Seperti yang kita maklum, Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 telahpun mula dilaksanakan secara berperingkat.
Justeru kita digalakkan untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk mendapat dos suntikan pertama seperti dijadualkan.
Namun begitu, sebelum menerima suntikan ini, terdapat etika berpakaian bagi memudahkan urusan.
Perlu diingatkan, mangan sesekali ketika datang menerima suntikan, anda pakai pakaian yang sukar dan mengambil masa petugas nanti.
Ads
Sebaliknya pilih baju yang bersesuaian dan tidak mengambil masa lama dalam mendldahkan baju untuk disuntik.
Oleh demikian, baru-baru ini Public Health Malaysia melalui Facebook rasmi mereka turut berkongsi cara-cara berpakaian bagi memudahkan kita untuk menerima suntikan vaksin. Antaranya adalah seperti :
Ads
Perkara ini nampak remeh tetapi sangat penting untuk memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin!
Bayangkan jika anda hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat dengan tudung lilit 360’ serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk anda mendedahkan bahagian bahu untuk menerima vaksin.
Ads
Untuk lelaki, anda mungkin terpaksa mendedahkan dada bidang jika mengenakan kemeja lengan panjang yang ketat.
Untuk Lelaki/ wanita – Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa. T shirt/ kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai
Untuk wanita berhijab – Rancang untuk mengenakan pakaian 2 lapis dengan 1 pakaian longgar lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar.
*Jangan bimbang, bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki.
Ramai sangat yang berniat nak kurus dalam masa yang singkat tetapi masih gagal kawal nafsu makan dan kurang rajin bersenam.
Menurut perkongsian daripada saudara Ahmad Anwar, anda kena fahamkan penurunan berat bukan ada tarikh luput. Ia adalah perubahan habit.
Kita jadi gemuk pun disebabkan perubahan habit sebenarnya. Kita makan tanpa kawalan dan gagal kawal.
Nak kurus juga perlu ubah habit. Mana boleh kita ubah habit yang sudah jadi kebiasaan kita dalam tempoh singkat? Ia perlukan latihan dan kecekalan.
Apa habit yang perlu berubah?
1. Makan dalam portion yang betul dengan mencukupkan makro nutrisi (seimbang)
2. Cukupkan keperluan protein harian
3. Pilih snacking yang sihat
4. Makan benda yang mempunyai nutrisi yang baik, volume yang besar tetapi rendah kalori
5. Bersenam berkala 3-5 kali seminggu
Turun berat badan bukan mesti kurus pun. Ada saja yang kongsi berat turun sampai 20kg, tapi inchloss tak seberapa pun. Gambar tak banyak berbeza.
Sebab apa?
Sebab yang turun bukanlah lemak. Yang turun hanyalah angka atas penimbang disebabkan kehilangan air, otot dan sebagainya.
Ada pula yang kurus tapi nampak sakit. Sebab otot susut dan tidak bersenam. Muka nampak cengkung bila otot susut dan kita akan nampak lebih tua dari usia.
Percayalah… saya dah lalui semua fasa tersebut. Usah dikejar angka penimbang laju turun. Hasilnya hanyalah penipuan kepada diri sendiri.
Moga mereka yang mulakan perjalanan kurus sihat ini, melaluinya dengan penuh sabar dan dengan cara yang sihat dan boleh kekal selamanya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah wanita yang hidup dalam tekanan kerana bulu-bulu halus seperti misai tumbuh di atas bibir. Kurang selesa jadinya!
Keadaan ini menyebabkan mereka malu untuk menonjolkan diri sehingga sukar untuk berkenalan dengan lelaki dan bertemu jodoh.
Bagi kaum Hawa yang berdepan masalah itu, apa kata cuba tiga petua mudah yang dikongsi menerusi laman Facebook Sis Beautysecret.
Campur satu sudu serbuk kunyit dan satu sudu susu untuk membentuk pes. Sapu pes pada bahagian atas bibir dan biarkan kering, kemudian baru dibilas.
Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.
Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit, baru tanggalkan masker tersebut. Lakukan empat kali seminggu.
Campurkan 10 mililiter (ml) jus lemon, 150 ml air, dengan 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat.
Sapukan pada bahagian muka dan biarkan sampai kering dalam 15 minit. Peel off dan bilas dengan air bersih.
Paling penting, kaum Hawa dinasihatkan agar tidak mengambil jalan pintas dengan mencukur misai kerana khuatir ia akan tumbuh lebih lebat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah atau tidak tiba-tiba saja anda diserang sesak nafas hingga menyebabkan dada terasa sempit. Jika situasi ini berlaku apa yang perlu dilakukan.
Perkongsian dari Dr Zubaidi Ahmad memberitahu sebab terjadinya sesak nafas dan cara rawatan terbaik mengubatinya.
Sesak nafas mempunyai pelbagai punca. Mereka yang mengalami sesak nafas selalunya akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Akan ada yang mengatakan susah untuk menarik nafas, ada pula yang mengatakan dadanya ditekan kuat hingga menyusahkan ia untuk menarik nafas dan ada juga yang mengatakan dadanya sakit.
Berikut adalah antara punca-punca yang menyebabkan sesak nafas :
Penyakit jantung koronari atau “acute coronary syndrome” merupakan spektrum termasuk serangan jantung. Ini adalah keadaan di mana saluran darah arteri yang membawa oksigen ke organ jantung sudah terlalu sempit. Apabila saluran ini sempit dan jantung akan rasa sakit.
Tahap pertama dalam spektrum ini adalah “angina” di mana sekatan di arteri tersebut masih membenarkan darah berlalu maka anda hanya akan sakit dada tetapi jantung tidak mengalami kerosakan. Serangan atau sakit jantung merupakan tahap terakhir dalam spektrum ini di mana organ jantung akan mengalami kerosakan.
Fungsi paling penting jantung adalah untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan bahan lain bagi organ-organ di seluruh badan. Ini adalah situasi di mana jantung tidak berada di prestasi yang optimum. Antara tanda yang anda akan alami ialah sesak nafas, batuk, kaki bengkak dan rasa lesu.
Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat. Antara perkara yang boleh menyebabkan asma adalah alahan. Antara perkara biasa yang mungkin punca alahan adalah habuk, bulu binatang seperi kuncing atau anjing, cuaca sejuk, pencemaran udara, senaman, stres.
“Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan. Ini menyebabkan sekatan dalam pernafasan dan membawa kepada simptom seperti sesak dan batuk. Penyebab utama ini adalah tabiat merokok tetapi pencemaran udara juga memainkan peranan.
Dalam jangkitan paru-paru, kuman akan menyebabkan keradangan dalam kawasan alveolar. Keradangan ini akan menyebabkan cecair terkumpul di dalam kawasan tersebut. Alveolar merupakan kawasan pertukaran gas. Apabila ia dipenuhi air, gas oksigen akan lebih susah untuk diserap masuk ke dalam salur darah.
Perkara ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan bernafas dengan lebih laju.
Paru-paru manusia ditutup oleh dua lapisan dan terdapat ruang di antara dua lapisan ini. Pneumothorax adalah penyakit di mana terdapat kebocoran pada lapisan luar paru paru dan menyebabkan udara masuk dan menghimpit paru-paru.
Masalah ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Pneumothorax boleh disebabkan oleh kecederaan seperti tikaman atau patah tulang rusuk, penyakit seperti COPD atau terjadi tanpa sebab.
Ini adalah jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis secara amnya. Kebanyakan jangkitan terjadi di paru-paru tetapi boleh juga membabitkan tempat lain seperti nodus limfa, lapisan otak, tulang, sendi dan bahagian abdomen. Antara gejala individu yang menghidap penyakit TB adalah batuk jangka panjang, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, hilang berat badan, demam, berpeluh pada waktu malam, hilang selera dan lesu.
Kanser paru-paru mempunyai banyak gejala yang sama dengan penyakit TB dan imbasan x-ray boleh membezakan antara kedua-dua penyakit ini dan jika tidak, terdapat pemeriksaan lain yang boleh dibuat. Antara faktor yang memberi risiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah merokok, pendedahan kepada asbestos dan pencemaran udara.
Ini adalah keadaan di mana terdapat darah beku di saluran darah pulmonari arteri. Antara faktor yang menaikkan risiko penyakit ini adalah kanser dan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama seperti mana berlaku apabila seseorang patah kaki.
Alahan boleh menjadi penyebab penyakit asma tetapi terdapat juga alahan yang membawa kepada situasi berbahaya iaitu “anaphylaxis”. “Anaphylaxis” amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Simptom termasuk sekatan nafas, bengak bibir dan tekak, tekanan darah rendah dan ruam yang gatal.
Jika terdapat kecederaan ke tulang rusuk, rasa sakit akan akan menyebabkan anda tidak menarik nafas sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa kepada “lung collapse” di mana paru-paru tidak kembung seperti yang sepatutnya.
Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi. Haemoglobin adalah komponen darah yang membawa oksigen. Jika haemoglobin terlalu rendah, anda akan rasa sesak nafas kerana tidak cukup oksigen.
Anemia mempunyai banyak penyebab termasuk pendarahan yang berlebihan(contoh adalah haid bagi wanita) dan pemakanan yang tidak mengandungi cukup zat yang diperlukan.
Penyakit gastrik iaitu penyakit yang melibatkan penghasilan jus gastrik yang bersifat asid lebih daripada biasa akan menyebabkan keradangan dibahagian perut.
Ini juga akan menjadi salah satu penyebab pesakit merasa sakit dada dan juga sesak nafas kerana saraf yang bersambung kepada kawasan dada dan perut ini adalah berasal daripada saraf yang sama
Dalam penyakit ini, asid dalam perut boleh ditolak balik naik ke saluran esofagus. Perkara ini akan menyebabkan sakit di bahagian dada dan jugak sesak nafas terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan baring.
• Bernafas laju
• Pernafasan yang berbunyi (wheezing)
• Kuku dan bibir menjadi biru
• Muka menjadi pucat
• Berpeluh dengan banyak
Untuk mengenal pasti punca sesak nafas, beberapa pemeriksaan akan dijalankan oleh petugas perubatan. Antaranya ialah :
1. Pengambilan darah: Untuk mengetahui bilangan sel darah, kandungan oksigen dalam darah berserta bacaan protein yang terhasil ketika serangan sakit jantung berlaku
2. X-ray dada: X-ray ini boleh melihat keadaan paru-paru dan juga jantung
3. Elektrokardiogram: Mesin ini dapat mengesan gelombang jantung yang tidak normal
4. Echocardiogram: Pemeriksaan yang menggunakan teknik “ultrasound” untuk melihat degupan jantung dan tisu paru-paru.
Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub. Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit.
Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.