Setiap kali masuknya bulan puasa, aktiviti paling seronok dan ditunggu adalah membeli juadah di bazar Ramadan.
Pelbagai makanan yang tersedia dan menggamit selera orang berpuasa.
Tetapi tidak semua makanan dijual itu sesuai untuk kita. Ada yang elok dan ada juga boleh buat perut meragam.
Untuk mengelakkan masalah ini setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, Pakar Nutrisi Puan Syaza berkongsi tip memilih makanan ketika membeli di sini.
Gambar sekadar hiasan.
Bazaar dan bulan Ramadhan memang tak boleh dipisahkan.
Cuma anda pernah terfikir tak tentang cara macam mana nak memilih makanan yang lebih sihat bila berada di bazaar?
Harap maklum lah bila dah ada kat bazaar ni terus jadi rambang mata. Banyak sangat makanan yang semuanya nampak sedap.
Tapi bila fikir pasal nak diet di bulan Ramadhan ni selalu fail semua sebab makanan.
Ha.. kini anda tak perlu risau lagi, sebab kat sini kami bagi tips pemilihan makanan di bazaar.
Ads
Pilih lauk yang lebih sihat dan tidak bergoreng, contohnya ayam bakar dan ulaman
Elakkan juga beli ‘side meal’ yang bergoreng, santan dan bergula. Jika beli kuih, belilah 1 atau 2 biji sudah memadai.
Lagi satu elak beli air balang yang manis. Belilah air fresh yang tidak dibancuh gula atau susu pekat seperti air tebu, air soya.
Ads
Tidak salah beli di bazar tapi belilah dengan bijak supaya tak ambil kalori berlebihan.
Menurutnya sebab utama untuk turunkan berat badan adalah disebabkan ada mengalami penyakit gerd, kasihan pada orang yang menjaga ketika dirinya tak sihat selain mahu mulakan gaya hidup lebih sihat.
Tidak menggunakan sebarang produk sebaliknya mengikut panduan diet suku-suku separuh yang disaran oleh KKM.
MY WEIGHTLOSS JOURNEY
Bismillah, ringkasan Start Dis 2020 w:70++kg Puasa 2021 w: 52kg (perlu naikkan atas saranan) Raya 2021 w: 53kg (fasa maintain) Tinggi: 161cm Umur:39 Sebab turunkan berat : sakit gerd, anxiety, panic attack( kesian kat orang yang jaga masa sakit) dan nak mulakan healthy lifestyle ( kekadang kelaut jua )
Cara: – Diet suku2 separuh ( saranan kkm) – Kira kalori (app My Fitness Pal) – Makan semua, tapi jaga portion ( sederhana ) ( MAKAN NASI ) – Air masak ikut berat badan n berapa aktif korang pada hari itu, akak 2 liter, kalau 65kg keatas tu elok 3 liter lah – Air manis masih minum, tapi kurangkan, kalau biasa minum 1 mug, kurang jadi suku mug. – Untuk yang sakit gerd anxiety macam akak, akak sarankan makan sedikit-sedikit tapi kerap, 2 atau 3 jam sekali kena makan, setakat ini akak sihat 80% dari penyakit ni.
Exercise : – Abs workout – Running (MAF) lari sambil jaga jantung. – Weight training – HIIT ( Sekarang fokus weight training n hIIT) – Running seminggu 1 atau 2 kali, kalau fokus running je kurus kering la jawabnya ), ada yang tanya, akak tak zumba ke?, akak minat, tapi akak ni jenis pemalu sikit )
Diet ni kena chill2 je, tak mahu stress2, bila rasa nak diet, terus je mulakan, tak yah tangguh, macam akak dulu, bangun dari sakit, terus akak start diet dan exercise, bila kelaut, jangan terlalu lama, kembali semula ke pantai , yang penting MAKAN NASI,
Kat sini akak nak sarankan korang join la group diet suku2 separuh (DSSS), banyak boleh dipelajari kat situ dan kat situ pun ada coach-coach yang bertauliah yang boleh membantu.
Doakan akak juga untuk istiqomah dalam meneruskan gaya hidup yang sihat. Apa pun yang kita buat, berdoa lah, hanya ALLAH swt sahaja tempat kita bergantung sebenarnya.
Sebab ‘ulat’ terasa macam nak cabut hidung. Doktor ini beri nasihat rawat masalah resdung. Jika seseorang itu mengalami masalah resdung, memang akan terasa gatal yang teramat sangat terutama di bahagian hidung.
Ada kalanya seperti mahu dicabut hidung dan terasa seperti ulat berada di tengah sedang merayap-rayap. Rasa gatalnya hanya mereka yang alami dapat merasainya sendiri.
Situasi ini dilalui seorang pesakit resdung melalui perkongsian Dr Samhan di laman twitternya. Beliau turut memberitahu simptom resdung serta rawatan terbaik untuk mengatasinya.
“Ada kawan saya cadangkan buat rawatan tradisional. Dia kata habis keluar semua ulat. Memang lega. Betul ke doktor?”
“Ok baik, saya cuba jelaskan tentang resdung”
Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis.
Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.
Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.
Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.
Kebiasaannya sinusitis bermula dengan ‘allaergic rhinitis’ sebelum menjadi ‘acute atau chronic sinusitis’.
Sinusitis adalah bilamana pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, selsema yang kuat, hingus yang pekat bewarna kuning atau hijau atau bercampur darah. Mulut juga berbau busuk.
Sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi adalah tanda utama bagi sinusitis.
Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu. Jika melebihi 12 minggu, ia dinamakan kronik sinusitis. Selain itu, pesakit juga boleh komplikasi seperti otitis media (Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga) dan Sleep Apnea(Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur).
Dah tahu ada allergik dengan makanan laut,janganlah makan.
– Elakkan pelihara binatang berbulu – Jangan guna bantal, selimut dari bulu binatang – Pastikan rumah dibersihkan – Guna penyedut hampargas dengan filter HEPA – Minum air banyak – Elakkan makanan laut – udang sotong kerang – Gunakan penutup hidung jika persekitaran berhabuk
Jika berlaku serangan resdung, ambil ubat anti-histamin.Ia melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.
Loratadine ini adalah generasi kedua antihistamin yang boleh mengelakkan beberapa kesan sampingan ubat histamin generasi pertama yang selalunya menyebabkan rasa mengantuk seperti chlorpheniramine(piriton).
Selain itu, nasal spray(decongestants) juga digunakan untuk mengecutkan salur darah pada lubang hidung supaya kurang hingus dihasilkan.
Jika anda mengalami resdung yang melampau, adalah lebih baik berada di bawah pantauan doktor.
Kesemua ulat-ulat yang dilihat semasa prosedur dijalankan ialah berasal daripada lipas tanah yang digunakan sebagai proses rawatan.
Kenapa ulat daripada lipas? Lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit seperti virus, bakteria dan kulat.
Kajian telah pun dilakukan di Afrika yang melibatkan 6000 ekor lipas.
Pemeriksaan pada semua organ serta sistem pencernaan lipas mendapati terdapat banyaknya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides serta banyak lagi parasit lain.
Jadi apabila bahagian tengah lipas ini dipotong dan dilumur pada wajah pesakit, cacing-cacing ini masih boleh dilihat semasa prosedur rawatan resdung dilakukan.
Ulat-ulat itu memang datang dari lipan tanah bukan dari hidung!
“Jadi memang tiada ulat dari hidung la doktor?”
“Kalau betul ulat itu dari hidung, kenapa ulat resdung ini hanya muncul ketika rawatan itu sahaja? Tak keluar masa kita tengah basuh muka ke,tengah tidur ke, tengah makan nasi tiba-tiba jatuh ulat atas nasi. Betul tak?”
Siapa saja tidak menggemari minuman kopi yang selalunya diambil sebagai hidangan pertama sebelum memulakan suatu pekerjaan.
Kalau dulu hanya minum di kedai kopi dengan bancuhan kopi biasa. Tetapi kini trend minum kopi berubah menjadi lebih hipster.
Terpulang pada citarasa masing-masing mahu minuman kopi klasik atau yang sudah dibru untuk rasa lebih sedap.
Namun perlu diingatkan bagi penggemar kopi jangan sesekali mengambil kopi jenis yang dilarang pengambilannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Melalui posting di Pubic Health Malaysia, dilarang memgambil kopi jenis ini kerana dikatakan boleh menyebabkan jantung terhenti.
Komplikasi lain juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami mata buta, strok dan hilangan pendengaran (pekak).
Ini kerana kopi jenis ini mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafiln hingga menyebabkab saluran darah mengembang da sebabkan tekanan darah turun mendadak.
Pagi ini jika ada pergi ke kedai untuk sarapan pagi, lihatlah produk ini masih berleluasa digantung di belakang kaunter bayaran.
Akuilah bahawa penguatkuasaan terlalu lemah sehingga produk yang telah di haramkan sekian lama masih dijual dengan mudah.
Ramai individu yang pernah minum kopi ini mengadu berasa pening atau sakit kepala selepas minum kopi ini. Ada yang perlu di papah keluar dari kedai makan dan tidak dapat memandu pulang ke rumah.
Ini kerana kopi ini mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafil iaitu bahan yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan tekanan darah turun mendadak.
Jika anda tidak bernasib baik, bekalan darah ke jantung dan otak boleh berkurangan dengan mendadak dan jantung boleh berhenti berdegup.
Jika anda masih mengamalkan minuman ini sila berhenti dan dapatkan pemeriksaan segera. Jika anda masih menjual dan mengedarkan produk ini hentikan segera.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.