Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita.
Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya.
Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.
PUNCA-PUNCA
Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ‘retrograde menstruation’ atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.
TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS
1. Haid yang banyak dan tidak teratur
2. Senggugut (sakit semasa haid)
3. Sakit semasa hubungan seks
4. Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
5. Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil
Bagaimanapun ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom. Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait dengan pertumbuhan endometriosis.
Terdapat wanita yang tidak merasa sakit walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.
Ads
Sewaktu haid, ketumbuhan endometriosis juga akan gugur seperti mana lapisan uterus gugur sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid.
Bagaimanapun, tidak seperti lapisan uterus, ketumbuhan ini tidak akan keluar dari tubuh badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, ketumbuhan ini akan mengecil dan kesakitan akan berkurangan.
UJIAN PEMERIKSAAN
1. Pengimejan
Penggunaan mesin ultrasound, CT-scan dan Magnetic Resonance Imaging(MRI) hanya berguna pada kes yang telah teruk. Ini kerana mereka hanya mampu melihat perlekatan diantara organ bahagian pelvik disebabkan endometriosis tersebut. Ia tidak mampu memeriksa mengesahkan kehadiran endometriosis yang kecil.
2. Pembedahan
Bedah dan lihat merupakan satu cara untuk benar-benar mengesahkan kehadiran penyakit endometriosis. Tetapi pembedahan hanya akan dilakukan jika risau akan kewujudan penyakit lain seperti kandungan di luar rahim, appendicitis dan beberapa penyakit lain.
Ads
Sebagai contoh pembedahan dijalankan untuk rawat penyakit appendicitis, tetapi terjumpa endometriosis. Ketika pembedahan, organ ataupun tempat yang terlibat dengan endometriosis akan kelihatan seperti serbuk yang berwarna biru kehitaman.
RAWATAN
Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk :
1. Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
2. Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang di masa depan
3. Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
4. Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya
Rawatan bagi endometriosis adalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol.
Ads
Pilihan rawatan perubatan yang terbaru adalah analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan suntikan yang diambil setiap bulan atau tiga bulan bagi mengawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan ‘menopause-induced’. Tempoh masa yang diberikan boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.
Rawatan pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa. Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan.
Ia juga boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan sebelum ini teah menemui kegagalan.
Penyakit endometriosis memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.
KOMPLIKASI
Kesan sampingan daripada rawatan dengan suntikan GnRH ini termasuklah rasa panas dan tidak selesa (‘hot flushes’), kurang keinginan nafsu syahwat (libido) dan kekeringan vagina. Terapi rawatan mungkin menyebabkan sedikit kerapuhan tulang tetapi keadaan ini akan berkurangan atau sembuh selepas habis rawatan.
Namun harus diingatkan dan dijelaskan bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini serta tidak merancang untuk hamil.
Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda.
Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapnya.
Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanitaumur 40-an.
Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Adenomyosis
Berkeping-keping tumbuhan dan merosak hampir semua tisu-tisu otot rahim.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Fibroids
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
Fibroid, bulat tumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain.
Fakta Penting
Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakperempuan ada risiko. Berwaspada!
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk mengesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Jadi sangat penting mengambil pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
Mari kita amalkan tabiat makan yang terbaik, mulakan dari anak-anak kecil lagi.
Tak susah pun nak dapatkan kulit glowing, yang penting jangan pilih jalan pintas dengan menggunakan produk merkuri yang akhirnya buat kulit muka rosak teruk.
Ini ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami yang ada di rumah. Kira jimat dan selamat!
Cara Dapatkan Kulit Glowing Tanpa Guna Produk Merkuri
Amalkan minum segelas jus lemon bagi membantu menyingkirkan toksin, jadi anda cuba elakkan minuman yang ada kafein. Badan kita memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen, sejenis protein yang baik untuk kulit.
Air pula penting untuk membuatkan badan kekal terhidrat. Jika kita minum air yang cukup, kulit akan jadi lebih lembap dan sihat. Pengambilan air yang kurang akan buatkan wajah menjadi kering dan lesu. Anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Sebagai permulaan, cuba amalkan minum air lemon suam ketika anda baru bangun tidur.
Sapukan perlahan-lahan campuran madu serta lemon ke wajah biar selama 10 minit dan bilas.
Campurkan minyak kelapa serta madu, sapukan pada muka dan biar selama 15 minit sebelum dibersihkan dengan air suam.
Sapukan campuran strawberi yang telah dilecek bersama beberapa titik madu ke muka dan selepas 20 minit bilas dengan air sejuk.
Campurkan yogurt, madu serta pisang lecek kemudian sapukan ke muka dan bilas selepas 15 minit.
Rendam kapas muka di dalam jus nanas segar, kemudian sapukan dimuka dan biar kering sebelum dibersihkan.
Selain memperbaiki punca-punca masalah kulit, petua-petua ini juga boleh kulit anda cantik secara semula jadi tanpa perlu mekap tebal.
Cara lain yang kita boleh lakukan adalah menambah rutin penjagaan wajah supaya kulit lebih flawless serta glowing adalah dengan memakai skincare yang selamat dan berkesan.
Belajar ambil tahu bahan-bahan yang selamat untuk kulit wajah dan elakkan yang ada racun dalam produk!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!