Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Ads
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Tangan Kebas, Sakit Menyucuk
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
Ads
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Ads
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Rupanya Sindrom Capal Tunnel
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya
Rupanya hampas teh bila digaul dengan yogurt asli, boleh dijadikan skrub muka untuk hilangkan parut dan juga kecutkan jerawat.
Haaa… jom lihat perkongsian daripada Nurul Balqis di laman Facebooknya! Ramai yang sudah mencuba dan berpuas hati dengan hasilnya.
Hampas Teh Dan Yogurt Hilangkan Parut Jerawat, Amal 2 Minggu Pun Dah Cun!
Ini petua hilangkan parut dan kecutkan jerawat secara semula jadi dengan mudah dan cepat. Hanya dengan menggunakan hampas teh hijau dan campuran yogurt asli sahaja.
Selepas 2 minggu lebih amalkan, alhamdulillah, berjaya hilangkan parut baru dekat muka ni. Antara kebaikan hampas teh hijau dan yogurt:
– Muka terasa lembap dengan kebaikan yogurt yang bertindak sebagai pelembap dan cerah secara semula jadi
– Hampas teh dan yogurt ni, kedua-duanya boleh membantu tanggalkan sel kulit mati. Masa inilah, parut baru akan hilang. Parut di muka, tak sampai dua minggu pun dah hilang.
– Selain tu, kedua-duanya juga dapat merawat jerawat dan mengecutkan jerawat dengan cepat. Jerawat dekat muka satu malam je dah kecut.
– Bukan itu saja, tapi boleh juga hilangkan gelap bawah mata.
– Dan yang paling penting, kedua-duanya bertindak sebagai anti-aging. Melambatkan proses kulit berkedut.
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Sedikit air panas
– 5 uncang teh hijau. Guna cap Boh – beli di sini
– Yogurt asli – beli di sini
Air panas ini untuk buat rendam uncang teh hijau tu dulu, sebab nk ambil jus teh hijau sikit nanti. Air letak sedikit saja, biar ngam-ngam dengan 5 uncang teh.
2. Rendam dalam 1 min. Kemudian, bila uncang teh dah serap semua air tadi, perahkan semula uncang itu, sampai keluar jusnya.
3. Uncang tadi koyakkan, lepastu ambil hampas dia masukkan dalam air tadi. Hampas inilah, kita nak guna untik scrub dan tempek dekat muka nanti.
4. Ambil yogurt satu sudu kecil, kemudian gaul smpai rata.
5. Inilah hasilnya. Dah siap! Sekarang boleh scrub dan tempek dekat muka yang bermasalah itu.
Nampaknya, selepas ini anda tak ada rasa membazir bila guna uncang teh kejap. Boleh jadikan masker untuk hilangkan parut. Menarik, bukan? Jangan lupa cuba amalkan ya!
1. Perah air lemon dan campur bersama oatmeal dan mayonis
2. Gaul sebati
3. Bersihkan muka dengan air dan oles kan masker pada muka biar sekata.
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Dah siap. Boleh lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Mayonis kaya dengan telur membantu menganjalkan dan flawless pada kulit. Oatmeal bantu serap minyak dan menanggalkan sel mati. Lemon bantu cerahkan kulit wajah.
Senangkan nak awet mudah cerah berseri. Ikut sahaja semua langkah ni. Jom kongsi, supaya ramai wanita cantik berseri tanpa perlu mekap tebal.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya kuku rosak pun berkait dengan masalah kesihatan kita, sama ada bertompok putih, merah atau rapuh, setiap satunya ada maksud tersendiri.
Cuba semak kuku anda dan perhatikan adakah ada berkait seperti yang dinyatakan. Haa… kalau terjebak sama, anda boleh jumpa doktor pakar untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.
Kuku Rosak Petanda Ada Penyakit, Cuba Semak!
Ini antara masalah kuku rosak yang berkait dengan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan dalam portal Hello Doktor, semak ya.
Kuku rapuh
Kuku yang kering, rapuh atau kerap patah ini menunjukkan tanda masalah kesihatan iaitu penyakit tiroid. Dan kuku retak atau terbelah dengan warna kuning pula, menunjukkan jangkitan kulat.
Kuku beralun
Kuku beralun dengan garis menegak atau beralun pula, menunjukkan masalah kesihatan buah pinggang dan tulang. Manakala permukaan kuku bergelombang atau berlubang pula, boleh menjadi tanda psoriasis atau athritis.
Jalur menegak disertai perubahan warna kuku adalah tanda anemia. Garisan mendatar menunjukkan penyakit seperti buah pinggang.
Berbintik putih
Jika ada bintik-bintik putih di kuku, boleh menjadi tanda bahawa badan kamu kekurangan zink dan kalsium. Tak bahaya, cuma kamu perlu tingkatkan tahap pengambilan nutrisi untuk elak masalah kesihatan lain pada masa akan datang.
Pucat atau kuning
Kuku pucat mencerminkan masalah kesihatan yang melibatkan hati, buah pinggang atau jantung. Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.
Kuku kuning pula dikaitkan dengan masalah bronkitis kronik, tiroid, paru-paru, diabetes atau psoriasis.
Ada garisan hitam
Garisan hitam di kuku boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti trauma atau tersepit pintu. Dan keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti melanoma atau kanser.
Kalau perasan garisan hitam ini sudah berada di kuku terlalu lama, cepat-cepat dapatkan nasihat dan pemeriksaan okay?
Tiada bentuk bulan sabit
Siapa yang ada bentuk bulan sabit berwarna putih di kukunya, bermakna dirinya adalah sihat. Tapi kalau tiada, ia membawa maksud badan kamu kekurangan zat, kemurungan atau anemia.
Sila jumpa dengan doktor kalau kuku nampak merah dan alami simptom seperti pening, gelisah atau sakit kepala.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!