan.
Namun pasti bimbang jika haid tidak datang dalam tempoh sepatutnya dan situasi ini pasti akan membuat kita keliru apakah sebenarnya terjadi, lebih-lebih lagi selepas menerima suntikan vaksin.
Walau bagaimanapun haid datang lambat selepas vaksin, jangan risau! Perkara itu normal jika tempoh datang haid itu kurang lapan hari mengikut kajian yang dijalankan ini.
Setiap orang menerima impak berbeza setelah mendapat vaksin Covid-19, ada yang demam, malah ada yang sakit-sakit badan dan manakala ada segelintir wanita yang lewat datang bulan.
Haid Datang Lambat Selepas Vaksin
Wanita yang divaksinasi terhadap Covid-19 menyaksikan sedikit kelewatan dalam haid iaitu hampir sehari berbanding mereka yang tidak mendapat pelalian, demikian menurut satu kajian dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Ads
Kajian yang dilakukan terhadap hampir 4,000 individu dan disiarkan dalam jurnal Obstetrics & Gynecology itu bagaimanapun menyatakan, tempoh datang bulan pada wanita tidak terjejas.
Pengarang utama kajian itu, Alison Edelman memberitahu agensi berita AFP bahawa kesan yang berlaku adalah kecil dan bersifat sementara, namun mengesahkan pengalaman sedemikian oleh sebilangan wanita sebelum ini.
Kajian itu juga membantu menangani maklumat salah mengenai topik tersebut oleh golongan antivaksin yang berleluasa di media sosial.
Ads
Berubah Jika Berada Dalam Kedaaan Tertekan
Peningkatan dalam jarak kitaran haid itu adalah tidak signifikan. Ia berikutan sebarang perubahan kurang daripada lapan hari adalah diklasifikasikan sebagai normal oleh Persekutuan Ginekologi dan Obstetrik Antarabangsa.
Kitaran haid biasanya adalah sekitar 28 hari, bagaimanapun tempoh sebenar adalah berbeza dalam kalangan wanita dan juga sepanjang hayat seseorang wanita. Kitaran haid juga berubah sekiranya seseorang wanita berada dalam keadaan tertekan.
Dalam kajian mereka, pasukan penyelidik berkenaan menganalisis data responden yang tidak didedahkan identiti mereka menggunakan aplikasi kesuburan dalam kalanganwanita berusia antara 18 hingga 45 tahun.
Ads
Sekitar 2,400 responden sudah menerima vaksinasi, manakala 1,500 yang lain tidak mendapat pelalian. – AFP
Suka tengok gigi Faezah Elai, tersusun cantik putih bersih. Ini mampu menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang lain.
Salah satu punca gigi menjadi kekuningan pun sebab kerap pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh.
Tip Gigi Putih Bersih Faezah Elai
Jadi anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh pelakon Nor Faezah Md Elai,39 atau lebih dikenali Faezah Elai apa yang diamalkan setiap kali ambil minuman kafein seperti teh dan kopi bagi memastikan giginya kekal putih bersih.
Menurut pelakon ini, dia tidak menggunakan rawatan gigi seperti Veneer pun untuk mendapatkan gigi yang sihat, putih bersih. Sebaliknya menggunakan penyedut minuman (straw) setiap kali minum minuman berkafien seperti kopi dan teh dengan suhu air yang tidak terlalu panas.
“Pasai apa putih? Sebab when I drink tea or coffee, I will use straw to avoid colour caffeine tu direct kena gigi. Tak pecaya? Try sendiri..it works!
Kalau ayaq panaih tak payah straw! I dont really drink ayaq panaih. Kalau nak minum jugak suka hati hang lah! I drink teh tarik also I use straw. Tak dak masalah aihh!! Sunnah pun kata jangan makan or minum terlalu panaih sampai dok kena hemboih. Paham dak?
Info Ekstra!
Veneer adalah lapisan nipis yang dilekatkan di permukaan depan gigi untuk memperbaiki permukaan, bentuk, warna dan saiz gigi.
Jadi kalau nak pastikan gigi putih bersih, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Faezah Elai ini, guna straw jika nak minum minuman berkafien.
Baru-baru ini tular di media apabila pemerintah China dilaporan akan menggunakan kaedah calitán dubur (anal swab) bagi mengenal pasti individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
Walaupun ramai yang memperkatakan kaedah ini, malah ada juga yang menganggap sebagai bahan jenaka tetapi rupanya ia terbukti berkesan.
Memetik laporan CCTV, pegawai kesihatan melakukan ujian calitan dubur dalam kalangan penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di Beijing sejak seminggu yang lalu.
Menurut pakar-pakar perubatan China, mereka bersetuju mengguna pakai kaedah itu kerana :
1. Lebih tepat untuk mengesan kehadiran Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
2. Virus Covid-19 bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.
3. Telah terbukti berhasil dengan ujian yang dibuat terhadap penduduk di zon merah di Beijing yang menjalani tempoh kuarantin.
4. Kaedah itu membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu.
5. Kaedah calitan dubur itu juga dapat meningkatkan kadar pengesanan individu yang dijangkiti virus berkenaan.
Bagaimanapun, menurut CCTV, kaedah swab dubur tidak akan dilaksanakan secara meluas seperti kaedah konvensional sedia ada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Hal tersebut kerana pesakit juga mendakwa kaedah itu dikatakan tidak begitu selesa jika dibanding dengan ujian swab di saluran pernafasan.
Buat masa ini Malaysia, kita masih lagi menggunakan kaedah calitan ditekak dan hidung bagi mengesan individu yang melakukan swab test sama ada positif atau negatif virus Covid-19.
Sesekali anda kena ambil peduli tentang cara nak hilangkan daki sebab daki adalah kotoran yang sudah menimbun dan bercampur dengan peluh. Kulit yang berdaki biasanya akan berwarna kehitaman dan nampak kusam.
Antara bahagian kulit yang berdaki biasanya terdapat pada lipatan ketiak, lutut, lipatan paha dalam dan leher.
Daki sememangnya tidak akan hilang dengan mudah meskipun anda kerap mandi. Daki membuatkan kulit anda menjadi gelap dan kusam.
Apalah gunanya jika wajah bersolek kemas andainya leher dan tengkuk tampak berkarat dengan daki serta garis gelap.
Cara Hilangkan Daki
Berikut beberapa cara untuk menghilangkan daki yang boleh anda praktikkan:
1. Serbuk kopi
Bagi anda yang menggemari kopi, boleh ambil sedikit serbuk kopi anda untuk menghilangkan daki yang melekat pada tubuh. Serbuk kopi boleh dijadikan sebagai skrub. Ambil beberapa sudu serbuk kopi dan gosoklah pada kulit yang berdaki.
2. Minyak zaitun
Minyak zaitun juga bermanfaat untuk mengatasi daki yang melekat. Cara membuatnya juga sangat mudah, ambil sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan segenggam beras yang sudah disangai dan telah ditumbuk halus. Anda boleh juga meletakkan beberapa titik perahan limau nipis atau lemon. Setelah itu, sapukan pada bahagian kulit yang berdaki.
3. Limau nipis
Rasa masam yang pekat pada limau nipis boleh dijadikan senjata berkesan untuk menghilangkan daki. Belah buah limau nipis menjadi dua bahagian, kemudian disapu dan digosok pada bahagian kulit yang berdaki. Pastikan tidak ada sebarang luka pada kulit kerana rasanya sangat pedih apabila terkena perahan air limau nipis tersebut.
Jika berkemampuan, dapatkan rawatan di spa atau pusat kecantikan tetapi kalau anda nak jimat boleh amalkan tips hilangkan daki ini dengan cara di atas. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!