Adakah apa-apa kesan sampingan sekiranya makan durian selepas mengambil vaksin covid19? Ada apa-apa makanan yang perlu dielakkan sejurus selepas ambil vaksin? Terima kasih
Jawapan:
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah terdapat kesan sampingan makan durian selepas suntikan vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Ads
Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Manakala untuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang menyebabkan anda mengalami masalah alahan adalah tidak dibenarkan.
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang laporan mengenai sebarang kesan sampingan makan durian selepas individu disuntik vaksin.
Kami menasihatkan anda untuk mengelakkan ataupun mengurangkan pengambilan buah ini bagi tujuan langkah berjaga-jaga.
Ads
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan samada buah ini dibolehkan ataupun tidak selepas anda disuntik vaksin. Dibimbangi kandungan buah ini akan mengganggu keberkesanan vaksin didalam badan .
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Nak cantik cara jimat, boleh cuba masker asam jawa yang dicampur dengan tepung beras pada muka anda. Petua daripada Rubiey Redzuan ini dikatakan dapat menghilangkan beberapa masalah kulit.
Menurut wanita ini, dia pun baru tahu betapa mujaratnya petua kecantikan kali ini. Kongsinya lagi, sebelum ini dia ternampak ada seorang perempuan yang kulitnya berparut berkongsi petua ini sampai hilang dan licin.
Dalam hatinya terdetik, “…boleh cuba ni, sebab muka aku pun ada lah sikit parut jerawat. Mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.”
Terkejut dengan hasilnya, selepas pakai masker ini, parut jerawat pudar, jerawat kecut, muka cerah, jadi putih lah senang cakap. Bila sentuh pipi pula, ya Allah lembutnya, macam sentuh pipi baby.
Namun dalam posting perempuan itu, dia guna bedak sejuk. Tapi kat rumah ni mana ada bedak sejuk. Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik, saya hentam tepung pulut je.
Alah, bedak sejuk pun dari beras juga, cuma cara penghasilan itu lain dari bedak sejuk. Bagi sesiapa yang nak cuba hilangkan masalah parut di wajah, boleh cedok petua ini dah amalkan ya.
Masker Air Asam Jawa
Bahan-bahannya:
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji dan kemudian masukkan tepung pulut. Kacau dan kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
Lepas itu, boleh lah sapu ke muka. Hah, sebelum pakai baca bismillah dulu. Ketika sapu tu, selawatlah ke atas nabi Muhammad S.A.W tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.
Bila dah kering, boleh cuci muka dan rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara Cantik Adira Suhaimi, Patutlah Kulitnya Gebu Sungguh! | Ramai sangat golongan wanita yang obses untuk menjadi putih.
Nak-nak pula zaman sekarang, terdapat lambakan produk pemutih di pasaran berasaskan makanan tambahan dan krim. Malahan ada yang berani sanggup cucuk muka untuk jadikan kulit putih gebu.
Terbaca di portal Gegar tentang kisah antara artis Malaysia yang dikatakan mengambil suntikan untuk putih ialah Adira Suhaimi.
Namun menurut Adira, dia tidak memerlukan suntikan pada wajahnya, sebaliknya mengamalkan 5 cara ini untuk kekalkan kecantikan.
Krim pelembap sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekali gus kulit anda akan kekal cantik. Memang nampak Adira rajin pakai skincare yang dia selalu kongsikan di laman Instgram.
Tetapi kalau anda pernah tengok videonya dengan anak perempuanya, Anggerik, semua kelakar. Kecil-kecil dah pandai beli jiwa! Itu salah satunya, mewarisi seni daripada ibunya.
Apa yang kita makan, mencerminkan kesihatan kulit. Jika cantik kulit anda, bermakna pemakanan anda sihat. Jika kulit anda bermasalah, cuba lihat gaya pemakanan anda. Bagi yang ada alergik, elakkan makan makanan tersebut.
Air kosong bukan saja untuk elakkan dehidrasi, malah sangat penting untuk kelembapan kulit. Jika badan kita cukup air, kulit akan jadi lebih sihat, lembap dan bercahaya.
Ikuti diet sihat, dan amalkan makan buah-buahan.
Buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan kulit. Buahan yang kaya dengan vitamin C menjadikan kulit cantik sekaligus mencerahkan kulit.
Tak semua orang mempu buat rawatan di Spa, tapi boleh je kalau buat sendiri di rumah.
Hah, untuk anda yang nak berkulit putih, tak perlulah risikokan diri sampai nak cucuk bagai. Cukup anda amalkan skincare yang selamat atau amalkan petua tradisional.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak cuci muka pun ada caranya, malah kalau silap gaya memang kulit akan jadi rosak. Sebagai seorang wanita, kecantikan kulit wajah sangat dititik beratkan.
Tidak sempurna dan lengkap penjagaannya jika tidak dimulai dengan step membasuh muka dan seterusnya.
Namun begitu, walaupun wajah dicuci bersih setiap hari, tetapi tetap kelihatan kusam dan lebih memeningkan timbul jerawat. Adakah cara cucian wajah tidak betul atau penggunaan produk tidak bersesuaian dengan kulit.
Sebenarnya, kesalahan mencuci wajah juga boleh menyebabkan kulit bermasalah serta merosakkan kulit. Jadi bagi mengelakkan wajah menjadi kusam, elakkan 12 kesalahan ini ketika anda mahu mencuci muka.
Elak 12 Kesalahan Waktu Cuci Muka
1. Cuci Muka Dengan Tapak Tangan Kotor
Jika anda membersihkan wajah tanpa membersihkan telapak tangan terlebih dahulu, sama saja anda sedang memindahkan semua kotoran dan bakteri yang ada di telapak tangan ke wajah. Maka pastikan untuk membersihkan telapak tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan wajah.
2. Pakai produk Tidak Sesuai Dengan Kulit Wajah
Pemilihan produk yang sembarangan dan tidak sesuai dapat menimbulkan masalah kulit wajah seperti minyak berlebih, flek hitam, jerawat, dan lain sebagainya. Oleh kerana itu, anda harus mengenali jenis kulit dulu sebelum mencari produk cuci wajah yang sesuai dengan kulit wajah. Pembersih muka yang baik dapat menghilangkan sisa solekan, debu yang melekat, dan menghilangkan kotoran pada wajah. Inilah kesalahan utama saat mencuci muka menggunakan sabun tidak bersesuaian.
3. Guna Suhu Air Yang Salah
Sebahagian besar anda menggunakan air panas untuk membuka pori-pori dan air dingin untuk menutup pori-pori. Namun, sebenarnya pori-pori tidak memiliki otot untuk membuka dan menutup sehingga tidak perlu melakukan hal ini dengan menggunakan air panas, dapat membuat kulit muka iritasi dan kering. Tinggalkanlah kebiasaan ini dan gantilah dengan cara mencuci wajah yang benar iaitu menggantikan air dingin dengan air hangat agar lebih sesuai untuk kulit wajah.
4. Terlalu Kerap Cuci Muka Atau Lakukannya Sekali Sehari
Mencuci muka dengan lebih kerap, lebih dari tiga kali sehari. Sebaiknya cucilah hanya dua kali sehari, iaitu sebelah pagi dan malam. Melakukan pencucian wajah terlalu kerap dapat menipiskan kulit wajah.
5. Asyik Lakukan Skrub Pada Wajah
Dinasihatkan melakukan skrub hanya satu hingga tiga kali seminggu. Jangan lakukannya secara berlebihan dan menggosok skrub tanpa kaedah yang betul. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi iritasi, nipis, infeksi dan kering. Sekaligus akan dapat menyebabkan jerawat timbul pada kulit wajah.
6. Bilas Wajah Dengan Cepat
Jika kita lakukannya dengan cepat, tidak akan hilangkan minyak pada wajah. Sepatutnya luangkan masa selama dua minit dengan menggosok secara betul. Berikan urutan lembut pada bahagian dahi dan hidung yang biasanya lebih banyak mengeluarkan minyak.
7. Pakai Produk Mengandungi Bahan Kimia
Berwaspada dengan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia harus agar tidak salah dalam memilih produk cuci muka. Lihatlah dulu kandungan dari produk tersebut apakah kandungannya selamat dari bahan pewarna, wangian, dan kimia. Hindari pemilihan dengan kandungan pH yang tinggi, sodium lauril sulfat atau SLS. Kedua bahan ini dapat berisiko untuk terjadinya iritasi dan reaksi alergi pada kulit wajah.
8. Tidak Memakai Face Oil
Ahli dermatologis dan kecantikan menjelaskan bahawa penggunaan minyak sesuai dengan semua jenis kulit dan umumnya, minyak akan larut jika bertemu sesama minyak. Oleh kerana itu, dengan adanya minyak ini akan memecah bakteria dan kotoran penyebab jerawat yang sering timbul pada wajah berminyak. Selain itu, kelembapan kulit juga akan terjaga sehingga akan terjadi keseimbangan kadar pH pada kulit wajah.
9. Elak Gosok Muka Dengan Kuat Bila Pakai Masker
Jangan sesekali menggosok muka dengan kuat ketika memakai masker. Terutama pada kulit keting kerana dapat mempengaruhi ketegangan kulit wajah. Tunggulah wajah mengering sendiri setelah mencuci muka atau anda boleh menepuk-nepuknya sahaja dengan kain bersih.
10. Pilih Produk Sesuai, Mahal Tak Semestinya Bagus
Ramai beranggapan penggunaan produk mahal akan memberi kesan lebih baik pada kulit wajah. Namun jangan terpedaya dengan strategi marketing setiap produk dijual. Uji dulu kesesuaian sesuatu produk dengan membeli sample atau kecil dulu. Lihat hasilnya dan jika sesuai barulah membeli yang lebih besar. Boleh juga menggunakan pembersih dengan bahan alami dan kandungan yang bermanfat dalam jangka panjang, seperti moisturizer dan serum vitamin.
11. Cuci Wajah Tanpa Bersih Solekan
Jika anda masih menggunakan solekan pada wajah seharian, maka anda harus membersihkannya. Sebelum mencuci muka, anda harus menghapus solekan terlebih dahulu dengan pembersih atau make up removal. Membersihkan dengan make up removal akan membantu kita untuk membersihkan solekan yang menempel pada pori-pori kulit wajah.
12. Guna Tuala Kasar Boleh Sebabkan Kerengsaan
Setelah membersihkan wajah jangan menggunakan tuala dengan bahan yang kasar, hal ini boleh mengakibatkan wajah kegatalan. Gunakan tuala khusus untuk wajah yang berbahan lembut.