Antara serangga kecil yang sering kita jumpa di persekitaran rumah adalah semut. Walaupun kecil tetapi jika jenis yang menggigit boleh jadi merah dan bengkak pada kulit.
Tak tahan melihat gelagat serangan kecil ini mengerumuni makanan, pantas kita akan membunuhnya dengan racun semburan semut.
Namun tahukah kita, ada antara racun semut ini tidak boleh digunakan kerana mengandungi bahan beracun Mirex yang tidak dibenarkan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial, Public Health Malaysia megingatkan orang ramai agar tidak menggunakan racun semut jenis Shang Jia Ant Clean yang banyak dijual di pasar malam atau jualan online.
Racun ini mengandungi Persistent Organic Pollutant- POP dan boleh berada dalam tubuh untuk jangka masa yang sangat lama.
Kesan racun ini boleh mengakibatkan simptom loya, muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan, degupan jantung yang tidak sekara.
Ads
Ia juga sangat toksik kapad manusia dan berbahaya kepada alam sekitar. Malah seseorang juga boleh didenda hukuman 1 tahun penjara atau denda sebanyak RM10,000 jika memiliki racun semut jenis ini.
Bahaya Racun Semut Untuk Kesihatan
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online.
Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
Ads
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama
Jika anda ada masalah stretch mark di bahagian mana-mana tubuh, boleh cuba menggunakan dua produk ini.
Menurut Puan Asrasha Salman, best sangat pakai waktu mengandung dan selepas bersalin. Katanya, semasa hamail, stretch mark tak begitu banyak. Tetapi lepas bersalin, muncul jelmaan ‘petir’ di perut dan peha.
Seperti yang anda tahu, kalau hamil memang susah sangat nak elak stretch mark. Sebab perut merenggang dan membesar. But what you can avoid them for being happen is this:
Habis Licin Masalah Stretch Mark Sapu Dua Barang Baik Ini, Berkesan!
1) Sapu Cocoa butter massage losyen
The texture very creamy and long lasting! Walau anda pakai pada waktu malam sahaja pun, sangat membantu, its a creamy based and not water based which helps you prevent stretch marks.
Losyen ini anda boleh sapu pada waktu siang dan malam selepas mandi ya.
2) Skin therapy oil
Semua bahan dalam skin therapy oil sangat bagus untuk pudarkan parut, stretch mark, kulit kering, kulit rosak, tona tak sekata dan penuaan. Yang paling penting, Dermatologist tested.
Selalu pakai sebelum tidur. Bila bangun rasa kulit lembut sangat.
Suka sangat palmers punya range sebab affordable dan banyak good reviews.
Haa.. jadi anda yang tengah hamil, jangan lupa setiap hari di perut dan peha untuk elak ‘petir’ menjelma. Walaupun perut belum besar, teruskan sapu dari peringkat awal.
Selamat bercantik-cantik untuk tubuh badan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah hampir dua tahun kita berdepan dengan masalah pandemik Covid-19, pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang virus ini daripada terus merebak.
Selain mendapatkan suntikan dos vaksin dan penggalak, rupanya kini kita juga kini sudah menerima kira-kira 48,000 stok ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer bagi merawat jangkitan virus Covid-19.
Perkara ini diberitahu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Menurutnya ubat itu disyorkan bagi rawatan pesakit COVID-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
“Ia (ubat) juga sesuai untuk golongan usia berkenaan yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.
“Ubat ini juga bukan bertujuan sebagai pengganti vaksin COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan,” katanya yang berkata penggunaan ubat Paxlovid adalah satu lagi senjata bagi melawan COVID-19 sebagai ubat antiviral untuk aspek rawatan wabak itu.
“Ubat ini akan diberikan segera selepas seseorang individu dikesan positif COVID-19 dan dalam tempoh lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum,” katanya lagi.
Dan ini antara info yang perlu diketahui mengenai ubat antiviral Paxlovid sebelum menggunakannya.
Paxloid adalah ubat antivirus untuk rawatan penyakit
Ini cara pengambilannya, pada waktu siang & malam
Tetapi sebelum ambil, kena pastikan anda maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi sekiranya …
Kenal pasti kesan sampingan Paxlovid ini, antaranya alami muntah, cirit-birit
Ini pula anda perlu buat jika ada lebihan Paxlovid
Bagaimana pula jika terlupa pengambilannya
Pastikan simpan ubat Paxlivid ini dengan cara penyimpanan yang betul