Pernah atau tidak anda mengalami masalah kegatalan yang sangat memeritkan. Malah semakin digaru semakin sedap hinggakan kulit boleh berdarah.
Apa sebenarnya punca kepada masalah gatal atau kudis buta ini. Menurut Dr Samhan di laman twitternya menjelaskan, kudis buta atau skababies yang dsebabkan gigitan kutu bernama Sarcoptes Scabiei.
Dikatakan kutu ini akan masuk ke dalam kulit dan mati selepas mengeluarkan telur. Bunyinya agak mengerikan dan boleh meremang tengkuk mendengarnya.
Kebiasaannya, tempat yang menjadi tempat jangkitan adalah di celahan jari, tapak tangan, pergelangan tangan, kemaluan dan juga punggung. Dikatakannya juga mudah berjangkit dengan sentuhan kulit atau berkongsi cadar atau tempat tidur.
Ayuh ikuti kupasan lanjut oleh Dr Samhan mengenai jangkitan kudis buta ini.
BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL?
Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.
Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?
Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Kutu ini boleh jatuh pada tuala,selimut,baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta
dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Jangkitan skabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ads
Ruam skabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, dan sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Gambar sekadar hiasan.
APA RAWATANNYA?
1.Menggunakan losyen antiscabies
1. Losyen Permethrin 5%
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan keatas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
2. Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
Ads
– Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
3. Losyen Lindane 1%
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Gunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
Ads
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu yg bermasalah kulit
– Contoh : Scaboma Lotion
2. Jangan berkongsi tuala,baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
3. Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
4. Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama walaupun mereka tidak ada rasa gatal.
5. Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Bantu saya untuk #share info penting supaya lebih ramai mak ayah faham tentang kudis buta dan cara merawat dengan betul dan efektif.
Musim ikan siakap kan. Banyak sudah info pasal ikan ini telah dikongsikan. Jom kenal bahagian badan ikan siakap pula
Dan atas permintaan Prof Zulkiflee Abd Latif, saya tambahkan khasiat ikan siakap. Semoga bermanfaant untuk semua.
Ikan siakap sangat kaya dengan sumber protein, selenium, asid lemak penting omega-3, potasium dan vitamin B6, disamping sodium, fosforus, magnesium, vitamin B12, iron, kalsium dan vitamin B1.
Kandungan asid lemak omega-3 yang banyak dalam siakap penting untuk kesihatan jantung dan membantu mengawal kolesterol dalam darah. Selenium pula penting untuk badan menghasilkan antioksidan semulajadi dan hormon thyroid.
Vitamin B6 penting untuk sistem saraf, menguatkan imuniti badan melawan penyakit, dan proses metabolisma badan. Vitamin B12 pula menyokong fungsi sel saraf, penting dalam menghasilkan sel darah merah, dan penghasilan DNA.
Pun begitu, seperti juga dengan makanan lain, makanlah ikan siakap dengan bersederhana. Bergantung kepada lokasi penangkapan dan saiz, ikan siakap boleh jadi pengumpul merkuri.
Juga mengandungi jumlah kolesterol yang signifikan. Maka, usah berlebihan kerana apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Tidak dinafikan ketika melakukan aktiviti senaman, pemilihan pakaian lebih penting bagi memastikan keselesaan ketika melakukan aktiviti riadah.
Sama ada lakukan senaman di luar atau berada di gym antara perkara yang penting ialah memilih pakaian yang sesuai.
Setiap orang pastinya mempunyai kecenderungan tersendiri untuk memilih pakaian yang lebih ketat atau longgar ketika melakukan senaman.
Salah satu perkara yang sering diambil ringan oleh ramai orang ialah memilih pakaian yang selesa, breathable dan memberikan sokongan yang baik. Jadi adakah pakaian lebih ketat atau longgar lebih baik untuk melakukan senaman?
Keselesaan & Elak Kecederaan
Melakukan senaman menggunakan pakaian lebih ketat memberikan sensasi tubuh badan menjadi lebih kompak dan secara tidak langsung memberikan visual bahawa anda lebih kurus. Namun jika melakukan senaman menggunakan pakaian terlalu ketat ia akan menyebabkan aktiviti senaman jadu kurang selesa.
Malah jika ia berlarutan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan. Perkara paling penting dalam memilih pakaian senaman yang sesuai ialah memberikan penekanan di bahagian pinggang, perut dan juga punggung.
Tidak dinadikan pakaian lebih ketat sering menjadi pilihan ramai untuk bersenam kerana ia membuatkan badan anda lebih kompak. Akan tetapi apabila ia terlalu ketat bahagian sekeliling pinggang dan punggung boleh terasa sakit dan berlakunya kecederaan serius. Ia juga boleh menjejaskan aliran darah terganggu di bahagian tersebut.
Untuk atasu masalah ini anda harus pastikan untuk memilih pakaian yang membenarkan anda melakukan pelbagai gerakan dengan selesa. Pakaian yang longgar pula memberikan keselesaan untuk bersenam. Cuma masalahnya ia tidak melekat pada badan lalu membuatkan kita berasa sedikit tidak selesa.
Apa yang paling penting ilah tidak memilih pakaian terutamanya baju yang terlalu menggelebeh. Apatah lagi memakai baju yang saiz lebih besar dari saiz normal anda. Pakain extra loose dan baggy adalah BIG NO!
Pakaian Mengikut Aktiviti Senaman
Melakukan senaman berbeza dalam persekitaran yang juga berlainan menuntut anda untuk memilih pakaian sesuai. Sebagai contoh untuk melakukan larian di kawasan terbuka anda perlu elak memakai seluar yang terlalu ketat dan membataskan pergerakan.
Begitu juga untuk aktiviti yoga di mana ia merupakan senaman berimpak rendah dan lebih relaks. Jadi untuk senaman ini anda bolehlah pilih pakaian yang lebih longgar.
Sebelum melakukan apa-apa aktiviti senaman atau kecergasan, usah terlalu terburu-buru. Pilihlah pekaian yang sesuai kerana bukan sahaja ia memberikan keselesaan tetapi memberikan kualiti senaman yang jauh lebih baik!
Baru pulih dari bedah jantung & masih tak fit. Tapi aksi pocket rocketman masih lagi terpantas! Ramai tahu baru-baru ini pelumba basikal negara kita, Azizulhasni Awang atau digelar pocketrocket Man terpaksa berehat seketika dari sukan berbasikal, kerana memberi tumpuan pada kesihatannya apabila disahkan mempunyai masalah jantung.
Walaupun belum muncul dalam mana-mana kejohanan, Azizul kini hanya melakukan aktiviti rutian biasa dan salah satunya mengayuh basikal dengan jurulatihnya, John Beasly.
Biarpun masih baru pulih dari pembedahan jantung dan belum fit sepenuhnya (dalam peringkat pemulihan), Azizul masih diiktiraf sebagai Pocketrocket Man yang masih berbisa auranya. Ini diakui sendiri oleh jurulatihnya itu setelah mereka sama-sama berentap mengayuh bersama-sama selama dua jam.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Korang ingat lagi tak cerita kayuhan terserempak dengan Mat Salleh tu? Sebenarnya nama dia bukan Salleh pun, tapi nama dia adalah John Beasley. Dan dia adalah jurulatih saya. Maaf bukan nak troll korang tapi saja nak bagi plot twist skit.
Disebabkan lama tak jumpa kerana John sudah berkampung di Malaysia dari awal tahun lagi, jadi bila sampai di Malaysia je, saya terus pergi berjumpa dengan beliau. Seperti biasalah, kami berdua jenis tak suka membuang masa begitu sahaja jadi kami buat pengisian perjumpaan itu dengan kayuhan selama dua jam sambil-sambil berborak. 2 in 1 kata orang.
Disebabkan lama tak jumpa tu, punyalah excited si John ni dapat berjumpa dengan saya, dia bercakap tak berhenti. Bercakap je sepanjang kayuhan tu, macam-macam cerita dia kongsikan. Kadang-kadang tu saya saja naikkan pace kayuhan, tapi dia naikkan gear untuk catch up dengan pace saya pulak. Macam mana ni?
Jadi saya perlu mengeluarkan senjata rahsia saya. Apa yang saya buat adalah bila melalui kawasan berbukit, apalagi.. ATTACK!!! Hahahaa. Gambar yang saya share sebelum itu adalah ketika berkayuh menaiki bukit dan John tengah mengah abis.
Bukan kejam saudara saudari sekalian, tapi masa ni lah nak ajar dia sikit, kalau kat dalam velodrome tu, saya pishang terbongkang termuntah macam mana sekalipun, dia mesti buat muke seposen dan cakap ‘we’re still doing five set’. Maksudnya tak ada potongan dengan set yang kitorang sepatutnya buat walaupun melihat saya didalam keadaan terseksa sebegitu. Susah nak bagi diskaun wehhh. Kupik bangaaa!
Tapi sebenarnya melihat kepada sudut yang positif memang baguslah mentaliti muka seposen dia tu dan disebabkan itulah saya berada di mana saya berada pada hari ini. Tapi misi balas dendam tetap balas dendam lah hahaaha.
Dan saya tak cerita lagi dekat korang pada awalnya sebelum kami nak mulakan kayuhan tu. John dengan konfiden level dewanya bagitahu yang dia akan tinggalkan saya dalam latihan kayuhan harini, maklumlah saya baru pulih dari pembedahan jantung dan baru mula berkayuh, masih belum fit. Jadi selepas berkayuh selama dua jam dan diisi dengan perbualan dan adegan cubaan membelasah sesama sendiri, John pun akur.
‘You still got it mate’ kata John kepada saya.
‘Of course, i’m the pocketrocket!’ balas saya.
John pun membalas ‘Alright it’s my shout for our coffee today’.
Kedua-duanya gembira.
Untuk info, Azizulhasni merupakan pemenang pingat Perak di Olimpik Tokyo 2020, disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.